Bab 55

10.3K 487 9
                                    

Syafirah POV

"Bhahahhahahaa"

"Kau agak-agaklah nak gelak pun" kata Syafiq. Ketawaku kian reda.

"Takdelah, benda kelakar. Aku gelaklah!" ujarku. Syafiq membuat muka.

"Lawak sangat ke? Aku cakap yang aku masa kecik lembut. Masa tu jelah" aku ketawa lagi. Syafiq menjeling tajam.

"Okey okey aku berhenti. Tapi jangan cakap yang kau tu lembut lagi. Hahhaha" aku bukan apa, takde niat pun aku nak gelakkan dia. Cuma tang yang dia lembut tu yang tak boleh blah! Syafiq? Lembut? Mimpi indah aku malam ni.

"Sekarang...serious aku dah tak gelak" kataku sambil menyumbat sisa pizza yang berada ditanganku.

Tanganku mencapai sekeping pizza Hawaian Chicken yang terakhir tapi ranganku dijentik.

"Auch! The heck?"

"Kau dah banyak makan la. Bagi la aku pulak" cis mamat ni. Dasar Mr Pendingin takkan mengalah dengan perempuan.

Aku membuka kotak pizza yang kedua iaitu pizza barbeque.

"Assalamualaikum"

"Waalaiku-" mulutku yang sebelumnya mengunyah pizza terhenti seketika. 'Apahal la mamat ni muncul masa ni? Aku nak elak kau la sengal! Tak faham bahasa ke?'

"Korang makan pizza dua orang je kan. Tak ajak aku" kata Danial dengan sayu. Syafiq menjeling.

"Tak perlu kot" kata Syafiq dengan perlahan tapi masih boleh aku dengari. Aku menyiku tangan Syafiq. Dia membuat muka 'What? I've done nothing wrong!'

"Aku duduk sini boleh?.. okey thanks" aku..tak cakap apa-apa pun lagi. Bukan, tak sempat pun! Dan, thanks untuk apa?

Suasana menjadi senyap seketika.

"Erm aku pergi basuh tangan sekejap" Syafiq memecah kesunyian.

"Eh tapi ni ada lagi satu kotak pizza ni. Siapa nak makan?" actually aku cakap macam tu sebab tak nak dia tinggalkan aku dengan Danial ni.

"Saya boleh teman awak makan" kata Danial sambil tersenyum. Aih lain macam la dia ni hari ni.

"Haa Danial ada. Dia pun kebulur jugak kot" sinis Syafiq. Aku hanya mampu gelengkan kepala. Dulu satu kepala diorang ni, sekarang nak dekat pun tak boleh.

Syafiq berlalu.

Syafiq POV

'Ish geram pulak aku dengan Danial tu. Aku baru nak bersweet moment dengan Syafirah. Err, I mean kitorang kan selalu bergaduh, so agak rasa bee la dekat dalam perut ni. Sepatutnya butterfly tapi aku menggantikannya dengan bee sebab Syafirah ni kan unpredictable sikit. Ada je nak cari gaduh dengan aku'

Aku membasuh tangan di singki kantin asrama. Sabunku capai dan menggosok setiap celah-celah jariku. Untuk pengetahuan, aku ni pembersih orangnya. Basuh tangan pun sampai minit okey.

Tiba-tiba bahuku ditepuk. Dengan tak semena-mena aku tertampar bahu orang tu. Ops Syuhada rupanya.

Aku mengetap bibir takut tiba-tiba dia nak tumbuk aku ke. Tapi malangnya tidak. Eh bukan malang, untunglah. Mukanya nampak tenang. Nasib baik lah aku tak tertampar muka dia. Kalau tak memang arwahlah aku. Arwah dulu baik orangnya..agaknya ada ke orang cakap aku macam tu ek? Cehh tiba-tiba rasa nak muhasabah diri pulak.

"Kau nampak tak Syafirah?" tanya Syuhada.

"Oh dia ada dekat pondok. Dengan Danial" suaraku hanya mendatar. Syuhada mengerutkan dahi.

Miss Penyabar Dan Mr PendinginWhere stories live. Discover now