Syafirah POV
"Syafirah!"
"Sofea!" jeritku. Oh my lovely friend! Seorang lelaki berdiri disebelah Sofea. Bila masa Sofea pandai layan lelaki ni?
"Rindunya kau!!" jerit kami dan berpeluk. Di tengah jalan. Orang sekeliling dah pandang kami ni macam apa. Ahh kisah apa aku? Kawan aku. Suka hati, jantung, paru-paru, usus aku la! Kalau boleh nak sebut semua organ.
"Apa kata, korang ke tepi dulu?" tegur lelaki disebelah Sofea. Kami pun bergerak ke tepi.
"Syaf, kenalkan, ni sepupu aku. Hazwan" kata Sofea. Aku tersenyum mesra memandang Hazwan. Erk..aku terburuk sangka dekat Sofea.
"Weyh, tu siapa?" bisik Sofea sambil menunjuk ke arah Isyraf.
"Owh tu Isyraf. Dia..."
"Biar betul Syaf! Baru seminggu tak jumpa kau dah berubah" kata Sofea.
"Apa kau? Berubah apa?" aku pelik dengan minah seorang ni.
"Boyfriend kan?" kata Sofea.
"Oii, Cik Sofea Irdina Binti Safuan. Dia tu adik kepada bakal kakak ipar aku. Aku datang sini dengan abang dan kak Jannah. Lain kali dengar sampai habis dulu" jelasku. Ada yang makan kaki nanti. Memandai je kata aku macam tu.
"Owh eh? Hehe.. Sorry. Ter'over' pulak" kata Sofea tersipu malu.
"Ishh kau ni. Kau datang berdua je ke dengan sepupu kau ni?" tanyaku.
"Tak lah. Aku datang sekali dengan Syahida" kata Sofea.
"Syahida mana pulak?" tanyaku.
"Woi! Kawan sendiri pun kau lupa? Sampainya hatimu~" satu suara yang amat aku kenali. Aku pusing kebelakang dan....
"Syahida!!"
"Ehh ingat dah tak kenal aku" kata Syahida. Alamak. Dah la budak seorang ni kuat merajuk.
"Sorry la babe. Aku tak tahu pulak kau boleh keluar ni. Biasa kan kau mana boleh keluar sangat" pujukku.
"Mak aku tiba-tiba pulak good mood. Tapi macam biasa lah, tak boleh balik lambat" kata Syahida.
"Tak apa. Janji kita boleh berjumpa kan?" ujarku.
"Ehemm" Isyraf dan Hazwan menegur. Serentak kami bertiga memandang mereka.
"Lupa kami yang lelaki ni?" ujar Isyraf dan Hazwan. Pelik. Diorang macam dah kenal lama.
"Hehe.. rilek la. Korang dah lama kenal ke?" ujarku.
"Lama la jugak. Dalam 5 minit? Korang asyik berborak sesama korang je. Kitorang pun berkenalan lah" kata Isyraf.
Abang! Nama tu terlintas dalam kepalaku. Dah jauh rasanya abang tinggalkan kami. Takut abang risau pulak. Aku mengambil keputusan untuk sms abang.
'Abang, Syaf dengan Isyraf berhenti dekat kedai kejap. Jumpa kawan Syaf'- aku.
'Eh baru perasan Syaf tak ada. Takpe lah. Abang tunggu dekat depan tasik tau'- abang. Cehh! Kita ingat dia tengah risau ke, tengah cari kita ni. Rupanya tak perasan langsung kita ni. Sakit pulak hati kita! Rasa macam ringan je tangan kita ni nak naik.
"Jom la joging sekali" ajakku. Akhirnya kami berjoging sekali. Berjoging dengan diorang ni memang memenatkan. Sebab? Sebab mulut kitorang asyik bercakap je. Tak boleh nak tutup.
Sepanjang bercakap dengan diorang ni, aku tak tahu kenapa, aku asyik mengadu je dekat diorang pasal Syafiq.
"Syaf, boleh aku tanya?" celah Syahida. Ish, tengah syok cerita pasal mamat useless ni.
"Hmm..apa dia?" Syahida dan Sofea berpandangan.
"Kenapa kau daripada tadi, semangat je cerita pasal Syafiq tu?" tanya Syahida.
