Syafirah POV
'Fuhh! Semangat aku kemas beg malam tadi sebab kejap lagi kami akan ke Kem Perkhemahan Peringkat Kebangsaan! Yuhuu! Ofcourse la excited sebab aku tak pernah pun pergi perkhemahan bagai ni. Yes, I know....itu agak hambar. Wuuu excited babe' bisik hati kecilku.
"Weyh, aku tak sabar la nak pergi ni! Aku tak pernah merasa pun and berkhemah ni semua. Kesian kan? Salah sekolah ni la. Bukan nak buat kem macam ni. Kedekut betul pengetua" kata Syuhada yang selamba badak je kutuk pengetua.
"Kau pun senasib la dengan aku. Aku pun mana pernah pergi kem" balasku.
"ASSAAMUALAIKUM SEMUA! TAHNIAH KERANA KELAS KAMU TERPILIH UNTUK MEWAKILI SEKOLAH. JADI, PERANGAI TU JAGA. JANGAN SEBAB KAMU, NAMA SEKOLAH BURUK. FAHAM? KAMU BOLEH NAIK BAS" ucap Encik Yazid.
Aku dan Syuhada mengambil tempat dibelakang sekali kerana seat dibelakang ada tiga. Luas lah sikit. Sesiaa yang nak duduk di seat yang lagi satu tu, akan dikenakan tendangan percuma dari Syuhada. Huwahaha.
Tiba dua makhluk duduk dihadapan kami. Syafiq dan Danial. Ahh Danila tu tak kesah. Yang si Syafiq ni haa. Memang bertekak je la kitorang sepanjang perjalanan tu. Bila Syuhada tegur, kitorang diam. Tapi tak lama! Sambung balik gaduh.
Makin lama makin penat pulak bertekak ni. Lapar la pulak. Hehe... aku mencapai keropok Twisties milik Syuhada. Tak boleh bawa pun tapi kesah apa ye dok?
Makan punya makan, mataku tertacap pada satu makhluk. Aku tersenyum.
"Kau apahal ni tersenyum cenggitu? Seram sehh" tegur Syuhada.
"Watch and learn" aku mulakan projek. Hehehe....
******
"BAIKLAH, KITA DAH SAMPAI. CIKGU TEMAN KAMU SAMPAI SINI JE. INGAT, KORANG BAWA NAMA SEKOLAH, SO BEHAVE! BOLEH TURUN SEKARANG. NANTI ADA FASILITATOR YANG AKAN KAWAL KAMU SEMUA" ucap Encik Yazid. Semua mula turun dari bas.
"Syaf, kejam jugak kau eh?" ujar Syuhada. Aku tersengih.
"Well, unfortunately, that's me!" kataku. Aku berkira di dalam hati....
1...
2...
3...
"Arghh! Arghh! Arghh!" wow! Lagi awal dari yang aku sangka. Murid lain mula berbisik-bisik. Aku apa lagi...
"Bhahahaha!" tergolek-golek aku tergelak. Teruknya aku! Ahh aku peduli apa?
Kelihatan Syafiq baru turun dari bas dengan.......basah lencun! Perghhh!
"Hahahaha" ketawaku yang sudah mula reda kembali menyerang apabila melihat keadaan Syafiq. Mana taknya? Rambutnya sebelum ni pacak, sekarang penyek. Baju, seluar? Tak payah cakap. Macam baru lepas banjir derr!
"INI AKIBATNYA TAK DENGAR CAKAP CIKGU. TIDUR TAK INGAT DUNIA!" marah Encik Yazid. Encik Yazid ni memang garang orangnya. Sebelum berkhidmat sebagai guru, Encik Yazid pernah menjadi pelatih askar.
Pandanganku beralih pada Syafiq. Jelingan dia.... tajam gila woo! Lagi tajam dari laser. Wuu takutnya...
Syafiq berjalan ke arahku dengan muka yang merah menyala. Ada dua sangkaan sama ada dia malu atau memang betul-betul marah dengan aku. Kehkehkeh...suka betul aku kenakan dia.
Tiba-tiba Syafiq menaikkan tanganya. Entah kenapa aku menarik Danial yang berada di depanku.
"Danial!" jeritku sambil menyorok dibelakangnya. Syafiq menurunkan tangannya.
"Kau kan yang sumbat keropok Twister dalam telinga aku ni?!" bentak Syafiq. Yep, that's right. Malangnya aku tak mampu cakap kerana mukanya yang membuatkan aku kecut perut.
