Syafirah POV
Aku menghempaskan badan di atas katil. Penat. Penat sebab asyik bergaduh je! Faham tak penat? Tak pernah aku gaduh sampai penat macam ni. Suara aku pun dah serak-serak ni.
Aku unlock Iphoneku. Tanganku membuka contact dan mataku tertacap pada nama Syafiq. Apa yang aku nak eh nanti? Hmm~
"Syaf!! Dah mandi belum? Nak maghrib ni!" jerit mama. Aku melihat jam. Jarum menunjukkan pukul 7. Ya Allah! Aku tak mandi lagi! Aku mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air.
Aku menyikat rambutku yang panjang dan halus. 'Okey. Dah siap' bisik hatiku.
"Ma, papa belum balik ke?" tanyaku.
"Belum. Kejap lagi papa balik dengan abang" kata mama. Kejap. Abang?
"Abang dah balik ke? Yeahhh!!" mana tak gembira wey! Dah dekat hampir dua tahunjugak tak jumpa abang aku yang paling senget tu. Dia belajar dekat Jordan. Memang tak jumpa la.
"Ishh jangan la jerit-jerit. Iye, abang dah balik. Katanya dah cuti panjang ".kata mama. Aku lihat mama meletakkan lapan pinggan. Lauk pun banyak semacam.
"Ma, siapa lagi seorang ni?" tanyaku. Mama tiba-tiba tersenyum.
"Dia bawa sekali girlfriend dia" balas mama. Aku yang terkejut mendengar, terjerit sambil terlompat-lompat macam orang tak waras.
"Woahhhh!!! Abang ada awek! Yeahh!" memang patut pun abang ada awek sekarang ni. Umur pun dah 22. Sebenarnya abang memang banyak girlfriend. Playboy la konon. Abang dulu sekolah agama, tapi perangai....tak yah cakap. Sama je. Nasib tak kantoi dengan mama dan papa. Tak pernah-pernah bawa datang rumah. Mungkin yang ni memang dah konfem? Yuhuu~ tak lama lagi aku akan ada kakak ipar!
"Dah kenapa budak ni? Takkan nak dok jerit je? Pergi la tukar baju cantik sikit sebab keluarga dia pun datang sekali" tegur mama. Aku lihat balik baju yang aku sarung. Baju T berwarna kelabu dan seluar pendek paras lutut. Apa aku kesah? Dalam rumah je kan? Mama dengan papa je yang ada.
Aku mendaki tangga dan menukar seluar panjang berwarna hitam berline ungu ditepinya. Kardigan.hitam juga ku sarung.
"Assalamualaikum!" suara papa tu. Aku lihat di luar tingkap bilikku. Abang! Bersama seorang perempuan berjubah dan bertudung bawal satin. Wow! Pandai abang pilih bini. Hehe~
Dibelakangnya seorang lelaki dan wanita yang agak berumur. Mak ayahnya mungkin? Dan seorang lelaki tak nampak mukanya kerana dia memakai cermin mata hitam baru hendak melangkah masuk ke dalam rumahku. Berkarisma. No no! Poyo.
"Syaf! Tolong bukakan pintu" kata mama. Tudung bawal berwarna kelabu ku capai.
"Waalaikumussalam" kataku setelah membuka pintu utama. Kelihatan papa dahulu kemudian abang bersama teman wanitanya. Lawa! Rasanya dia tak pakai make up langsung. Dibelakangnya mak dan ayahnya. Aku menyalam emaknya. Emaknya tersenyum sambil menyambut huluranku.
"Ini adik Syakir eh? Comey betul" tegur emaknya. Aku tersenyum manis. Siapa tak suka kena puji kan?
"Terima kasih mak cik" ucapku.
"Panggil je Mak Has. Ni suami mak Has, panggil je Pak Li" kata Mak Has.
"Baik Mak Has" kataku. Mereka berdua masuk. Baru aku hendak menutup pintu tiba-tiba ada suara memanggil.
"Eh eh tunggu!" aku menjengukkan kepalaku ke luar. Ada seorang lelaki. Baya aku kot.
"Hai! Saya Isyraf, adik angkat kak Jannah" tegurnya sambil menghulurkan tangannya. Adik angkat? Aku hanya tersenyum. Tak biasa bersalaman dengan lelaki.
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...