Syafirah POV
'Apa nak jadi dengan hidup aku sekarang ni? Dah baik dengan Danial, Syafiq pulak yang buat hal. Apa ni? Apa ni? Dah la tadi dia belanja aku pizza. Aku pulak pergi cakap macam tu dekat dia. Ish mulut capoi la aku ni' bisikku di dalam hati.
"Syaf!" aku menoleh.
"Yup!" sahutku.
"Sampai kan hati kau tak ajak aku makan sekali pizza?" kata Syuhada, mencebik. Halah jangan la dia ni pulak yang merajuk.
"Eh t..tak aku tadi..sebenarnya Syafiq yang tiba-tiba order pizza. Nak ajak kau, tak jumpa pulak kau. Jangan lah merajuk ok nanti aku belanja kau..erm ais krim?" kataku. Ais krim je yang aku mampu em emm.
"Chill la. Haha, sokay I get it. Don't worry, kau tak perlu nak belanja aku ais krim. Kalau aku nak pun, aku boleh pow si Syaddad tu hahaha. Okey gurau, aku berkawan dengan dia bukan sebab eh harap maklum" ujar Syuhada.
"Cis, aku boleh la belanja kau. Ais krim yang paling mahal!" kataku.
"Baskin robins?" bersinar-sinar mata Syuhada menyatakannya.
"Nope, ais krim rainbow" Syuhada mencebik. Apa betul lah, tu ais krim paling mahal aku pernah makan. Nak minta baskin robins? Hello, aku pun tak pernah makan tu tau. Aku ni bukan penggemar ais krim sebenarnya. Ye sangat menyedihkan tapi aku tersangat lah penggemar coklat. Takdelah pelik sangat kan.
"Stingy always be stingy" uhuks deep sangat ayat tu. But don't worry, I'm a tough girl. *mohon muntah pelangi*
"Actually sebenarnya aku nak cakap pasal Syafiq" sebut je nama Syafiq, terus rasa risau kembali.
"Kenapa dengan dia?" aku sedaya upaya membuat muka tenang. Kadang aku terfikir jugak betapa peliknya aku sekarang sebab aku asyik risau perasaan dia je. Sebelum dia jatuh lombong pun aku tak kesah.
"First of all, aku nak tanya, kenapa dia belanja kau pizza tadi?" kenapa Syuhada dan Danial tanya soalan yang serupa? Kenapa diorang persoalkan sebab Syafiq belanja aku?
"Sebab aku lapar?" jawabku lebih kepada soal. Ada soalan yang memang buat aku pening, kenapa banyak sangat soalan yang perlu aku soalkan? Apakah?
Syuhada mencatat sesuatu didalam notebook. Kejap, kenapa buku tu aku tak perasan tadi? Tengok! Soalan lagi! Dunia ini penuh dengan persoalan.
"Next ques-"
"Kau sihat tak Syu?" pintasku. Syuhada membuat muka pelik. Mungkin dia ingat aku main-main, tapi tak. Aku serious. Ini serious.
"Sihat ofcourse. Back to our-"
"Ke aku yang tak sihat?" aku meletakkan tanganku diatas dahi. Sejuk je. Aku sakit dari segi mental ke? Atau secara spesifiknya, gila.
"Syu, soal aku. Tak kesah la math ke sains ke" suruhku.
"Err, formula isipadu?"
"Panjang × Lebar × Tinggi. Fuhh nasib" okey aku tak gila.
"Kau..okey tak? Ke kau kemaruk sangat sebab exam dah dekat?" aku tersengih.
"Teruskan soalan kau tu" kataku.
"Soalan aku yang kedua, apa pendapat kau kalau-"
"Syuhada!!!"
"Eish jangan kacau aku nak cakap la! Dari tadi aku nak cakap ada je halangan" bentak Syuhada.
"Eh aku pulak yang dimarah?" kataku.
"Bukan kau, dia!" Syuhada menunjuk ke arah Syafiq yang berlari ke arah kami.
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...