Bab 62

16.4K 551 61
                                    

Syafirah mengangkat bagasi-bagasi miliknya dan masukkan ke dalam bonet kereta. Setelah itu dilihat lama rumahnya dari luar. Tiba-tiba Syafirah merasakan bahunya ditepuk.

"We'll be back home soon sweetheart" mama Syafirah. Kesian melihat anak perempuannya yang tak sanggup nak tinggalkan rumah ni, bandar ni, negara ni.

"Soon enough" ulang Syafirah. Kesedihan yang tidak boleh digambarkan. Malam semalam sempat difikirnya untuk lari dari rumah tapi hanya menambahkan dosa saja.

"Syafirah, mari masuk, nanti kalau jam , lambat pulak" kata mamanya. Syafirah mengangguk tetapi masih menatap rumahnya.

"Kejap mama, one last hug" Syafirah pergi ke arah dinding rumahnya dan memeluk. Memang kalau orang yang tak dikenali nampak, difikirnya orang gila. Mamanya hanya ketawa kecil melihat anaknya yang terlampau sedih sampai memeluk rumahnya.

"Dah jom. Dramatik betul la Syaf ni" kata Syakir sambil menarik lengan Syafirah. Tangan Syafirah terkapai-kapai hendak memeluk dinding rumahnya itu. Sayang betul Syafirah pada rumahnya yang sudah di duduknya selama 16 tahun.

"Abang jealous tengok Syaf sayangkan rumah ni lebih dari abang" seloroh Syafirah. Syakir melepaskan tangan adiknya itu dan berdiri menghadapnya.

"Syaf lagi sayangkan rumah ni dari abang? Cis, tak boleh jadi ni. Apa yang rumah ni dah buat dekat adik? Abang dah buat macam-macam tau untuk adik. Salah satunya, bergaduh. Haa best apa kan?" pecah tawa Syafirah mendengar kata-kata abangnya. Tak dinafi, memang best bergaduh. Bukan lah bergaduh bertumbuk terajang tu, hanya bergaduh mulut je. Daripada adik-beradik yang hanya senyap masing-masing? Krik krik aje rumah.

"Rumah ni dah bagi Syaf perlindungan, kasih sayang dan kenangan. Tapi...mestilah Syaf lagi sayangkan abang Syaf yang gila ni! Nasib hensem je" Syafirah menekup mulutnya. Ops terlepas cakap pula abangnya itu hensem. Habis lah dia isi bakul angkat sendiri lah.

"Oh well, abang Syaf yang kacak ni memang penyayang orangnya. Dah lah kacak kan, baik hati pulak tu. Dulu abanv dekat universiti dulu, sebabkan kekacakan abang, abang ramai peminat tau- eh Syaf! Dengar lah apa abang nak cakap! Syaf!" Syafirah hanya berlalu masuk ke dalam kereta. Tidak menghiraukan abangnya yang bercerita bagai nak rak.

"So we're heading to New Zealand! Who's excited as I am!?" kata papa Syafirah. Tiada respon. Syafirah hanya membisu kerana masih tak sangka bahawa hari ni telah tiba.

Takpelah, semua orang tak nak pergi rupanya. Papa terpaksa lah pergi seorang ke sana" mendengar kata-kata papanya, Syafirah mengeluh kecil. Tak sangka dia telah mengecilkan hati papanya.

"I am. Tak sabar sangat nak jejak dekat New Zealand" kata Syafirah, lemau, tak bersemangat. Papa dan mamanya saling berpandangan. Mak ayah mana yang tak sedih kalau tengok anaknya sedih? Mereka buat ni semua bukan saja-saja, untuk kebaikan bersama juga.

"Syaf jangan lah macam ni. Kita dah nak pergi dah ni. Tak mau sedih ye? Mama akan pastikan anak mama ni akan dapat kehidupan yang terbaik dekat sana. Mama dan papa sanggup buat apa saja untuk kebahagiaan Syaf dan keluarga kita" Syafirah akhirnya menggugurkan air matanya sedikit demi sedikit tanpa disedari oleh sesiapa. Sebak mendengar kata-kata mamanya. Syafirah mengelap air mata. 'Apa yang kau fikir ni Syaf? Ni untuk kebaikan semua orang jugak. Kau ni selfish sangat sampai tak fikir mama dan papa berusaha untuk aku' Syafirah berkata di dalam hati.

"Syaf minta maaf kalau Syaf ni pentingkan diri sendiri. Syaf cuma sedih, tapi Syaf happy jugak sebab papa dinaikkan pangkat sampai kena pergi luar negara. Syaf bangga sangat dengan papa yang dah berusaha sedaya upaya dan mama yang dah bagi kasih sayang yang secukupnya. Syaf janji dekat sana Syaf akan belajar rajin-rajin dan banggakan mama, papa pulak" kali ni mamanya pula yang mengalirkan air mata, air mata kegembiraan. Nak saja dipeluk anaknya, tetapi Syafirah berada di tempat duduk belakang.

Miss Penyabar Dan Mr PendinginWhere stories live. Discover now