Bab 14

16.2K 790 12
                                    

Syafirah POV

RECAP:-

Sekarang, memang aku panas! Sebab? Sebab tengah aku nak ambil gelang tu, tiba-tiba ada tangan lain yang memegang gelang yang terakhir itu juga. Dan ini menyebabkan aku ingat balik peristiwa salad dan kasut sneaker ku dirampas! Jangan-jangan.........

"Duhhh!" keluhku. Aku mula-mula hendak lepas gelang tersebut tapi bila diingatkan balik, dah dua kali aku terlepas peluang untuk mendapatkan sesuatu yang aku nak! Syafiq tersenyum menang kerana aku hendak melepaskan gelang itu. Kemudian, aku pula tersenyum sinis dan menarik gelang tersebut. Apa lagi? Cabut lah!! Aku berlari ke kaunter berdekatan.

"Woi Syaf! Kau jangan lari! Bagi balik gelang tu!" Syafiq mengejarku. Aku pandang ke belakang dan jelirkan lidah kepadanya.

Kaunter tu saja je nak naikkan marah aku. KAUNTER TUTUP! Erghh! Di atas kaunter itu tertulis 'Kaunter tutup. Sila ke kaunter sebelah ' dan terdapat error yang menunjukkan arah ke kaunter lain.

Aku segera berlari ke kaunter itu.

"Hey! Jangan lari dekat sini la!" jerit seorang pengawal. Ahh! Tak cukup dengan Syafiq kejar aku, pengawal tu pun kejar sekali.

Sampai saja aku di kaunter itu, KAUNTER TUTUP lagi!!

Susah sangat, aku berlari ke kaunter di pintu utama. Memang jauh lah! Rasa macam nak meletup paha aku ni.

'Akhirnya! Sampai juga' Aku memandang kaunter dengan muka terharu. Gila agaknya aku ni. This is all because of you, Syafiq!

" Woo woo! Hold on girl" aku terberhenti secara mengejut kerana Syafiq berada di depanku. What! Macam mana dia boleh ada depan aku? Aku boleh jadi ni.

"Ishh! Kau ni! Nasib baik aku tak terjatuh atas kau. Kalau tak naya aku" bentakku.

"Naya kau, naya lagi aku" balas Syafiq. Pahal pulak?

"Now, bagi aku gelang tu" kata Syafiq.

"Nope! Kenapa eh, kau asyik rampas je benda yang aku nak? Aku ada buat apa-apa ke dekat kau? Setahu aku, aku tak pernah kenal kau" ujarku.

"Ada. Ahhh! Bagi je lah gelang tu" Syafiq cuba merampas gelang itu tetapi aku lebih pantas.

"Helo young boy-" baru aku hendak mula bercakap, Syafiq berdehem.

"Young boy? Please! Kita sama umur, kay" tegur Syafiq.

"Whatever! Listen, gelang ni, perempuan punya design. Why you want to buy it? Kau saja je ka-" kata-kataku terberhenti kerana terfikir sesuatu.

"Or maybe kau ni..... auw auw? Hahaha" tawaku tercetus. Tanpaku sedar, gelang yang berada di tanganku dirampas Syafiq.

"Young lady, this is not for me. This for my TTM(teman tapi mesra)" kata Syafiq. Aku Aku mendengus dan cuba merampas gelang itu. That's mine!

Berlaku lah adegen rampas merampas semata-mata untuk gelang. Tiba-tiba.....

"Baby! Apa ni!?!" seorang perempuan....Ya Allah! Seksinya! Seksa mata memandang. Wait. Baby? Baju t-shirt tanpa lengan bewarna putih jarang yang bertulis 'I'm Still A Virgin'. Hampir tergelak aku dibuatnya! Perlu ke wujud baju macam tu? Takde otak ke apa orang yang design baju tu? Drngan jarangnya, boleh nampak segala-galanya woii! Seluar jeans yang pendek dan ketat. Okey. Yang lain aku tak nak describe sebab rambut dia yang warna karat, celak tebal gila, lipstick merah bernyala, bulu mata agaknya 3 cm, kening nipis gila. Nampak sangat dia cukur. Ehh? Aku baru describe dia eh?

