Syafirah POV
Kenapa lah mood malas hari ni membuak-buak ni? Rasa macam tak nak belajar je satu hari ni. Dah lah mengantuk tahap nak mati ni. Semua ni pasal Syuhada dengan beberapa orang budak junior pakat nak kacau aku sampai aku tak boleh tidur! Ciss.
Okey cakap pasal budak junior ni, Syuhada sekarang dalam proses nak berbaik dengan semua orang. Memang la bagus tapi bagi aku agak...weird. Kalau dulu nak makanan main ambik je dari orang. Sekarang, siap minta izin. Tu tak kesah lah, yang gelinya siap ber'awak-saya' lagi! Like seriously? Syuhada. The. Greatest. Bully. In. School.
"Assalamualaikum! Aku ada berita baik!" jerit Shahir. Semua tertumpu kearahnya. Kecuali aku. Kepalaku masih terlekat dekat meja. Apa yang aku fikir sekarang ni hanya tidur.
"Semua cikgu meeting sampai waktu rehat!" dengan itu kepalaku automatik terangkat. Segala bunyi dikeluarkan semua.
"Yey!"
"Woooo!"
"Bebas!"
"I believe I can fly~ I believe I can touch the sky" semua toleh kearah tuan punya suara. Dah kenapa nak fly pulak dah bila cikgu takde? Haihh ni lah budak-budak zaman sekarang.
"What? Apa salah aku? Aku nyanyi je" kata Farhan dan berlalu. Pecah tawa satu kelas. Haihlah pelik betul manusia-manusia dalam kelas ni.
"Alaa aku nak belajar!" okey sah makhluk dalam kelas ni pelik.
"Boooo belajar konon!"
"Maklum lah dak-dak buku kan"
"Come on lah bro!" ni lah lagi satu contoh budak zaman sekarang. Benda yang baik nak bash. Eh aku ni poyo je padahal serupa je.
Aku kembali kepada niat asal aku. Tidur. Kepala aku dilanding kan semula keatas meja.
Tok tok tok
"Aduh siapa lagi.." eh Danial.
"Janganlah marah" adumak dia buat muka pulak.
"Saya kacau awak ke?" Ye! Sangat!
"Takdelah" tipuku.
"Awak okey tak? Muka awak nampak pucat" aku hanya senyum segaris.
"Nah, I'm fine. Ni sebab malam tadi kena kacau dengan hantu-hantu je" aku menekankan perkataan hantu itu. Terbeliak mata Danial mendengarnya.
"H..hantu?" jelas suara Danial bergetar. Ceh takut ke? Hihi..
"Aah, geram jugak la dengan hantu tu" kataku.
"Awak...tak takut ke?" pfftt rasa macam nak tergelak pulak.
"Tak, buat apa nak takut?" aku bajet je kata macam tu.
"Hantu jenis apa yang awak jumpa tu? Seram tak muka dia?" tanya Danial.
"Hmm agak seram la muka dia. Badan dia sado gila! Lepastu dia ada geng pulak tu" hantu apa pulak yang sado? Memandai aku je.
"S..serious ke?" kesian pulak aku tengok dia ni. Pucat terus muka. Kejap, mata dia....berair ke?
"Bhahahahaha" takkan la dia menangis sebab tu je?
"Oh come on Syaf!" tawaku mula reda. Alahai tak sangka Danial ni penakut rupanya.
"Okey sorry sorry. Hantu yang saya maksudkan tu Syuhada dengan beberapa budak junior yang lain" kataku. Danial mengecilkan matanya memandangku barangkali geram denganku.
"Minta maaf tapi suara macam tak ikhlas" deyy bersyukur la dey aku dah minta maaf.
"Baiklah wahai tuanku Danial, patik ingin meminta maaf atas memperkenakan tuanku secara sengaja" aku menenekan perkataan sengaja.
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...