Syafirah POV
Tiba-tiba......
Beep beep beep
'Aduhh! Masa sekarang juga la message nak masuk. Spoil je!'
Aku mengeluarkan handphone dari poketku sambil berlari. 'Dah kenapa susah sangat nak keluarkan handphone ni'
Dengan susah payahnya yang keluarkan handphone tu dari poket, dan........akhirnya! Keluar juga. Tapi....
"Syafirah!!!" aku pandang ke arah mereka berempat yang berada di belakang. Diorang menunjuk-nunjuk ke depan. Aku kembali pandang ke depan. Ow oh!!
Bukkk!!
"Aduhh!! Bodoh punya pokok! Kenapa la kau duduk dekat sini haa!?!" bentakku sambil menggosok-gosok dahiku. Benjol kot! Marah punya pasal, sampai pokok pun dimarah walaupun pokok tu innocent.
"Syaf! Syaf! Okey tak?"
"Okey apanya? Tengok ni! Benjol!" aku menunjukkan dahiku. Tawa mereka berempat tercetus. Kurang asam jawa punya kawan. Aku tengah sakit, boleh pulak diorang gelak.
"Weyh! Ketara sangat ke benjol ni?" tanyaku.
"Boleh tahan la ketara dia. Nasib baik tadi hati aku tergerak nak bawa sekali minyak gamat" ujar Fatin.
"Syaf, macam mana kau boleh tak perasan yang kau dah terpesong jauh sampai ke pokok tu? Kau buat apa?" tanya Sofea.
"Aku nampak kau nak keluarkan fon kau kan?" aah la! Message tadi! Ni kalau maxis or benda-benda yang tak penting je hantar, memang aku baling jugak fon ni.
Hmm...unknown number?
'Heyyo Miss Penyabar! Aku Syafiq. Kau ada dekat mana sekarang?'
Syafiq? Miss penyabar? Owhh Mr Pendingin ke. What! Mana pulak dia dapat nombor aku ni?
'Oii mana kau dapat nombor aku!'
Beep beep beep
One new message
'Adalah. Cakap la sekarang kau dekat mana?' -syafiq
'Aku dekat Taman Tasik idaman'- aku
Ehh? Aku baru bagitahu lokasi yang aku berada eh?
'Owh okey' -Syafiq
Jangan cakap dia nak jumpa aku sudah. Tekak aku ni dah sakit nak bertekak dengan dia lagi.
'Apahal kau tanya?'- aku
"Kau message dngan siapa Syaf?" tanya Syahida. Aku senyum dan menggeleng. Gila ke nak cakap aku message dengan enemy aku tu!
"Syaf, kau nak tak letak minyak gamat dekat dahi kau yang dah benjol tu?"
"Nak nak!" kami bergerak ke tempat asal. Lepas dah letak minyak gamat dan plaster, aku menge'check' Iphoneku.
No new message
Tak jawab pulak mamat ni?
"Okey lah korang. Aku dengan Syahida nak gerak ni" pamit Athira.
"Okey. Bye!" Athira dan Syahida berlalu. Begitu juga dengan Sofea.
"Syaf, kau nak aku teman ke? Aku boleh je.sebab rumah aku kan dekat je dari sini " kata Fatin.
"Kejap" aku mengeluarkan Iphoneku dan message kepada Syafiq.
'Woi!! Asal kau tanya aku dekat mana? Kau nak jumpa aku ke SAKAI! Jawab laaaa'- aku
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Novela JuvenilSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...