"Baby! Ahh ahh... entah la perempuan ni! Dia ni tiba-tiba je datang dekat I" kata Syafiq. Aku? Datang dekat dia?

"Excuse, kau yang datang nak amb-"

"Ehh perempuan! Kau tak payah nak menggatal dengan BF I eh. You ingat dengan pakai tudung tu, orang akan ingat kau tak buat salah la!" marah perempuan itu.

"Wahai anak adam, memakai tudung ini adalah tujuan untuk menutup aurat, bukan untuk menunjukkan yang kami memakai tudung ini seperti yang dituduh oleh cik" kataku sepeti gaya beri ceramah pun ada. Entah bila masa pulak, tangan aku dah macam orang nyanyi nasyid! Ni lah kelebihan aku. Walaupun aku ni takde lah banyak sangat berpengetahuan tentang Islam. Aku cakap apa yang aku dah pelajari dah dilalui.

Muka perempuan yang dikenali sebagai 'Baby', sudah merah bernyala macam lipstick dia. Syafiq pula? Diam seribu bahasa terus.

"Kau tak payah nak bajet alim sangat la!" jerit perempuan itu. Aku tersenyum sinis. Tapi dalam hati memang marah tengah membara. Cuma aku sabar je. Sebab tu lah orang gelar aku sebagai budak 'COOL'. Yeah!

"Eh! Apa bising-bising ni! Korang tahu kan ni tempat beli barang? Ishh! Anak muda zaman sekarang" marah seorang pengawal kitaran 40 an. Erk..ni pengawal yang kejar aku tadi.

"Sekarang ni apa masalah korang? Hormon remaja ke? Tadi berkejaran. Sekarang bertekak pulak" ujar pengawal itu.

"Tu haa. Pasal gelang tu. Saya nak ambil tapi dalam masa yang sama mamat ni pun nak jugak. Katanya untuk TTM dia" jelasku. Aku menekan kan perkataan TTM tu untuk kasi dengar GF dia tu. Tuduh bukan main lagi dia dekat aku. Perempuan tu memandang Syafiq dengan tajam. Syafiq tersengih seperti kerang busuk.

"Meh sini pak cik tengok gelang tu" gelang itu bertukar tangan.

"Laa, ni kan gelang perempuan punya. Yang si lelaki ni nak nya kenapa? Dah, sekarang ni bagi je lah dekat perempuan. Mengalah sikit. Nabi tak suka lelaki yang tak mengalah dengan perempuan" kata pengawal dan berikan gelang itu kepadaku. Aku tersenyum gembira sambil membuat thumbs up kepada pengawal itu. Pengawal itu membalas senyuman.

Aku terus melangkah ke kaunter. Sempat aku jeling Syafiq dengan 'Baby' dia tu.

"TTM ye? Perempuan kan?" ujar perempuan tu. Perang baru saja melanda.

"Err-"

"You jangan nak kata TTM awak tu lelaki eh? Ish! You tak payah la nak bagi alasan! You curang dengan I kan! You......" bebel perempuan tu. Bla bla bla.... banyak lagi yang di kata tapi aku cepat-cepat blah. Malas nak libat dalam hal suami isteri. Lah sangat!

Aku dengan senang hati keluar dari kedai itu.

Krukkkk...

Bunyi apa tuh? Uishh menakutkan. Dah la aku ada tingkat atas sekali. Kosong je. Kedai tak banyak yang buka. Langkahku lajukan.

Krukk....

Kali ni lagi kuat! Alamak! Seram aihh. Escalator mana la pulak? Takkan dah sesat kot? Jalan punya jalan tiba-tiba ada sesuatu yang memegangku.....

*********************************

Miss Penyabar Dan Mr PendinginWhere stories live. Discover now