-----A/N: I'm here to tell you a bad news. Novel Bodyguardku Cintaku sudah di delete atas sebab-sebab tertentu. SORRY GUYSS!!
Actually saya dah buat banyak part untuk cerita tu tapi tiba-tiba je hilang. I don't even know why.
And also....the votes for this story!!! 2k?!?!? Wow, you guys was so awesome!!
So, any question or ketidakpuasan hati silalah DM saya--------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Syafirah POV
"Nak order apa dik?" tanya seorang pelayan lelaki. Aku perasan pelayan dekat sini semua muda-muda. Maybe baru lepas belajar?
"Abang, sebelum abang ambil order, boleh tak saya nak tanya?" tanya Syafiq. Eh eh dia nak buat apa ni? Dah la tak bagitahu kitorang lagi.
"Boleh. Apa dia?"
"Ada tak seorang perempuan yang kerja dekat sini yang tak pakai tudung? Badan dia kecik-kecik sikit" alahai mamat ni nak mengorat ke? Eleh, baik tak payah ajak. Aku menjeling Syafiq. Syuhada dengan Sofea pun dah pandang pelik dekat aku. Pandangan 'apahal dengan mamat ni?'. Aku hanya mengangkat bahu tanda tak tahu.
Biar lah dia, janji aku nak nikmati cendol aku kejap lagi.
"Yang mana eh? Ramai pekerja perempuan dekat sini tak pakai tudung. Cuba bagi hint sikit lagi" kata pelayan itu.
"Erm dia jenis yang agak clumsy sikit. Selalu buat hal jugak lah" kata Syafiq. Eh takkan nak ngorat pun kutuk jugak? Eh tak boleh blah la mamat ni. Memang kena la dengan nama panggilan yang direka oleh aku sendiri, 'Mr Pendingin'.
"Owh Rasyiqa! Boleh abang tau kenapa awak tanya tentang Rasyiqa tu eh?" tanya pelayan itu. Nak ngorat lah bang oii! Nak je aku cakap, tapi aku ni baik. Tak nak malukan dia.
"Kenapa? Dia girlfriend abang ke?" tanya Syafiq. Amboi, pandai kau mengelat eh?
"Eh tak ada lah" balas pelayan itu sambil menggosok-gosok belakang lehernya. Kesian aku tengok abang ni. Dah malu dah dia.
"Abang, boleh tak abang tolong panggilkan Rasyiqa untuk ambil order kitorang?" apa la si Syafiq ni sebenarnya nak buat? Nak mengorat tak kena tempat. Tengah orang bekerja jugak. Aku memandang ke arah Syuhada dan Sofea yang sudah pun tergelak menutup mulut.
Pelayan lelaki itu kemudiannya berlalu untuk memanggil seorang perempuan yang bernama Rasyiqa.
"Woi Syafiq, apa benda kau ni? Nak mengorat pun tak payah la dekat sini. And lagi satu buat apa kau nak bawak kitorang sekali? Aduh lelaki, lelaki. Pelik aku" kata Syuhada sambil tergelak.
"Shut up. Aku bukannya datang sini nak mengorat la" kata Syafiq sambil menjeling.
"Yeah right" kataku.
"Eh tak percaya? Just wait and see" kata Syafiq.
"Y-ya? Ada apa ye panggil saya?" kata seorang pelayan perempuan, Rasyiqa. Pandanganku beralih kepada perempuan itu.
Terkedu.
"Tak ada apa sebenarnya. Ni haa, kawan saya ni, dia tak selesa kalau pelayan lelaki yang ambil order" kata Syafiq. Aku mengerutkan dahi. Memandai je dia cakap aku macam tu.
"Owh okey okey. Nak order apa ye?"
"Cendol biasa dua" kata Syafiq. Pelayan perempuan itu mencatat dan berlalu.
"So?" tanya Syafiq sambil menyilangkan tangannya. Aku diam.
"Apa yang kau nak cakap sebenarnya ni Syafiq?" tanya Syuhada.
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...