Syafirah POV
Kereta Syafiq berhenti disebuah banglo yang sangat besar. Rasanya macam pernahku lihat ini banglo? Tapi dimana yaa?
"Kau ni main parking je depan rumah orang. Dah rumah besar gila bapak. Mesti kaya gila. Dia saman kau nanti" ujarku. Syafiq tersenyum sinis. Apa? Betullah apa yang aku cakapkan?
"Syafiq, tadi kau kata nak bawa aku pergi makan. Aku dah lapar tahap dewa ni!" rungutku.
"Sabarlah, kejap lagi kau makan la puas-puas" kata Syafiq. Tiba-tiba pintu pagar rumah banglo itu terbuka. Jangan kata yang......
"Ni....rumah kau Syafiq?"
"Yup!" alahai, dengan bangganya dia cakap.
"Jom masuk. Kita makan dekat rumah aku je" makan dekat rumah dia?
"Eee tak nak lah! Nanti kena tangkap basah macam mana? Nauzubillahiminzalik!" kataku.
"Ya Allah kau ni! Kau ingat aku nak sangat ke? Erghh simpang malaikat empat puluh empat la weyh. Lagipun bibik aku ada. And one more thing, untuk tambahkan ilmu pengetahuan kau, JAIS tak datang waktu pagi buta ni tau" owh dia nak kata aku ni tak berpengetahuan ke apa?
"Ish ye lah! Banyak cakap la kau. Sekarang ni aku nak makan je" kataku sambil masuk ke dalam banglo tu. Sekali sekala berangan la sekejap konon yang aku ni 'cinderella'. First time la katakan. Huhuuu...
"Kau duduk la dulu. Aku nak tengok makanan dah siap ke belum" aku mengangguk dan duduk di sebuah sofa. Tak sangka pulak banglo ni rumah dia. Kaya benor dia ni. Ehem, bukan dia, keluarga dia yang kaya.
Tengah aku menikmati pemandangan barang-barang mahal dalam rumah ni, aku ternampak seorang lelaki, I mean lebih kurang baya aku, lalu di tingkat atas. Dari belakang macam Syafiq. Tapi Syafiq pergi dapur sana. Ada laluan lain kot nak pergi atas tu.
"Cik Syafirah? Tuan Syafiq panggil cik" suara seorang wanita tua menghentikan lamunanku. Dia panggil aku cik? Woahh, rasa macam tua pulak. Kejap, tuan Syafiq? Hebat betul.
Sesampai je aku di dining room, memang terkejut lah! Tapi tetap dikawal. Meja besar gila bapak! Rasanya boleh muat 20 orang makan atas meja ni. Dengan makanan dah tersedia ni... wait, makanan apa ni? Okey, aku tak tau ni makanan apa tapi yang aku tau ni makanan orang barat. Mat salleh gitu. Owh lupa, orang kaya kan.
"Yang kau ternganga tu kenapa? Tak pernah tengok makanan ke? Ke nak aku jemput? Dipersilakan Puan Syafirah Amanina untuk duduk dan makan. Dengan segala hormatnya" kata Syafiq sarkastik. Biadap tak bertempat! Ada ke panggil aku 'Puan'?
"Kau nak jemput aku makan pun sopan lah sikit. Puan kau panggil aku? Aku muda lagi eh. Tak kahwin lagi" balasku. Syafiq tergelak kecil. Aku terus duduk dan terus memegang sudu untuk makan.
"Eh kau ni, kebulur sangat sampai lupa baca doa ke?" aku tersengih. Aduhh, malunya!
Aku sendawa kekenyangan.
"Alhamdulillah" ucapku.
"Ish tak senonoh langsung. Perempuan ke macam ni?"
"Whatever! This is my life and you can't judge me" kataku dan berlalu membawa pinggan ke dapur.
"Eh cik Syafirah sepatutnya tak payah bawa pinggan tu ke sini. Mak Timah akan kemaskan" kata seorang wanita tua yang dikenali sebagai Mak Timah. Orang gaji mungkin.
"Takpe takpe. Saya dekat rumah dah biasa buat macam ni. Dah jadi rutin harian dan mak Timah tak perlu panggil saya cik. Panggil saya Syafirah je " kataku.
"Syafirah tak perlu buat ni semua. Ni dah memang kerja mak Timah" eh degil betul mak cik ni.
"Alaa bukan susah pun. Basuh pinggan je" mak Timah hanya menggeleng memandangku yang sudah mula membasuh pinggan. Haha I win!
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Roman pour AdolescentsSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...