Syakir POV (abang Syafirah)
'Perghh!! Aku mimpi ngeri dowh! Uishh! Serious ngeri. Bagi aku la. Aku mimpi yang Syaf lempang aku sampai pengsan. Memang tak masuk akal. Tak cukup dengan tu, dia dengan Isyraf pakat seret pulak aku balik rumah! Parah babe parah. Nasib mimpi je' bebelku didalam hati.
Aku memegang pipiku.
"Aduhhh!" apahal pipi aku sakit gila ni?
"Abang!"
"Awak" Jannah dan Syafirah masuk.
"Abang dah bangun? Lama betul abang pengsan" tegur Syafirah. Jangan kata....
"Pengsan??" harap tak betul. Harap tak betul!
"Takkan awak tak ingat. Awak kan pengsan ditamparnya adik bertuah awak ni" kata Jannah. Syafirah tersengih.
"Jadi....abang kena seret la?" Syafirah mengangguk ceria. Woi! Abang kau seret, boleh pulak kau suka eh!
"Apakah?? Jatuh saham abang! Aduhh Syaf ni! Patutlah sakit pipi abang ni. Kalau rahang gigi ababg ni patah, Syaf tanggung eh" Syaf, kau tengok la nanti. Kena kau. Mentang-mentang la dah lama tak kenakan aku.
"Oh my lovely brother. Jangan la marah lama sangat. Nanti kak Jannah jealous" kata Syafirah. Jannah memandang Syafirah tajam. Aku tergelak kecil. Jannah aku ni memang kadang kuat merajuk juga.
"Alaa jangan la merajuk sayang" sakatku. Muka Jannah blushing.
"Diam" kata Jannah. Eleh dah malu la tu.
Syafirah POV
"Syaf turun dulu eh" kataku dan berlalu dari bilik abang bersama kak Jannah.
Aku dan kak Jannah duduk bersama di ruang tamu.
"Kak, bila akak dengan abang nak nikah?" tanyaku.
"Insyaallah dalam masa sebulan lebih lagi" kata kak Jannah.
"Maknanya, masa dah buka sekolah la kan?"
"Aah. Sebenarnya nak buat awal tapi dewan yang nak digunakan dah ada orang tempah dulu" ujar kak Jannah.
"Wahh! Dewan. Kira buat besar-besaran la ni?" exicited pulak bila aku dengar nak buat dekat dewan.
"Mama dengan papa yang nak besar-besaran. Ikutkan hati, nak simple sudah. Bersanding depan rumah, khemah dua je cukup" kata kak Jannah.
"La akak ni! Syok apa besar-besar. Makanan pun mesti mewah kan" kataku. Terliur pulak aku bila terbayangkan makanan yang ditempah nanti.
"Best memang best. Cuma membazir la kan. Ni, akak request sikit boleh?" ujar kak Jannah.
"Request apa?"
"Nanti jadi pengapit akak eh" kata kak Jannah. Pengapit? Uhuii jauh benor fikiran kak Jannah ni. Hampir tersedak aku dibuatnya.
"Biar betul akak!?! Kenapa Syaf? Kenapa tak kawan-kawan akak ke? Yelah, Syaf ni bukannya cantik mana pun" kataku.
"Akak ni jenis yang tak rapat sangat dengan kawan. Berkawan pun gitu gitu je. And one more thing, sebab Syaf cantik la akak pilih Syaf. Bukan muka je cantik, insyaallah dalam pun cantik juga" kata kak Jannah. Kembang sedunia aku woi! Sabar Syaf sabar. Hidung tu kempiskan sikit.
"Hehe thanks kak" ucapku sambil tersenyum. Tanganku mencapai remote tv dan menekan butang 393. Yeah. Aku ni minat cerita korea tapi lagu tak minat. Aku ni minat band boy je. Salah satunya '5 Second Of Summer' dan 'The Vamps' . My favourite band!
"So kak. Siapa pengapit abang?" tanyaku. Nak tanya jugak kan. Mana tahu....jumpa someone ke? Hehe~ ehe eh! Sejak bila aku jadi minat benda-benda macam tu!
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...