Bab 17

16.7K 754 1
                                    

Syafirah POV

Malam semalam, aku, Athira,Syahida dan Sofea rancang nak prank Fatin sempena hari jadinya yang ke 15. Well, kitorang berempat dah lama 15 tahun tahun, dah nak masuk 16 pun. Dia baru nak masuk 15.

Kitorang ada rancang nak buat sambut birthday Fatin dekat satu taman ni. Taman ni memang tempat favourite kitorang semua untuk release tension ke apa. So, kitorang suruh Fatin datang dulu.

And dalam 30 minit dia tunggu seorang-seorang dekat situ, aku dan Sofea bagitahu dia yang kitorang tak dapat datang. Athira dan Syahida pula bagitahu dekat Fatin yang diorang datang lambat.

Untuk melancarkan lagi prank ni, aku mengambil t-shirt kelabu dan jacket yang ber'hoody' berwarna hitam. Aku meminjam full cap LESSANG dari abang. Abang memang peminat Leesang.

Aku menghantar message kepada Sofea.

'Kau dah gerak ke?'- aku

'Nak gerak dah ni. Kau?'- Sofea

'Same with me'- aku

'Bagus'- Sofea

"Abang, hantar Syaf dekat Taman Tasik Idaman" kataku.

"Uishh! Abang ingat kan lencuri mana yang pecah masuk tadi. Dengan berjaket, bertopi, hoody tu lagi" ujar abang. Aku tersenyum.

"Maknanya okey la kan? Tak dapat cam Syaf kan?" tanyaku. Abang mengangguk.

*********

Fatin POV

'Ngeh! Seram gila duduk seorang-seorang dekat sini. Yang diorang ni pulak datang lambat. Rasa macam nak debik je minah-minah sekalian tu' kataku di dalam hati.

Beep beep

One new message...

Dari Syafirah:

'Asalam, Fatin! Babe, sorry sangat! Aku tak dapat datang la. Aku kena ikut abang aku pergi rumah kak Jannah. Sofea pun sama tak dapat datang. Dia suruh aku bagitahu kau sebab dia takde kredit. Sowyyy!! Aku janji aku akan bagi hadiah nanti.

Love, your cute friend. ;)'

"Apakah?" aku mengeluh panjang. Sampai hati diorang. Sempat lagi puji diri sendiri cute pulak tuh! Huhh!

Beep beep

One new message

Dari Athira:

'Weyh! Aku dengan Syahida datang lambat sikit tau. Syahida datang sekali dengan aku sebab takde orang nak hantar. Mungkin dalam setengah jam lagi kot.'

"Arghhhh!!" itu untuk melepaskan geram. Peduli apa? Takde orang pun. Dah 30 minit aku dekat sini. Baru sekarang diorang nak cakap? Dalam masa yang sama pulak tu? Memang sakai sesakai sakainya! Sorry la geng, aku dah TER kutuk korang la.

Kejap, diorang bagitahu aku, dalam masa yang sama. Melainkan, diorang memang dah rancang! Owhh key, diorang nak kenakan aku ye. I get it! Konon nak prank aku la ni.

Tak boleh la korang. Sorry la. Plan korang nak prank aku dah terbongkar! Hahaha(gelak jahat)

Tiba-tiba...... ada orang yang menutup mataku. Seorang lagi mengangkat kakiku. Dah kenapa?

"Shhh!!" aik? Suruh aku senyap pulak? Aku tak cakap apa-apa pun! Aku rasa....aku tahu ni siapa.

Jari orang yang menutup mataku itu tidak rapat. So....aku tengok siapa yang buat semua ni.

Seorang memakai jaket dan topi 'Lessang'. Yang seorang lagi pun sama. Hmm....I knew it!

"Woi Syaf, Sofea~" panggilku sambil berlagu.

"Kuat gila korang angkat aku. Hebat, hebat" kataku.

Syafirah POV

"Woi Syaf, Sofea~" aku tersentak.

"Kuat gila korang angkat aku. Hebat, hebat" kata Fatin. Oh no! Macam mana dia boleh tahu! Mision abort! Abort!

"Err siapa Syafirah dan Sofea haa!" kataku dengan menggunakan suara garau. Sofea memandangku tanda 'Macam mana sekarang?'.

"Woah Syaf. Pandai korang kan? Asala korang macam ni? Fikir romantik la? Duhh. Nak prank aku ehh~" ujar Fatin. Aku dan Sofea berpandangan. Aku mengeluh.