"Kalau ye pun tak payah la sumbat keropok kot! Mahu tak bersemut telinga aku" sambung Syafiq. Aku tersengih seperti orang tak bersalah.
"Tak payah nak bertekak la sekarang. Nak masuk dah ni" celah Syuhada.
******
Selepas fasilitator di sini bagi penerangan tentang aktiviti spanjang seminggu ni, kami dibahagikan kumpulan. And guest what?
"Ahhhhh!!!" jeritan kami bersatu.
"Babe! Rindu gila kau!" Sofea! Aku memeluk mereka. Tambah pulak diorang satu kumpulan dengan aku. Syuhada, Danial dan Akmal dari Sekolah Tinggi Lelaki Johny juga.
"Tak sangka jumpa kau dekat sini" kataku dengan teruja.
"Ehem! Perlahan sikit suara tu. Malu aku" Syuhada mencelah. Kacau lah Syu ni! Baru nak dramatik sikit.
"INI ADALAH KUMPULAN KAMU SEPANJANG KEM INI BERLANGSUNG. SEKARANG, KAMU BOLEH MASUK DORM. DISEBELAH KANAN PEREMPUAN, DISEBELAH KIRI LELAKI" umum Cik Ida.
Di dalam dorm, aku dan Sofea memang tak berhenti bercakap. Kalau boleh nak bercakap dalam satu nafas je. Sekarang ni memang tak fikir apa-apa dah. Fikir gembira je. Tapi aku perasan yang Syuhada daripada tadi tak join kitorang berbual. Malah, pergi dekat budak junior and kacau diorang, like ambil makanan diorang and marah tak tentu pasal. Aku faham. Sebab aku pun sebelum ni macam tu jugak. Haha~ Hambar....
"Weyh, seram la aku tengok kawan kau tu. Aku rasa kita takde la sekejam tu sebelum ni" kata Sofea. Aku tergelak kecil.
"Mula-mula aku jumpa dia pun aku rasa macam kau jugak. Tapi bila dh kawan dengan dia.....sempoi babe! Eleh, kau ni memang tak sedar diri betul. Kita pun dua kali lima dengan dia" kataku. Sofea tersengih. Actually, kitorang berlima dekat sekolah dulu takde la buli teruk sangat. But apa yang buatkan kitorang jadi agak kejam, sebab kitorang suka prank budak tu tanpa pengetahuannya. Ada yang sampai kena denda dengan cikgu. Kejam kan kitorang ni? Huwahaha....
"Sof, kejap lagi kita tak ada aktiviti lagi kan? Jom jalan-jalan nak?" tanyaku.
"Takde rasanya. Tapi sekarang ni aku nak mandi la. Kau ajak la si Syuhada tu. Kesian aku tengok. Dah macam kanak-kanak terbiar je. Dok buli budak je" kata Sofea. Eh eh, sedap je kata kawan aku macam tu?
"Kejap, Syu! Syuhada!" Syuhada yang sedang asyik merebut keropok 'Jack N Jill' daripada seorang budak terberhenti dan memandangku.
"Apa!? Potong stim betul lah!" Syuhada berlari anak ke arahku.
"Weyh budak! Tinggal aku sikit keropok tu!" hai, sempat lagi. Syuhada ni memang gila keropok. Tu yang badan agak bulat tapi comel! Ngehh mahu tak kena pelangkung aku dengan Syuhada kalau dengar ni.
"Syu, kitorang nak jalan-jalan sekitar ni. Kau nak ikut tak?" tanyaku.
"Laa, itu je. Aduhh melepas aku nak makan keropok tu!" rungut Syuhada. Aku mencebik.
"Fine! Keropok tu lagi penting dari aku. Pergi la kau" kataku dan membelakangi Syuhada. 1.....2......3.....
Aik? Senyap je? Tak nak pujuk aku ke minah ni? Aku pusing ke belakang dan....
Perghhh panas je aku sekarang! Boleh pulak minah tu selamba derk je makan keropok? Bukan nak pujuk aku? Memang.....eyyy!
Aku berjalan sambil menyepak batu-batu kecil. Marah, sentap, terasa hati, semua ada la! Tapi bila fikir balik, Syuhada memang macam tu. Hmm~~
Tiba-tiba.......
***************************************
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Novela JuvenilSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...