Bab 22

14.2K 725 4
                                    

Syafirah POV

*Di kelas..

Aku hanya mengekor Syuhada ke kelas. Maklum lah, first time sekolah campur. Bergaul dengan lelaki pun tak. Tu yang rasa pelik.

Aku melangkah masuk ke dalam kelas 4 Nilam. Kelas yang pada mulanya bising, budak lelaki berlari-lari, bergosip, bertumbuk, bergurau, terus senyap dan memerhatikan aku dan Syuhada. Pelik sangat ke aku hari ni?

"Weyh weyh! Duduk,duduk" kata seorang budak perempuan dengan perlahan. Semua berlari lintang pukang ke tempat duduk masing-masing. Dan keadaan menjadi senyap sunyi, sepi dan aman. Aman ke? Lebih kepada AWKWARD.

"Bising je korang ni! Sekali aku bagi...." Syuhada mengangkat tangan kononnya hendak memukul seorang perempuan di depannya.

"Syu! Syu! Jangan please! Jangan pukul Fasha" celah seorang budak lelaki. Syuhada tergelak. Okey. Baru aku ingat yang Syuhada ni kan 'Kak Yong' dekat sekolah ni.

"Tahu pun kau takut aku pukul girlfriend kau ni. Dah dah. Jangan potong. Hari ni kita ada kawan baru" kata Syuhada.

"Ahh, nama saya Syafirah Amani. Korang boleh panggil Syaf je. Mmm, ada apa-apa soalan?" seorang perempuan mengangkat tangan.

"Tak payah nak angkat tangan sangat. Ingat dia ni cikgu ke" tegur Syuhada. Perempuan itu tersenyum.

"Sebelum ni awak sekolah dekat mana eh?"

"Saya sekolah di Sekolah Menengah Perempuan Ideal Star" jawabku. Semua membuat tanda 'O' pada mulut mereka.

"Takde soalan dah kan? Syaf, ikut aku ke tempat duduk kau" aku mengangguk dan mengekori Syuhada. Satu tangan telah memberhentikan langkahku.

"Good luck with Syuhada" katanya dengan perlahan. Aku memandang pelik perempuan itu.

"Tabahkan hati"

"Jangan bagitahu cikgu pasal tu tau. Dia orang yang berpengaruh disini" okey sekarang aku dah faham. Hahaha...sampai macam tu sekali diorang takut dekat Syuhada? Hebat! Aku tabik spring dekat Syuhada.

Aku kembali berjalan ke tempat dudukku. Sedang aku hendak meletakkan beg galas, satu suara yang agak garau memanggil.

"Syaf" aku menoleh dan.....

"Danial!" kataku sambil tersenyum. And guess what? He's same class with me! Yahooo.... Aku excited sangat kenapa? Danial memandangku dengan mata yang kuyu. Daripada aku tersenyum, terus mati senyuman itu.

"Kenapa pandang macam tu?" tanyaku.

"Tak ingat la tu" aku mengangkat sebelah keningku tanda tidak faham. Danial mengeluh perlahan.

"Hari tu kata nak duduk sama" kata Danial dengan sayu. Mataku membulat dan tawaku tercetus.

"Laa kenapa gelak pulak?" tawaku akhirnya terhenti. Tangan seorang lelaki yang duduk disebelah Danial terhenti dari menulis diatas sebuah buku.

"Pasal tu ke? Mana la saya tahu yang kita sama kelas. Lagipun awak kan dah duduk sebelah kawan awak tu" baasku.

"Hmm takpe lah. Takde rezeki" kata Danial. Aku memandang pelik Danial. Takde rezeki? Rezeki apanya?

"Kidding! Hehe~ Sekurang-kurangnya awak duduk belakang saya" kata Danial.

"Haa!! Korang ni bukan main mesra lagi!" jerkah Syuhada.

"Ushh kau ni Syu! Buat terkejut aku je" kataku sambil mengurut dada. Nasib tak melatah.

"Hehe...Sorry. Korang ni memang dah kenal lama ke?" ujar Syuhada.

"Takde la lama sangat. Baru jugak la" balas Danial. Aku mengangguk. Tiba-tiba lelaki disebelah Danial pusing ke belakang.

"Bro! Girl baru kau ke?" terbeliak mataku. Memang nak mati ke mamat ni? Asal aku jumpa je mesti mamat useless ni. Asal mamat ni je mesti aku jumpa.

"Kenapa? Kau jealous ke Syaf?" ujar Danial.

"No way man! Perkataan jealous tak ada dalam kamus hidup aku la. Huh. Setakat minah ni je pun" balas Syafiq.

"Oii! Kau panggil dia apa tadi? Minah? Elok sikit eh. Karang ni makan dia!" kata Syuhada. Aku tersenyum bangga. Bangga sebab dapat kawan yang macam ni.

"Err okey okey" aikk? Syafiq takut dengan si Syuhada ni? Haha... Poyo je lebih. Rupanya penakut.

"Assalamualaikum kelas" tegur seorang guru perempuan. Secara automatik semua orang bangun.

Kringgggggg

Buku segera dikemaskan. Waktu rehat, siapa tak excited kan?

"Syu, jom la makan. Kenapa kau tak kemas lagi? Kerja sekolah tu nanti-nanti je lah buat. Aku lapar ni. Karang tak pasal pasal tak dapat makan" kataku sebaik melihat Syuhada masih tekun lagi membuat kerja sekolah.

"Don't worry Syaf. Kita akan dapat makan punya. Kau lek je" ujar Syuhada. Apa la minah ni nak buat? Nak muntahkan balik makanan yang dimakan oleh pelajar lain ke apa? Jauh benor imaginasi aku ni pergi. Tu dah tahap kartoon antarabangsa dah.

Aku tunggu dan tunggu dan tungguuu.... aku melihat jam ditangan dan kemudian melihat Syuhada. Jam, Syuhada, jam, Syuhada, Jam, Syuhada, Jam...

"Ya Allah!! Syu! Aku turun dulu la" bentakku.

"I'm done! Jom turun sekali" punya bengang aku! Sabar je la dapat kawan macam ni.

Kami melangkah ke kantin. Punya panjang barisan untuk membeli makanan. Rehat tinggal 10 minit je. Syu, kau punya pasal la aku tak dapat makan! Grr..

"Nak makan macam mana ni Syu? Takpe la. Aku beli air je" kataku dengan pasrah. Pasrah tak dapat makan!

"Syaf, lek luu. Wait here. Watch and learn" kata Syuhada dan berlari-lari anak ke barisan yang panjang itu.

"Ehemm!" Syuhada berdehem. Dah kenapa? Tapi...... apakah!?! Mataku terbeliak dan mulutku ternganga sedikit. Sebab? Sebab barisan yang panjang tadi terbelah dua dan memberi ruang untuk Syuhada berjalan. Kalau boleh, ada karpet merah sekali pun sesuai.

"Syaf! Sini la. Kau kata lapar kan tadi" jeritan Syuhada mengejutkan aku dari lamunan. Aku segera berlari anak ke Syuhada.

Tiba-tiba langah Syuhada terhenti. Aku dibelakangnya terlanggar badannya.

"Adoi!" aduhku. Pahal keras semacam badan dia? Otot ke lemak tu?

Aku memandamg muka Syuhada. Merah semacam. Dia marah ke? Yep! She's mad. But....at who? Kepalaku dialihkan ke depan dan........

*********************************

Stay vote and comment~~~

Kalau rasa bosan ke apa cerita ni, dipersilakan comment. Sangat dialu-alukan. Saya akan perbaiki.

Miss Penyabar Dan Mr PendinginWhere stories live. Discover now