"Aku cerita ni pasal aku nak lepaskan segala kemarahan aku yang ditimbul oleh mamat tu la" jawabku. Komfem! Syahida fikir yang bukan-bukan dah. Sofea tiba-tiba tersenyum nakal.
"Lepaskan kemarahan ke....lepaskan rindu?" perli Sofea. Rindu? Sedang kami berjoging, aku terus berhenti. Begitu juga dengan mereka.
"Memang tak lah! Tak ada perkataan rindu pada lelaki la dalam kamus hidup Syafirah Amani" gertakku.
"Yeah right" kata Syahida.
"Betul la. Takde masa aku nak rindu dia. Buang masa dan yang paling penting....buang tabiat" kataku sambil membuat riak selamba. Do I care?
"Untuk memastikannya, aku nak bet dengan kau. Kalau kau suka Syafiq, kau kena belanja aku shopping apa je" kata Sofea.
"Kalau aku tak suka dia, kau yang belanja aku. Okey?" ujarku. Tak aci la kalau dia je yang nak bet kan? Memang lingkup la kau Sofea. Hahaha.
"Deal!" kata Sofea.
"Sampai bila cik-cik adik sekalian ni nak duduk tengah jalan ni?" tegur Hazwan. Aku tersengih. Aku tak perasan pulak yang kami terberhenti ditengah jalan.
"Syaf, kak Jannah ada sms saya. Dia suruh kita datang kedai runcit depan tu. Akak suruh kita datang cepat sebab abang buat hal" kata Isyraf dengan cemas. Buat hal? Dah kenapa? Dah tua bangka pun nak buat hal.
"Okey lah korang. Chiao dulu. Assalamualaikum" ucapku dan berlalu bersama Isyraf.
"Kak Jannah ada kata abang buat apa?" tanyaku.
"Takde pulak. Akak bagitahu yang abag nak pujuk dia je tapi tak kena cara. Depan orang ramai dia buat" jawab Isyraf. What! Abang? Tak malu ke? Mesti kes frust sebab awek merajuk.
Kami tiba didepan kedai runcit itu. Abang siap melutut lagi! Gaya nak melamar gitu. Kak Jannah pulak dah menarik-narik tangan abang untuk bangun. Aku rasa ada satu cara je nak abang berhenti buat macam tu.
Aku membisikkan sesuatu kepda Isyraf. Dia kemudian memberi isyrat kepada kak Jannah untuk ketepi sedikit.
Abang yang entah apa dia merapu, dah macam orang kena histeria pun ada. Nak buat ke tak nak? Nak ke tak nak? Okey. Nak.
Tengah abang menundukkan kepalanya, aku terus kedepannya dan....
Pangg!!
Orang disekeliling terkejut beruk. Lagi teruk agaknya. Dengan aku aku sekali melopong.
Selepas kena lempangan limited edition ku kepada abang, abang terus pengsan. Uishh! Lain macam babe, tenaga aku hari ni.
"Maaf ye. Kami buat latihan drama kami sekejap dekat sini. Ni hanya lakonan. Jadi, anda boleh bersurai" kata Isyraf. Pandai jugak Isyraf ni cover line. Orang ramai mula bersurai.
"Oii apa korang buat ni!?!" gertak kak Jannah.
"Nak sedarkan abang je. Tak sangka pulak sanpai pengsan" kataku sambil buat muka innocent. Kak Jannah hanya menggelengkan kepala. Isyraf dah menahan tawanya.
"Hmm sekarang macam mana ni?" tanya kak Jannah sambil menunjuk ke arah abang yang terlentang di lantai.
"Takkan nak seret kot?" celah Isyraf. Aku tersenyum jahat. Ibu jariku ternaik dan ditunjukkan kepada Isyraf.
"Good idea! Why not? Cara tu je yang kita mampu buat" kataku.
"Syaf! Ni kan ab....." belum sempat kak Jannah nak menghabiskan ayatnya, aku sudah menyeret abang. Ahh lambat sangat kak Jannah ni.
"Eh eh eh! Budak ni!"
Suka aku hari ni kenakan abang! Huwahaha! Isyraf juga menolongku mengangkat abang.
*********************************
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Novela JuvenilSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...