Syafirah POV
"Takpe lah kalau macam tu. Hati-hati tau duduk seorang-seorang dekat luar ni" kata Isyraf sambil tersenyum manis dan berlalu pergi. Wuhh terharu! WAIT!! Aku dah ingat! Abang Syazwan!
Dengan serta merta aku berlari ke tempat dimana abang Syazwan berada. Fuhh! Nasib dia ada lagi. Kenapa aku lega? Maybe sebab bersyukur dia tak merajuk or sentap sebab tiba-tiba je aku tinggalkan dia.
Melalut kejap~ Dari jauh abang Syazwan melihatku dengan senyuman tidak lekang.
"Abang, sorry lambat. Tadi tiba-tiba ada urgent case" perghh! Bunyi macam urgent sangat. Padahal entah mamat sesat tepi jalan mana yang tarik aku.
"Tak apa. Abang faham. Apa yang urgent case tu and kenapa tak inform abang dulu?" erk, rilek rilek.. cool. Tenang.
"Masa Syaf berjalan belakang abang tadi, mama tiba-tiba tarik tangan Syaf. Syaf tak dapat buat apa la. Rupanya mama suruh Syaf ambilkan goody bags sebab ada budak meraung mintak benda alah tu" pandai jugak aku menipu eh. Tak pasal-pasal nama mama jugak yang aku petik. Mesti tersedak-sedak mama.
"Budak mana yang meraung tu?" ish banyak tanya betul la dia ni!
"Ya Allah abang! Mana la Syaf tahu anak siapa tu. Abang ni mengalahkan ayah Syaf, asyik tanya soalan je. Macam lah benda tu serious sangat" balasku sambil mencebik. Abang Syazwan ketawa kecil.
"Alahh, abang saja je. Mana tahu budak tu dah menyusahkan Syaf ke?" kata abang Syazwan. Cewahh, ambil kesah pulak. Padahal memang dari dulu lagi abang Syazwan ni memang care pasal aku.
"Iye lah bang. Ohh lupa pulak, Syaf ajak abang ke sini nak borak. Maklum lah dah berapa lama eh kita tak jumpa?"
"Hampir empat ke lima tahun jugak la. Sebenarnya masa first time abang nampak Syaf tadi, abang tak cam pun itu Syaf. Sebab Syaf nampak macam-"
"Haa? Kenapa? Ada yang tak kena ke? Teruk sangat ke Syaf sekarang?" celahku. Gelabah pulak tiba-tiba. Abang Syazwan ketawa melihat telatahku.
"Syaf memang serba tak kena hari ni" jawapan yang sangat menusuk hatiku. Errk! Agaknya sekarang ni muka aku memang ketara kecewanya.
"Serba tak kena sebab Syaf dah buat jantung abang berdegup kencang, macam nak meletop dah bila tengok Syaf. You look so gorgeous" amboi, kembang kempis kembang kempis dah hidung aku ni. Memang tersengih je aku pandang abang Syazwan. Artis puji aku woi! Mana taknya.
"Thanks. Rasa macam nak jerit je satu dunia ni. Ada artis puji woo!" kataku. Senyuman abang Syazwan tidak lekang dari bibirnya. Manis betul.
"Oh ye, macam mana abang boleh jadi artis eh? Bukan artis dalam negara, luar negara woo!" tanyaku. Tapi memang tak dinafikan, suara abang Syazwan ni memang tak boleh dikalahkan lah. Tak cukup dengan tu, abang Syazwan memang pro main drum. Aku tahu pun dari abang. Abang dengan abang Syazwan dulu memang pernah buat band and selalu lah pergi jamming. Tapi last-last memang Abang pun memang selalu rakam, dari situ lah aku dapat tahu.
"Entah la. Abang sendiri tak pasti kenapa, tapi abang tiba-tiba dapat ilhan untuk menjadi seorang penyanyi. So, abang sambung belajar muzik di luar negara" jelas abang. Untung la~ Anak orang kaya. Nak belajar luar negara celah gigi je bagi diorang.
"Macam mana pulak abang boleh terjebak dengan tiga ahli kumpulan abang yang lain tu?" tanyaku. Kumpulan 'AboutUs' ni, dah macam kumpulan One Direction pun ada. Lagu-lagu diorang pun simple je tapi sedap didengar.
"Syaf kenal tak Jason?" aku menggeleng. Mat salleh mana pulak disebutnya?
"Alaa ahli yang paling handsome 'AboutUs'. Dia yang jadikan 'AboutUs' ni famous disebabkan rupa dia" sambung abang Syazwan. Aku segera mengangguk mengiyakan kata-kata abang Syazwan. Memang aku perasan Jason tu. Handsome weyh! Walaweyh!!
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...