Bab 19

15.4K 732 9
                                    

Syafirah POV

Aku melangkah masuk ke rumah dengan longlai. Terus rasa tak bersemangat pulak. Ishh! Anjing hitam tu punya pasal la! Eh bukan. Syafiq punya pasal la. Kutuk bukan main lagi aku, tu yang aku blah. Malas nak gaduh. Buat tambah dosa je.

"Eh Syaf? Balik dengan siapa? Kenapa tak call je abang? Syaf okey tak? Kenapa mata Syaf macam sembab je? Syaf, cakap la!" aku tersenyum melihat abang risaukan aku. Kalau macam ni la gaya abang dekat aku, akan ada world war 111 la nanti disebabkan kecemburuan kak Jannah.

"Syaf balik dengan kawan. Syaf tak call sebab kawan Syaf dah offer balik dengan dia. Syaf okey je ni. Mata ni sebab masuk habuk tadi. Gosok punya gosok, terus jadi macam ni" jawabku satu persatu soalan yang keluar dari mulut abang tadi. Syafiq? Kawan? Ngehh..never happen although just a friend.

"Tipu" kata abang. Aku mengangkat kening. Malas betul la nak cerita.

"Tak"

"Tipu"

"Tak"

"Tipu"

"Haa! Syaf kata tak, abang kata tipu. Gabungkan jadi 'Tak Tipu'!" kataku. Gedik punya abang. Percaya je lah.

"Ish! Yelah. Tapi kalau Syaf ada apa-apa nak cakap, cerita je dekat abang" kata abang.

"Dah balik anak mama? Esok nak pergi daftar dekat sekolah baru Syaf kan? Papa kata dia nak hantar. Mama pun ikut" celah mama.

"Aah la. Esok daftar. Abang ikut?" ujarku.

"Insyaallah. Tengok la dulu ye" kata abang.

"Okey" aku melangkah ke bilik. Mencapai tuala dan bergerak ke bilik air pula.

Aku biarkan diri aku di basahi shower tap. Cara sesuai untuk melepaskan segala-galanya. Aku sendiri tak tahu kenapa aku emo sangat tadi. Benda tu dah lama lepas. Haikal. Itu lah kawan aku yang sampai sekarang aku rasa bersalah terhadapnya. Disebabkan aku, sebelah kaki dia kena potong. Tapi.....ada betul juga apa yang Syafiq kata tadi.

Kejap, aku teringat sesuatu. Kenapa. Aku. Lepak. Dengan. Syafiq? Apa kes? Yang tak boleh blahnya, dia bagi nasihat dekat aku pulak tu! Masalah betul. Dia hantar aku balik lagi.

Oh no! Ini teruk. Dia dah tahu rumah aku! Ofcourse la risau dowh! Aku bukannya kenal dia. Setakat tahu nama, umur status dia yang playboy tu tak mencukupi!

Mana tahu yang dia tu perompak ke yang berlakon kaya? Dia dari keluarga yabg kongsi gelap ke? Tak pun.......perogol bersiri?!?! Ya Allah! Astaghfirullahalazim! Apa yang aku fikirkan ni. Think positive. Positive. Insyaallah dia bukan diantara yang macam tu.

'Woi! Pahal kau hantar aku balik ha!??!' - aku

'Laa..patutnya kau berterima kasih dekat aku'- Syafiq

'No way man! Kau tu enemy aku!'- aku

'Pahal pulak?'- Syafiq

Agak-agak la kan, dia ni bengaong ke bangang eh? Soalan cepumas dia bagi aku.

'Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu. Tak payah nak buat kau tu innocent sangat lah. Kau tu yang cari musuh dengan aku dulu'- aku

'Okey fine. Kau musuh aku! Okey bye!'- Syafiq.

Syafiq offline....

Hek eleh! Jambu juga dia ni. Kuat merajuk. Luar je sado, tapi dalam... lembik!

Aku letak handphoneku di atas meja lampu tidurku dan keluar ke ruang tamu.

"Syaf, pergi bersiap. Malam ni kita pergi dinner di rumah Puan Haslina dan Encik Ali" tegur mama. Owh dinner dekat rumah keluarga kak Jannah. Tanpa membantah, aku ke bilik dan menukar baju.

Baju blouse panjang bewarna hitam dan jeans kelabu dikeluarkan. Mesti pelik kan? Aku ni asyik pakai baju hitam, kelabu. Ofcourse la! Aku kan rock. Warna-warna jambu ni not my taste.

Pashmina yang dilipat dua dililitkan dikepalaku. Alaa macam trend zaman sekarang tu.

Malas la nak bawak beg. Pergi dinner je pun. Aku capai Iphone ku dan menuruni tangga. Okey sekarang pelik. Pelik sangat sebab.....dekat ruang tamu kosong. Takde orang. Dapur pun sama.

"Mama? Papa? Abang?" panggilku. Tak ada sahutan. Dan aku.....

"Assalamualaikum!! Is anybody in this house??" jeritku. Punya la terkejut aku tengok mama hanya berbaju T dan berkain batik.

"Kenapa Syaf? Ehh! Dah siap ke. Cepat pulak eh hari ni" ujar mama. Aku mengangkat kirai.

"Kenapa mama tak siap lagi? Abang dengan papa pun tak bersiap lagi la ni? tanyaku.

"Err mama tadi suruh Syaf siap tadi sebab Syaf kan selalu lambat bersiap. Tu yang mama bagitahu awal-awal" kata mama. Aku mencebik. Aku jugak.

Aku terus duduk di sofa dan menonton tv. Tanganku menekan channel 705. Yeahh! Sekarang ni 'Shot by Shot (Teen Pop)'. My favourite song!!

You call me up,
Its like a broken record,
Saying that your heart hurts,
Though you never get over him getting over you,
And you end up crying,
And I end up lying,
Cause I'm just a sucker for anything that you do,

And when the phone call finally end,
You say thanks for being a friend,
And I'm going in circles again and again

I dedicate this song for!
The one who never sees the truth,
That I can take away your heart, heartbreak girl~

Hold you tight walk to the daylight,
I'm right here when you gonna realize,
That I'm your cure Heartbreak Girl~

Aku teruskan menyanyi. Lagu ni genre Pop Rock. So, aku menyanyi terjerit la! Rock kan! Bukan jerit je, sambil terlompat-lompat macam orang tak waras pulak tuh. Volume tv dikuatkan sampai separuh.

"Ya Allah! Bertuah punya anak dara!" tegur mama. Aku melambai-lambai ke arah mama.

"Hai ma! Best lagu ni. Join la sekali. Woahh! Heartbreak Girl~" aku menyanyi dihujung kataku. Tengah syok aku menyanyi, tiba-tiba......

*******************************

Boring sangat ke bab ni? Rasanya boring kot. Kan? Sorry for the boring when you guys reading this.

I'm just a human. And human makes mistakes. Hehe~ Lagipun time buat bab ni agak takde mood sangat. Mood going down and down to the underground....

Pe nih? Merepek kejap.

BTW, VOTE AND COMMENT Insyaallah akan menaikkan semangat saya balik. Wuhuu~

Miss Penyabar Dan Mr PendinginWhere stories live. Discover now