Bab 25

15.2K 764 14
                                    

Syafirah POV

Aku gosok mataku sambil bangun dari katilku. Kenapa macam senyap sunyi je dorm ni? Biasanya memekak berebut nak mandi dulu. Sekarang, krikk krikk krikk...

Aku dalam keadaan mamai melihat jam dinding. Okey, ni memang lebih.

"Syu!!!" aku menjerit sambil berlari ke bilik air untuk mandi. Mana tak kelam-kabut, dah pukul 7 kot! Kenapa la si Syuhada tak kejutkan aku? Ehh entah-entah Syuhada pun bangun lambat juga. Budak-budak lain tu, bukan nak kejutkan! Hish!

"Tak payah jerit la Syaf! Aku tahu kita dah lambat. Ni mesti kerja Aris. Dia yang upah semua budak dalam dorm supaya tak kejutkan kita" balas Syuhada. Dalam 3 minit je aku dah siap mandi. Ye, memang mandi kerbau je. Takpe, selagi ada 'Shasha Perfume'(*taram je nama perfume tu. Takde idea nak bagi nama apa*) aku akan tetap bau harum semerbak. Huwahaha....

Aku dan Syuhada dah macam pelari lumba lari dah. Keluar je dari dorm, kaki kami berlari. Mula-mula ingat boleh la rehatkan kaki sekejap, tapi bila sampai je dekat dewan.....kosong? Tak ada orang murid mahupun guru. Mak cik cleaner je ada, tengah sapu sampah yang bertabur di atas lantai.

"Now, ke kelas. Lari!" Haishh mahu tak tercabut kaki aku ni.

"Huhh...huhh...akhirnya...sampai juga" kataku dngan termengah-mengah.

"Macam mana nak jawab kertas SPM kalau gayanya macam ni!?! Soalan senang je! Awak tak boleh jawab!" aku tersentak mendengar jeritan itu. Gayanya dari dalam kelas aku. Aku menelan air liur. Kering terus tekak ni haa.

"Alamak wey, aku lupa yang hari ni masa pertama masa Puan Bedah. Dia tu kalau nak dibandingkan dengan singa, singa pun takut dengan dia" kata Syuhada.

"Macam mana sekarang ni? Kalau kita masuk waktu sekarang, komfem dia baham kita weyh" kataku dengan kalut. Aku kalau gelabah, memang gelabah betul.

"Erm ermm...haa! Aku ada idea!"

*****

Aku lihat Puan Bedah sedang menulis sesuatu dipapan putih. Murid-murid yang pun khusyuk melihatnya. Okey, ni la masanya!

Aku dan Syuhada melangkah masuk dengan senyap. Senyap sangat sampai kaki pun aku jengketkan supaya tak berbunyi. Dah serupa apa dah.

And guest what. Semua tu tak guna pun sebab ada orang yang perasan. Orang yang bertuah tu adalah.....Syafiq! Memang habis la kitorang. Mulut dia ni bukan boleh senyap.

Eh? Kenapa.......dia senyum je? Dan, pandang ke depan semula. Aku dngan pantas ke tempat dudukku. Begitu juga dengan Syuhada. Ish dah la Syafiq ni duduk depan aku je.

"Keluarkan buku teks sekarang" kata Puan Bedah. Badanku pusing kebelakang untuk mengambil buku teks Bahasa Melayu. Aku cari dan cari dan cari dan......cari! Tak ada! Inallilah la aku hari ni.

"Yang tu! Kenapa tak keluarkan buku teks lagi? Tak bawa ke?" dia tegur macam tu je pun rasa macam nak gugur je jantung.

"S..saya t...ttak ba...bawa buku, c..cikgu" kataku dengan gagap. Aku cakap macam tu je, satu kelas pandang aku. What? Aku ada bunuh orang ke?

Aku lihat, ada yang tergeleng-geleng kepala melihatku, ada yang pandang simpati ada yang..........tersenyum sinis? Kurang asam punya Aris! Mesti dia yang keluarkan buku teks aku. Ingatan aku kuat lagi la, aku ingat yang aku dah letak dalam beg ni.

"Tak bawa?!? Kamu nak bagi siapa baca dekat asrama tu! Cleaner tu?" tengking Puan Bedah. Ayat cikgu memang sentiasa sama je eh? Kalau tertinggak dekat rumah dikatanya mak ayah yang baca. Kalau tinggal dekat asrama, dikatanya pula mak cik cleaner tu yang baca.

