Syafiq POV
Fuhh, lega rasanya dah membuang segala jenis dalam perut ni. Aku melangkah ke makmal komputer.
Sebelum aku melangkah masuk, satu suara menyapaku.
"Syafiq! Tunggu kejap!" jerit Syuhada. Termenga-mengah dibuatnya aku berlari dari tangga hujung.
"Yow, kenapa?" soalku.
"Kejap, jangan masuk dulu" kata Syuhada sambil mengambil nafas dahulu untuk bercakap.
"Kau okey tak ni? Ke nak aku buat cpr?" gurauku.
"Choii! Tak hengen aku! Geli dowh" ujar Syuhada. Aku tergelak kecil melihat responsnya.
"Apa benda yang kau nak cakap sampai tak bagi aku masuk dulu?" tanyaku.
"Tak boleh, sebab nanti adalah orang tu dengar. Bahaya" aku semakin pelik. Apa dia nak confess dekat aku ke apa? Hahahahh..jangan la dowh. Ofcourse not. Dia kan suka Syaddad aka ABANG KEMBAR AKU.
"Balik nanti, aku nak cakap dengan kau sikit. Aku tungu kau dekat pondok" kata Syuhada.
"Ookey?" kataku ragu-ragu dan melangkah masuk. Aku mengambil tempat disebelah Danial. Cikgu sedang menulis nota pada papan putih.
"Weyh, macam mana kalau Syafirah suka kau?" bisik Danial. Aku ketawa dengan tak sengaja. Dan itu menarik perhatian seluruh kelas.
"Ye Syafiq? Ada apa-apa masalah?" aku menggeleng.
"I have to admit, kau pandai lagi buat lawak even dah lama aku tak dengar kau buat lawak" ujarku. Wajah Danial kelihatan serious dan itu membuat lawak itu lagi kelakar. Lawak dia menjadi.
"Kau kan suka dia? Pahal kau tanya aku macam tu pulak?" soalku. Memang aku dah tahu dia suka Syafirah tapi dalam masa yang sama aku rasa tak senang.
"Ye, tapi..alaa katakan la, dia suka kau. Kau macam mana?" aku hanya menayangkan muka blur.
"I don't get it" kataku.
"Kau still lagi ke dengan pertaruhan kau dengan Haris tu?" soalannya membuatkan aku terdiam.
"Syafiq, tolonglah jangan. Aku tak nak Syafirah terluka" itulah yang aku takutkan.
"Aku..terpaksa Aku pun tak sanggup nak buat macam tu sebab aku rasa.. aku.." dah sayang dia. Ayat itu aku tak dapat habiskan. Ego aku terlampau tinggi.
Kringgggg
Bunyi menandakan waktu Encik Hisham telah tamat.
"Kelas, kita sambung pembelajaran kita minggu esok. Jangan lupa untuk ulang kaji ye. Lagi tiga minggu je nak exam akhir tahun dan tahun depan SPM!" kata Cikgu Hisham.
Aku mengemas mejaku dan hendak berlalu tetapi tanganku dipegang.
"She's worth more than this. Don't use her like this man. You have to face what had you done bro" aku rasa marah sebab dia kata macam tu. I'm not using her!
Tapi apa yang dikata Danial ada betul juga. Aku kena bagitahu Haris dan tarik balik pertaruhan. Apa nak jadi, jadi lah.
*********
Aku menunggu Syuhada di pondok seperti yang dijanjikan. Dia yang nak cakap sesuatu, dia pulak yang lambat. Ciss.
"Sorry lambat. Aku lapar sangat tadi. Tu yang pergi makan dulu" kepalaku mendongak-dongak mrncari kelibat seseorang.
"Kau cari siapa?" soal Syuhada.
"Syafirah mana?" soalan itu tiba-tiba terpacul keluar dari mulutku tanpa dirancang.
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...