Syafiq POV
Aku berjalan ke asrama dengan berhati-hati. Mataku melilar-lilar melihat kelibat Syuhada. Tak nak bertembung dengan Syuhada. Allah je yang tahu betapa seramnya aku dengan Syuhada a.k.a tomboy mungkin?
Si Danial tu dah lama tinggalkan aku. Merajuk la konon sebab tak belikan dia makanan. Kalau ada Danial, berani la jugak aku sebab dia kan baik dengan Syafirah.
Sedang aku berjalan, langkahku terberhenti secara automatik sebab.....beg galasku di tarik. Haishh tertangkap!
"Kau tak dapat lari la bro!" uitt, suara macam jantan. Aku berpusing 180 darjah kebelakang untuk melihat Syuhada sebelum tersengih seperti orang tak bersalah. Syafirah disebelahnya sudah menjelir lidah mengejekku. Si pendek ni memang cari masalah la! Banyak betul gelaran yang aku bagi dekat dia ni. Mrs Penyabar, pendek, minah gila, sawan semua ada.
"Weyh, weyh, jangan la belasah aku. Kalau kau nak aku duit ke, belikan apa ke, aku boleh bagi. But please don't hurt me" rayuku. First time in my life aku dok merayu macam orang gila macam ni!
"Hmm okey, aku lepaskan kau but! Kau kena buat sesuatu. Bukan satu, tapi dua benda untuk aku dan Syafirah" kata Syuhada. Mulanya nak gembira dah tapi....bila dengar nama minah sawan tu, terus tak jadi.
"Kenapa dengan si pendek ni pun aku kena juga?" rungutku.
"Suka hati aku la! Up to you, kalau kau tak nak, ada cara lain. Cara ni syok sikit. Kau kena...... lari satu asrama ni tanpa......"
"Okey stop right there!! Aku setuju yang first tu" celahku. Tak sanggup aku nak dengar sambungan Syuhada sebab aku dah tahu apa yang berlaku lepas tu.
"Good" balas Syuhada sambil tersenyum puas.
"So, what are the two conditions?" tanyaku.
"First, kau kena belanja kitorang makan and shopping " kata Syafirah. Aku menjeling Syafirah. Tak pasal-pasal duit aku habis disebabkan minah ni.
"Makan? Shopping? Err boleh! Boleh sangat" kataku. Dalam hati, rasa macam nak sumpah seranah je dua minah ni! Makan tu boleh tahan lagi. Ni shopping? Boleh je, tapi sekarang ni aku pokai.
"Hmm...aku tak pernah pergi Starbuck. So, aku nak pergi makan situ la. Teringin pulak " kata Syuhada.
"Haa, okey. Kalau macam tu kita pergi The Mall depan tu la. Boleh la shopping sekali" kataku.
"Ha yelah. Yang kedua......." Syuhada sengaja menggatungkan ayatnya. Tak sedap hati pulak tiba-tiba.
"Tak payah la buat suspen dowh!" bentakku. Sakit pulak hati kita ni.
"Kena la suspen sikit! Sebab kau kena........putuskan hubungan kau dengan Aris" mataku membulat mendengarnya.
"Apahal pulak? Aduhh...aku dengan dia baru lima hari kot. Bagi aku lagi dua hari eh? Nak cukupkan seminggu je" kataku. Sebagai playboy, prinsip aku memang couple selama seminggu je. Kejam tak? Kejam tak?
"Okey, aku bagi masa lagi dua hari. Bila kau nak putus dengan Aris tu, kau kena umumkan depan semua orang. Masa rehat mungkin?" kata Syuhada. Uishh! Lagi kejam dari aku dia ni.
"Kenapa kau nak malukan sangat si Aris ni?" tanyaku.
"Saja" jawab Syuhada. Tipulah saja je. Mesti ada apa-apa ni.
"Eh! Dah lah. Blah! Balik asrama kau" gertak Syuhada. Aku berlalu.
Syafirah POV
"Syu, aku nak tahu jugak. Kenapa kau nak sangat malukan Aris?" tanyaku. Soalan yang keluar dari mulut Syafiq buatkan aku tertanya-tanya.