"Sekarang, saya nak awak berdiri dekat luar kelas dan sangkut benda ni sampai habis kelas saya!" Puan Bedah berikan satu signboard sebesar buku teks yang bertulis......... 'Saya Budak Pemalas'. Ya Allah! Malu gila! Arghh! Aku tak kesah pun kalau kena buat macam ni. Yang jadi masalahnya, aku baru je masuk sekolah ni. Nanti di'cop' pula sebagai murid baru yang bajet taiko. Faham kan? Aku tahu la sebab aku yang bagi gelaran tu dekat budak baru yang baru masuk or budak junior.

Tanpa melengahkan masa, aku mengambil papan itu dan sangkutnya di leherku. Kakiku melangkah keluar dari kelas. Boring la kalau macam ni! Huhh...

Aku terfikir, kenapa Syafiq tak report je dekat cikgu? Sempat lagi dekat aku pulak tu.

Sedang aku mengelamun, tiba-tiba...... aku merasakan ada tangan yang menarik tudungku.

"Aduhh!" aku pusing kebelakang dengan satu penumbuk dilepaskan. Malangnya dia mengelak dan terkena pada bahunya.

"Auch! Woi! Gila apa?" bentak Syafiq dengan suara yang perlahan. Mamat ni rupanya. Memang patut pun kena.

"Alaa, dekat bahu je pun. Tak payah nak over sangat la" kataku. Kejap, apa pulak mamat ni buat dekat luar sini? Siap ada papan tanda 'Saya Budak Pemalas' ama dengan aku ni hah.

"Kau apahal duduk luar ni? Kena denda pasal apa pulak? Rasanya tadi buku teks kau bawak kan?" tanyaku.

"Memang aku bawak pun"

"Habis tu kenapa?"

"Saja" bengong ke apa mamat ni? Ada jugak manusia yang se'bengong' ni kan.

"Cakap je la, sakai! Takkan la saja je. Kau tak payah nak cover macho sangat" kataku sambil menjelingnya.

"Hello? Aku memang macho okey? Natural punya macho. By the way, aku sebenarnya, memang bawak buku tapi aku simpan balik semata-mata nak keluar ni" kata Syafiq dengan selamba. Keningku terangkat sebelah minta penjelasan.

"Daa...For what?"

"Naa...aku saja nak bagitahu kau yang........ you owe me one" kata Syafiq.

"What owe?"

"Because I'm not telling that 'Singa Betina'" aku tergelak kecil. Singa betina eh...

"Fine... Apa yang kau nak?" kataku mendatar.

"Hmm aku tak fikir lagi but bila aku dah tahu aku bagitahu kau" good. Sekarang, dah ada benda untuk dia ungkit pasal aku. Erghh..

TOK TOK TOK

Kami berpaling ke arah Rina yang terpacak dipintu.

"Korang tak nak masuk ke? Singa betina tu dah lama pergi. Kau Syafiq! Aris tu asyik membebel seorang-seorang je pasal kau. Baik kau pujuk dia" kata Rina.

"Laa dia merajuk ke? Takpe takpe. Biar aku pergi pujuk" kata Syafiq dan berlalu masuk ke dalam kelas. Huhh! Dasar playboy taik kucing! Sweet la konon. Ni bukan jelaous eh, tapi meluat.

"Aris sayang~ Merajuk ke? Alolo..comelnya dia. Jangan la merajuk eh? Nanti I belanja you makan ye" kata Syafiq sebaik sampai di tempat duduk Aris. Eeuww... geli geliman aku melihatnya. Rasa macam nak keluarkan je mata ni and campak dekat luar tingkap supaya tak nampak sweet moment diorang. Yang peliknya, budak-budak lain buat tak kesah je. Mungkin dah biasa nampak.

"Apahal kau asyik perhatikan Syafiq dengan Aris? Jealous ke? Don't worry, lagi dua hari diorang akan.....gedebabomm!" aku terkejut melihat Syuhada.

"Haa! Syaf jealous?! Yeke?" terjah Danial. Ish dia ni pulak.

"Oii, otak korang ni terbelah dua ke apa? Apa kes nak jealous dengan dua orang yang useless tu? Macam tak ada life je nak jealous" kataku mendatar. Malas nak layan bab-bab ni.

"Ohh pheww! Nasib baik" balas Danial. Huh?

"Excuse me?"

"Er nothing" kata Danial sambil tersenyum manis.

"Ahh Syaf, esok awak balik ke stay asrama?" tanya Danial.

"Balik la kot. Kenapa?"

"Owh, ingatkan nak ajak pergi jalan-jalan ke. But it's okay. Next time maybe?" ujar Danial.

"Erm-"

"Hui, aku korang tak ajak! Dah la cakap depan aku. Tak nak ajak aku pun, cakap belakang-belakang la. Sentap sehh!" ketawa kami terburai. Aduii, setomboi-tomboi Syu pun, dia tetap ada perasaan perempuan tu.

**********************************

Miss Penyabar Dan Mr PendinginWhere stories live. Discover now