Syafirah POV
Akhirnya aku dan Danial telah sampai di kem.
"Danial, terima kasih susah-susah je bagitahu saya yang Syuhada panggil saya" ucapku.
"Sama-sama, tapi......."
"Eh saya pergi dulu la eh. Nanti tak pasal-pasal Syu mengamuk pulak" belum sempat aku berlalu, Danial sambung.
"Syaf, awak......awak jangan rapat sangat tau dengan Syafiq tu" aku segera pandang Danial dengan muka yang sangat menampakkan muka terpelikku. Maigodd! Takkan la Danial ni jealous kot? Ish ish, perasannya aku!
"Err sebab...sebab.....arhh, just don't. Kalau awak nak orang temankan awak ke, jangan suruh Syafiq yang temankan. Okey?" aku mengangguk dengan ragu-ragu. Buat apa aku nak suruh mamat gila tu yang temankan? Eh no, sekarang ni dia pegang title 'Si Pelik' sebab entah buang tebiat lah dia tu tiba-tiba je berbaik dengan aku. Tapi dalam baik-baik tu wajib jugak ada gaduhnya. Hehh...
"Okey, bye. See ya later" kataku sambil melambai tangan ke arah Danial.
Dalam perjalan ke dorm, aku teringat kata-kata Danial. Kenapa dia cakap macam tu? Err.....dia suka aku ke? Haha....aku ni dah gila agaknya. Lelaki yang sebaik sehandsome dia tu suka aku? IMPOSSIBLE weyh! Ke.... aku yang suka dia??
"Sofea!" Sofea berpaling ke arahku.
"Apa?"
"Kau nampak Syuhada tak? Tadi dia panggil aku, sekarang dia ghaib pulak" tanyku.
"Syuhada? Dia tengah syok makan segala jenis makanan ringan dekat sana tu hah. Aku tak rasa dia ada masa nak panggil kau. Siapa yang bagitahu kau?" ujar Sofea. Aku mrngalihkan pandanganku ke arah Syuhada. Amboi, melebih ni. Makanan ringan keliling pinggang. Bukan nak bagi aku sikit. Budak junior pulak duduk je tepi dia dengan muka takut.
"Danial yang bagitahu aku. Tadi dia ye ye je panggil aku. Aku ingat urgent case ke apa" kataku.
"Danial yang satu kumpulan dengan kau tu ke? Yang handsome tu eh?" tanya Sofea. Aku mengangguk. Ish, nak jugak cakap dia handsome. Huh!
"Rasanya tadi memang takde siapa yang berani kacau or datang dekat dengan si Syuhada tu" aku semakin pelik. Kalau Syuhada tak panggil aku......apa motif Danial panggil aku? Siap suruh Syafiq blah lagi. Okey ini pelik.
"Tapi kenapa.....arhh! Biarlah. Ehh Sof, lepas solat maghrib nanti kita ada game kan?" aku mengambil keputusan untuk campakkan soalan yang bermain fikiranku jauh-jauh.
"A'ah, maybe kita akan buat jalan malam?" aku rasa macam aku tak bernafas sekejap.
"J..jalan...malam?"
"Ye, jalan malam. Kejap, ohhh no. Kau-"
"Opp oppp.... Jangan cakap. Aku ulang, jangan cakap. Takpe, takpe. Insyaallah, I can do it. Breath in, breath out" kataku. Actually, aku ni......takut gelap selepas satu kejadian yang tak diingini berlaku. Serious lah, lepas je kejadian tu, tidur pun aku buka lampu. Masa dekat asrama pulak, aku tidur pukul 9. Awal kan? Kan? Well, diorang semua pelik dengan aku tapi nak buat macam mana? Lampu asrama tutup on the spot pukul 11 malam.
Flashback
Semasa di kelas tambahan pada waktu malam.
'Weyh balik nanti kita prank budak kelas 6 Zamrud nak? Aku dengar diorang nak stay lambat sikit sebab nak bincang apa entah" kataku.
"Sorry, aku tak boleh. Aku kena balik awal hari ni"
"Aku pun sama. Nenek aku nak datang malam ni"
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...