Athira POV
"Yup! She's my best friend" balas Syafirah. Aku hanya tersenyum. Macam mana Syafirah boleh ada dekat sini? Aduhh! Mati la aku kalau dia tahu aku datang dengan mamat yang dia benci ni. Boleh berdarah telinga aku dengar ceramah dia! Bukan ceramah tapi membebel!
Syafirah dan Ikhwan berpandangan. Mata mereka membulat. Ow ohh!! The war is begin now!!
Syafirah
"Kau!?!?!" jerit serentak aku dan Syafiq. Baik betul! Ikhwan ni Syafiq!
"Duhh minah tak betul ni lagi!" rungut Syafiq.
"Sesedap masak lemak cil api je kau panggil aku tak betul! Kau fikir kau tu betul sangat? Kau tu lagi double triple trouble tak betul and sakai!!" balasku. Satu Tutti Fruity memandang ke arah kami. Ahh kesah apa? Aku kalau marah, dah tak kesah orang sekeliling. Lagi-lagi jumpa dengan mamat dingin ni!
"Eee minah ni memang....." belum sempat Syafiq nak marah, Isyraf sudah menutup mulutnya dan menarik Syafiq ke belakang dari mendekati aku. Kak Jannah pula menarikku dan cuba menenangkan aku.
"Syaf, apa yang Syaf buat ni? Tak pernah-pernah Syaf marah lelaki lain. Dia buat apa dekat Syaf?" bentak abang.
"Abang ni jangan la marah Syaf. Nanti-nanti je lah Syaf cerita. Aiskrim ni dah cair dah. Tengok, dah takde selera Syaf nak makan. Syaf balik dulu la bang" kataku dan berlalu. Malangnya, abang segera mencapai tanganku.
"Syaf, tak payah la balik lagi. Cuba Syaf bertenang dulu. Kita makan aiskrim ni eh. Mahal aiskrim ni. Rugi kalau tak makan" pujuk abang. Bila difikirkan balik, kesian la dekat abang sebab dah berpuluh duit dia habis disebabkan aiskrim yang aku ambil ni.
"Betul kata abang ni. Syaf nak ke bazir aiskrim yang sedap ni? Rugi tau. Lagi pun Allah tak suka manusia yang membazirkan makanan" kak Jannah bersuara.
"Iyelah" akhirnya aku mengalah.
Syafiq POV
"Eh kau ni dah kenapa Wan! Jangan la nak marah tak tentu pasal dekat sini. Sini tempat orang makan" kata Isyraf dengan perlahan. Abang Isyraf ni senior aku masa sekolah rendah.
"Abang Isy, saya tak tahan la dengan minah senget tu" kataku.
"Kau tak payah nak marah sangat. Sekarang ni kita makan je aiskrim ni. Mana tau boleh sejukkan hati kau yang panas tu. Lagi satu, kitorang nak tumpang duduk sekali dengan korang boleh? Tak kacau korang dating kan?" ujar abang Isyraf.
"Dating? Athira tu ke? Mana ada bro! Takde maknanya aku dating dengan dia. Kitorang saje je nak keluar" kataku. Not my taste la Athira ni. Memang lawa tapi aku tak suka perangai dia yang tergedik-gedik tu.
"Haa yelah bro" jawab Isyraf.
"Betul la! Ni nak duduk ke tak?" ujarku.
"Nak la! Dah naik lenguh aku punya kaki ni. Kejap, aku nak panggil diorang" kata abang Isyraf. Diorang? Minah tu ada sekali ke? Duhh! Parah la.
Akhirnya kami duduk semeja. Aku hanya memerhati Syafirah yang gelojoh makan aiskrim. Dia punya gelojoh tu sampai aku dekat depan dia pun tak perasan. Huhh!
Syafirah POV
Aku duduk je, terus makan. Tak fikir orang dah. Doa pun tak sempat. Baca bismillah je. Kadang aku pandang jugak mamat depan aku ni. Daripada tadi asyik pandang aku je.
Aku mula rasa tak selesa dan bersuara.
"Apahal?" tanyaku kepada Syafiq. Dia senyap sambil membuat muka blur di depanku.
"Kau nampak ni?" aku menunjukkan lima jariku.
"Nampak la" balas Syafiq dengan dingin. Memang nak makan aku ke apa?
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...