"Erm, Syaf. Aku tak cukup kenal lagi kau. Sekarang mungkin bukan masa yang sesuai untuk bagitahu kau" kata Syuhada sambil menunduk. Aik? Jadi wanita melayu terakhir pulak tiba-tiba. Kenapa eh? Ahh biar je lah.
"Up to you. Kalau kau nak luahkan apa-apa, kau cerita je dekat aku. Aku ni boleh dipercayai. Walaupun aku baru 3 hari je kenal kau, tapi aku tak rasa awkward langsung bila ada dengan kau" kataku.
"Aku memang percaya kau pun Syaf. Aku pun selesa dengan kau. Aku dah anggap kau macam adik aku dah" kata Syuhada. Aku tersenyum melihat Syuhada.
"Okey, enough drama for today. Let's go to our dorm" kata Syuhada dengan riang. Kami berlalu dari situ. Aku memang nak balik cepat ni, sebab badan dah meleket-leket.
********
Aku mencapai tuala dan melangkah bilik air di dalam dorm kami. Langkahku mati.
"Weyh korang! Korang semua dah mandi kan?" ujarku tapi malangnya tiada sesiapa pedulikan aku. Aku mengangkat bahu dan berjalan ke bilik air. Nasib korang lah ye. Aku mandi sejam.
Aris POV (* Aris POV ni sebenarnya saja je nak buat sebab nak bagitahu apa yang dia rasa dekat Syafirah. Faham kan? Kan? Tak faham juga, comment je *)
"Hish! Aku geram betul lah! Aku tak jumpa langsung dengan Syafiq balik tadi" dengusku.
"Rilek la Ris. Maybe Syafiq tu stay back dekat sekolah ke nak tolong cikgu ke? Positive Ris positive" kata Rina merangkap kawan baikku.
"Tapi tadi aku ada la curi-curi dengar seorang budak junior ni kata yang Syafiq ada dengan Syuhada dan seorang lagi perempuan. Perempuan tu mesti la Syafirah! Eee tak padan dngan budak baru, nak menggedik pulak" bentakku. Rina hanya menggeleng melihatku.
"Dah sekarang, aku nak release tension kejap. Nak mandi" itu memang tabiatku bila stress je mandi. Aku mencapai tuala yang berwarna pink. Kalau boleh, semua benda aku nak warna pink. Kira warna pink ni part of my life.
Tengah aku membelek-belek tualaku sambil berjalan, tiba-tiba....
Gedebukk.....
"Arghh! Aduh! Siapa yang ada dalam ni!" gertakku. Boleh pulak aku terlanggar pintu bilik air. Malu la siot! Aku pandang ke belakang. Beberapa budak junior tergelak kecil.
"Apahal kau gelak haa! Tak kelakar la! Aku gunting mulut korang nanti!" budak itu terus senyap.
Niatku mahu mengetuk pintu bilik air itu tetapi terus mati niat itu.
Tuhanku kamu tolong lah
Hantarkan kepadanya
Malaikat tuk jaganya bilaku tiada
Tunaikan semua
Permintaannya kerna ku cintanya
Sungguh sungguhTu...bukan lagu Malaikat by Hazama ke? Hey! Dia curi lagu favourite aku! Tapi sedap juga suara minah ni. Kejap, siapa dia?
"Woi! Siapa dekat dalam ni?"
"Haa? Ahh Syafirah!" jeritnya. Laa Syafirah ke. Aku tarik balik kata yang suara dia sedap. Suara macam katak panggil hujan je. Syafirah terus sambung menyanyi tapi kali ni...
I'm gonna swing, from the chandelier, from the chandelier
I'm gonna live like tomorow doesn't exist like it doesn'tLagu chandelier? Pekak telinga aku! Ni memang saja ke apa? Erghh melampau Syafirah ni.
"Oii minah! Senyap la! Bernanah telinga aku! Kau ingat ni studio karaoke ke!?! Hishh!" jeritanku berjaya membuat nyanyian Syafirah itu berhenti. Aku tersenyum puas.
Why you gonna be so rude
Don't you know I'm human too
Why you gonna be so rude
I'm gonna 'KILL' you anyway!Kecut perutku mendengar nyanyian Syafirah. Daripada 'marry' ke 'kill'. Okey, minah ni memang tak boleh buat main. Dia ni sejenis la dengan Syuhada yang tomboy tu. Ee baik aku blah dulu.
*********************************
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...