Syafirah POV
"What!??!?!?!"
"Eh Syaf! Kenapa ni? Kenapa? Ada apa?" tanya mama dengan risau. Mataku bersinar memandang mama.
"Mama!!! Tengok ni!!" jeritku sambil hulurkan surat itu.
"Ish jangan la jerit! Mama 1 meter je dari Syaf. Bukan 1 kilometer" kata mama dan mengambil surat dari tanganku. Mata mama terbeliak melihatnya. Dan tersenyum. Kali ni.....
"Yeyy!! Macam ni la anak mama!" mama pulak yang menjerit. Well, like mother like daughter.
"Dah kenapa mama dengan Syaf menjerit? Sampai dekat luar dengar" tegur abang. Aku dan mama perpandangan dan tersengih.
"Syakir, tengok la ni" kata mama dan menghulurkan surat itu.
"Wahhh! Tawaran ke Sekolah Tinggi Bakti! Bagus sekolah ni. Asrama kan? Tahniah Syaf" kata abang. Yuhuu..
"Tengok la anak dengan adik siapa" kataku dengan bangga. Mama dengan abang pandang ke tempat lain. Ish! Saja je nak kenakan aku.
"So, Syaf nak tak? Mesti nak kan?" tanya mama.
"Ofcourse la! Bila tarikh pendaftaran dia eh?" ujarku.
"Dia tulis dekat sini tarikh pendaftaran 20/12. Pada 30/12 pulak dah masuk asrama" terang abang. Asrama? Bunyi macam best. Hehe~ Walaupun ramai yang kata asrama tu menakutkan la bagai, tapi bagi aku tu satu cabaran. Ye lah, hantu yang ada tu nak uji keimanan kita. Bagus bagus.
Eh jap!
"Abang, sekolah apa yang Syaf dapat ni?" tanyaku untuk kepastian.
"Sekolah Tinggi Bakti. Kenapa Syaf?" ujar abang. Sekolah tu kan......sekolah yang sama dengan Danial! Yeah! Ada kawan! Nak bagitahu dia la.
Aku mengeluarkan Iphoneku. Eh eh? Tak boleh bukak pun. Eh? Owh....bateri kong la!
Aku berlari ke bilik untuk mengecas handphone.
Sekarang, ada lima orang yang aku nak bagitahu. Sofea, Syahida,Athira, Fatin dan....Danial.
Aku buka group 'The Five Element' dulu.
'Korang!!! Aku dapat tawaran ke Sekolah Tinggi Bakti!'- aku
'What! Syaf! Tahniah babe!'- Fatin
'Terbaik la kau Syaf'- Sofea
'Congrats! Nanti kita celebrate eh'- Syahida
'Untungnya kau! Aku dengar budak lelaki dekat sana semua handsome wey. Nanti....kau recomend la dekat aku ye. Hehe~'- Athira
Faham sangat la si Athira ni. Fikir lelaki je. Tak serik hari tu dah kena reject.
'The bad news is, aku dah tak boleh jumpa korang lagi. Hurmm.. Kalau nak jumpa pun sekali je sebulan sebab aku duduk asrama'- aku
'Aah kan? Alaa...takde dah orang nak backup kitorang kalau ada gaduh nanti'- Fatin
Yeah! Aku memang selalu yang backup antara diorang kalau ada masalah. And aku akan cari salah siapa yang cari gaduh dengan best friend aku sekalian ni.
'Takde dah orang nak ajak lari dari cikgu yang nak hukum kita. Sebab kitorang berempat mana la berani macam kau. Lepas kau dah bagi semangat baru kitorang buat'- Syahida
Err betul lah tu. Kitorang kan suka buat masalah. Actually aku sebenarnya. Tapi adanya diorang, terlibat sekali la.
'Tak ada dah orang nak bagi nasihat gila dekat kitorang'- Sofea
'Dan yang paling penting.....tak ada dah orang nak bagi idea gila yang akan ingat sampai bila-bila'- Athira
Hampir menitis air mata baca ni. Terharu babe! Ye, antara kami ni, aku la yang paling gila. Gila means gila. Bukan gila-gila tau. Gila dengan gila-gila tu lain. Different.
'Hmm nak buat macam mana wey. Kalau aku tak pergi, rasa macam rugi. But don't worry, aku janji bila cuti kita jumpa okey?'- aku
'Wokey dear!'- Fatin
'Set!'- Sofea
'Okey!'- Syahida
Sekarang, aku nak bagitahu Danial pulak.
'Assalamualaikum. Hai Danial!'- aku
'Waalaikumussalam. Hai! Awak dah sampai rumah?'- Danial.
'Dah. Hey, guess what?'- aku
'What happen?'- Danial.
'Saya. Dapat. Tawaran. Ke. Sekolah. Awak!!'- aku
'Woahh! Tahniah!'- Danial
'Thanks'- aku
'Awak nanti mesti tak ada kawan kan?'- Danial.
'Erm nampaknya macam tu lah'- aku
Mesti aku keseorangan nanti! Huhu~
'Duduk la dengan saya nanti!'- Danial
Erk?? Pahal mamat ni? Duduk dengan dia? Eee tak nak la! Tapi.......nanti aku nak duduk dengan siapa? Aku ni bukannya friendly pun.
'Insyaallah. Tapi awak takkan tak duduk dengan kawan awak?'- aku
'Alaa takpe. Saya ni kira baik la tolong awak tau. First day school nanti mesti awak takde kawan kan'- Danial.
Erhh poyo! Baik la sangat. Baik ada makna kot dia tu.
'Kalau saya dah ada kawan?'- aku
Soalan cepumas.
'Saya la kesian saya '- Danial.
Main emoticon pulak dia...
'Kesian? Why should I?'- aku
'Ermm nothing'- Danial.
'Okey la. Saya nak solat dulu'- aku
Aku kemudian menutup account wechatku.
*********************************
I thing......this chapter kinda boring. Betul tak? Hmm.... Sorry?
Comment untuk beritahu boring ke idok ye. Insyaallah saya akan perbaiki lepas ni. :)
And don't forget! Vote. Okey?
Kalau tak....tak nak kawan! Huhh! (Merajuk la konon. Tangan dekat bahu mata ke atas)
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...