"Haihh! Yelah!" aku menurunkan Fatin. Yang peliknya dia ni bukan keding sangat pun tapi tak berat pulak. Ke...aku yang kuat? Yeah! Boleh la aku masuk pertandingan angkat berat.

"Mision failed" kata Sofea.

"Fatin! Asal kau ni pandai sangat ah!" jerkah Athira dari belakang. Kitorang semua menyorok sebenarnya.

"Well~" kata Fatin sambil membuat muka bangga. Boleh tahan poyo jugak kawan aku ni.

"Poyo!" kata kami berempat serentak. Kami berpandangan dan tercetus tawa di taman itu.

"So, korang angkat aku tadi nak bawa aku ke mana? Apa plan korang? Dah la nak prank tak jadi" ujar Fatin.

"Aku dah cakap! Tak payah prank si Fatin ni. Dia ni kan pandai. Sah-sah la dia dah tahu" celah Syahida.

"Bila pulak dah kau cakap? Membongak je kerja kau Syah" balas Sofea. Syahida tersengih malu.

"Owh eh? Hehe"

"Tak macam ni. Sebelum tu, aku nak bagitahu, ni sudah semestinya plan......"

"Syaf kan?" celah Fatin. Dia memang dah tahu sebab dia dah hafal aku ni macam mana. Athira mengangguk mengiyakan Fatin.

"Kitorang sebenarnya,eh eh, Syafirah je actuallya. Dia kata dia saja je nak naikkan kemarahan kau. Blame her! Not us" kata Athira. Aku tergelak kecil sambil mengaru-garukan kepalaku yang tak gatal pun.

"I'm not angry any of you. But I'm so happy cause you all can come!" kata Fatin dengan ceria.

"Okey, sambung balik apa yang korang plan tadi"

"Kitorang sebenarnya ingat nak buat-buat kononnya kau kena culik. Yang culiknya dua minah ni la" aku memandang tajam Athira.

"And diorang nak bawa kau ke sana. Dekat situ la kitorang dah siapkan makanan semua. Full package siap dengan belon lagi tau" cerita Athira. Fatin tersenyum dan mengumpulkan kami untuk memeluk.

"Thanks guys!! You're really my best buddies!" jerit Fatin.

Krukk...

Okey sekarang aku dah tahu tu bunyi apa.

"Syaf!" jerit mereka berempat serentak. Hehh, tak sangka diorang pun tahu tu bunyi perut aku.

"Let's go eat!" ajakku.

"Sebelum tu! We must do this!" kata Fatin sambil mengeluarkan handphone.

"Hashtag selfie!" punya banyak selfie yang kami tangkap! Semuanya guna handphone aku je. Aku je pengguna Iphone. Padahal Fatin lagi kaya. Katanya Samsung lagi best. Iphone ni cara guna complicated sangat.

Akhirnya sesi pemberian hadiah kepda Fatin. Aku terlupa sesuatu! Aku beli gelang untuk diorang je. Hadiah yang sebenar-benarnya untuk Fatin tak beli. Hishh! Ni semua salah kau Syafiq! A.K.A Mr Pendingin!

"Korang, hadiah yang aku nak bagi ni untuk semua tau. Memandangkan aku dah takde dengan korang kan nanti" kataku dengan sayu. Hehe~ tahu la aku nak kenakan diorang ni.

"Kau Syaf! Tak payah la buat ayat pasrah! Sedih kot" kata Athira.

"Entah Syaf! Tak rock la gini!" crlah Sofea.

"Kau jangan la cakap macam ni. Kita akan jumpa lagi. Bukan! Mesti jumpa!" kata Syahida. Air mata setitik demi setitik jatuh. Bukan aku la! Diorang la. Aku tersenyum. Menahan ketawa. Dan...

"Bhahaha! Lawak la! Aku kata macam tu je kot!" aku gelak punya la galak! Sakit perut ni haa tergelak.

"Syafirah Amani!!!" oww ohh! Cabut!!

Mereka berempat kejar aku. Aku berlari di sekeliling padang yang luas. Tiba-tiba.....

*********************************

Yoww! Guest what??.. Hari Isnin dan Selasa cuti! Yeyyy!!

And boleh la update banyak! Maybe sehari dua atau tiga update. Stay tune yaw..

Miss Penyabar Dan Mr PendinginWhere stories live. Discover now