Syafirah POV
Tiba-tiba ada tangan yang menutup tv. Aku. Paling. Pantang. Orang. Yang. Tutup. Tv. Time. Aku. Tengah. Syok. Tengok.
Aku pandang kebelakang. Hanya ada mama. Takkan mama kot? Ni tak lain tak bukan. Abang!!!
"Mama, mana abang?"
"Hmm korang ni. Sudah-sudah la tu bergaduh. Yang si abangnya pun tak habis-habis nak menyakat Syaf ni" kata mama.
"Tu bukan jawapan yang Syaf nak. Abang mana? Simple je soalan tu" ujarku. Mama memuncungkan mulutnya ke arah luar rumah. Aku terus keluar rumah.
"Abang? Ohh abang~~" panggil berlagu. Aku lihat ke dalam kereta. Nampak macam ada orang. Hmmm mesti abang.
Aku berjalan perlahan ke sebelah tingkap kereta ditempat duduk depan dan.......
"Baaaa!!!" aku mendekatkan mukaku dicermin kereta.
"Arhhhh!!!"
"Hahahahaaha!" gelakku tercetus. Aduhhh! Kelakar gila muka abang!
"Hahaha~ kalau la Syaf tangkap gambar muka abang yang terkejut mengalahkan beruk tu. Aduhh..kak Jannah tak ngaku abang ni husband to be dia" kataku. Abang sudah mencebik memandangku.
"Haha memang lawak" perli abang.
"Tak payah nak lawak sangat. Sekarang, you! Out!" kataku. Abang menjelirkan lidah. Aku menjelirnya kembali. Haihh permainan apa yang kitorang main ni?
"Dah masuk kereta cepat. Lambat karang" tegur mama. Kemudian papa muncul. Abang tersenyum puas memandangku. Aku memandang abang dengan tajam dan memberi isyarat 'I'm not over yet with you!'.
"Ehh Syakir, keluar la. Mama nak masuk sini" kata mama.
"Alaa ma! Biar Syakir la duduk sini. Mama duduk belakang dengan Syaf eh?" pujuk abang.
"Ehh apa pulak mama? Keluar keluar. Duduk belakang sakit la belakang mama ni" balas mama. Yess! The chance to revegne!
"Yelah...." abang keluar dari kereta dan bertukar tempat ke belakang. Kemudian aku masuk ke dalam perut kereta. Satu cubitan berbisa hinggap di peha abang.
"Auchh! Ketam!" balas abang. Satu lagi cubitan hinggap di lengan abang.
"Ish! Okey okey" abang mengalah.
Dalam perjalanan ke rumah Mak Has dan Pak Li, aku hanya terfikir. Sekolah baru nanti aku macam mana la. Takde kawan nak menggila dah. Tak boleh nak gila-gila sebab tu kan sekolah campur. Kena jaga adab bagai. Dan yang paling menyeksakan.......bila tak buat kerja gila dah! Arghhh!!
"Syaf, Syaf. Cuba tengok rumah tu" abang menunjuk ke arah sebuah rumah banglo yang amat besar. Mataku terus terpaku dibanglo tu walaupun kereta berjalan. Rumah tu dah ketinggalan pun mata aku still lagi tengok rumah tu.
"Lawa gila! Jealous Syaf dengan orang tu. Kalau la Syaf yang duduk dalam rumah tu.." kataku. Mulalah angan-angan aku.
"Agak-agak Syaf, kalau Syaf duduk dalam rumah besar macam tu, apa je yang Syaf nak letak?" tanya abang.
"Kalau Syaf? Hmm satu bilik Syaf nak buat macam gim. Satu lagi Syaf nak letak macam studio, lepastu-"
"Okey, dah sampai!" kata mama. Aku mencebik. Aku baru nak cakap.
"Ishh potong stim betul lah" aku keluar dari kereta. Rumah Mak Has dan Pak Li ni pun boleh tahan juga besar. Tapi tak sebesar tadi.
"Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam. Haa sampai pun. Masuk lah" kata Mak Has. Mak Has dan Pak Li bawa kami ke ruang makan. Perghh meja punya besar! 12 orang boleh duduk.
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...