P.S: Well hello guys!! Nak cakap ni. Maaf sesangat lah yee sebab lambat update. First week school la katakan. Lepas ni pun rasanya seminggu sekali update. But I will double update. Harap bersabar and enjoy reading this story.Okey, gambar takde kena mengena dengan jalan cerita bab ni. Saja nak kongsi sebab first time tengok gambar ni, memang tergelak habis! Hahahaha...
Sekarang pun bila tengok balik pun tergelak jugak. So cute~
Mohon tergelak tengok gambar ni. Huhu~
Gelak la! Haha~
•••••••••••••••••••••••••••••••••••
Syafirah POV
"Abang, Syaf takut lah" kataku. Abang mencapai tanganku. Rasa lebih selesa sedikit.
"Sejuknya tangan Syaf" ujar abang. Aku tersengih.
Tahun ni Puan Hartinah merangkap pengetua sekolah kata hanya 20 orang yang mendapat straight A's.
"Dan nama yang terakhir ialah......." aku memejamkan mata. Berharap agar namaku dipanggil.
"Syafirah Amanina binti Syuqri" hampir terberhenti jantungku mendengar namaku dipanggil.
Aku bangun dan ke hadapan pentas untuk mengambil slip peperiksaan. Nak je aku melompat tembus dinding! Gembira weyy!!
"Tahniah" ucap Puan Hartini ketika aku mengambil slip peperiksaan. Aku tersenyum.
Selepas sesi bergambar bersama murid straight A's yang lain, aku menuruni tangga pentas dan meluru ke abang. Abang tersenyum melihatku.
"Jom, cendol time!" kata abang dengan riang.
Kereta Mitsubishi milik abang diletakkan disebuah kedai yang bernama 'Cendol Antarabangsa'.
"Abang, kenapa tak pergi tempat yang kita biasa pergi dulu je?" tanyaku. Bukan apa, kedai ni nampak grand. Walaupun jual cendol je tapi nampak macam restoran 5 bintang pun.
"Adik abang ni kan dapat straight A. Jadi abang nak hadiah yang grand sikit. Walaupun cendol je. Kawan abang kata cendol dekat sini memang tip top la!" kata abang.
Kami melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. Abang mengambil tempat dihujung kedai. Aku membelek-belek menu yang telah disediakan. Pelik je cendol dia.
-Cendol special(with ice cream)
-Cendol Chocolate
-Cendol Jagung
-Cendol Cheese, dll
(*cendol-cendol ni semua, tak wujud pun. Saja je nak buat lagi menarik mubgkin? Hehe..tahu pelik*)
Weird but interesting. Aku menyelak menu itu. Hidangan sampingan seperti cake pun ada. Terbaik la!
"Awak ni! Habis basah baju saya!" marah seorang lelaki kepada seorang pelayan wanita kitaran 20 an.
"M..maaf c..cik" kata pelayan wanita itu sambil tertunduk.
"Maaf je lah! Dah dah blah la!" bentak lelaki itu. Wanita itu pergi. Aku memandangnya simpati.
"Order apa cik?" pelayan wanita tadi itu mengambil order kami. Lawa orangnya, cuma agak clumsy. Tapi....ada tak kena dengan dia. Macam......familiar?
"Syaf, nak yang mana?"
"Hmm rasa macam nak semua je cendol ni tapi......"
"Haa cik, saya order semua ni. Syaf, mana satu nak makan sini?" ujar abang. Mulutku automatik ternganga.
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...