Syafiq POV
Aikk? Dia blah macam tu je? Bukan nak minta maaf ke apa lepas langgar aku. Huhh!
Aku mengekori Syafirah dari belakang. Dia ke rak kasut sneaker? Perghh brutal gila dia ni.
Baru Syafirah hendak mengambil kasut itu, aku juga memegang kasut itu. Dia memandangku dengan tajam.
"Owhh jadi kau la penyebab aku tak boleh makan salad malam tu?!?!" salad? Apa kena minah ni? Kena sawan secara mengejut ke apa?
"Kau jangan nak buat-buat lupa la Syafiq. Dekat pasaraya tu la! Hishh baru form 3 dah nyanyuk" bebel Syafirah. Owhh...
"Ehh mak cik! Kau ingat senang-senang je ke aku nak lepaskan salad tu. Dah la ada satu je. And one more thing, aku tak nyanyuk la!" balasku. Dia fikir dia seorang je nak salad tu. Aku lagi memerlukan. Walaupun sebenarnya aku tak suka pun salad, cuma adik aku yang nak.
"Mak cik kau panggil aku?? Huhh! Sabar Syaf sabar" Syafirah menenangkan dirinya. Aku tergelak kecil. Pelik. Weirdo. Itu lah Syafirah di mata aku.
"Kau tak payah nak cover ayu sangat la depan aku. Aku tahu la aku ni macho+handsome+bergaya" kataku sambil menyisirkan rambut kebelakang.
"Plus POYO !!" eh eh minah ni nak samakan kekecakan aku dengan matematik pulak! Tak pernah-pernah orang kata aku macam tu. Aku yang handsome macam Luke Hemmings ni dipanggil poyo
Lagi sekali, Syafirah hanya berlalu dari situ dengan memegang kasut sneaker. Aku tak faham dengan minah ni. Sombong nak mati! Main blah je.
"Kak, boleh bagi kasut ni saiz 5?" tanya Syafirah kepada salah seorang pejerja di situ. Haa! Aku ada satu idea.
"Kak, kak, bagi saiz 7 bukan 5" kataku.
Syafirah POV
"Kak, kak, bagi saiz 7 bukan 5" kata seorang yang amat aku kenali. Erghh annoying! Kalau kau nak ambil kasut ni pulak, I swear, I will kerat 14 kau!
"Sekejap ye. Akak pergi check kejap" kata pekerja disitu dan kasut sneaker itu bertukar tangan.
"Weyh Syafiq. Kau boleh blah tak? Mengacau hidup aku je" kataku. Semak tau semak. Kalau tak buat sesuatu annoying takpe lah.
"Sorry, tak ada masa la aku nak kacau kau the entire life. Btw, aku just nak beli kasut tu je. Kau je yang terlebih makan santan" kata Syafiq. Wah wah wah! Dia samakan aku dengan santan ke apa sekarang? Itu tak kesah sangat, yang aku rasa telinga aku ni macam tebakar je bila dengar dia kata nak beli kasut ni jugak?!?! Ma gadd!!! Ini memang menguji kesabaran dan iman aku.
"Kau tak beli sneaker tu kan? Come on la! Sneaker tu design untuk perempuan je la. Atau....kau ni jenis yang.....auww auww? Diorang pun panggil kau Syaf kan?" tawaku tercetus di kedai itu. Muka Syafiq merah seperti cili sudah.
"Okey okey. Hahahahaha" aku cuba untuk berhenti tapi tak boleh.
"Stop it"
"I...can't"
"Just stop!"
"Nope...hahaha"
"Dude! Please la! Aku ni gagah perkasa la. Haa tengok ni" Syafiq menunjukkan muscle dilengannya. Aku mengendahkannya.
"Dik, dik"
"Okey okey. Now I'll stop" akhirnya tawaku reda.
"Dah habiskan? Memekak je. Gelak macam menyalak" ujar Syafiq.
"Agak la weyhh! Kalau kau cakap gelak macam pontianak tu aku terima la lagi. Tapi ni menyalak. Kau nak samakan gelak aku dengan anjing? Woo memang melampaui batas kau ni!" balasku.
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Roman pour AdolescentsSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...