Syafirah POV
"Kau...."
"Explain"
"Urh?" aku menjeling.
"Explain, what was that?" pada mulanya aku memang ingat yang aku ikut daripada tadi tu makhluk ghaib, tapi aku ni mana pernah nampak benda-benda tu. Jadi aku mengambil keputusan untuk meminta penjelasan dari Syafiq.
"Jadi kau dah nampak lah?" aku mengangkat sebelah keningku.
"Urh I should knew it's gonna happened!" keluh Syafiq. Okey tak faham.
"Kita duduk dekat luar and I'll explain everything"
*****
Syafiq menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan.
"You ready?" Syafiq mengangguk. Ceh, gaya macam kena interview masuk tv.
"Yang tadi tu, yang kau nampak tu, bukan aku" aku membuat muka petak.
"Memang la tu bukan kau ngok!" Syafiq tersengih. Apa ke bangang sangat? Memang dah sah-sah la tu bukan dia.
"Nak dipendekkan cerita, dia tu abang kembar aku" owh kembar. Haa!?
"Kembar? Kenapa kau tak pernah bagitau pun?" soalku. Syafiq menggaru-garu belakang tengkuknya. Ragu-ragu untuk menjawab.
"I'm still waiting" kataku apabila melihat Syafiq senyap tanpa menjawab soalanku.
"No, I can't" kata Syafiq. Alahai, dah kenapa? Okey, korang tau kan yang aku punya busybody tu macam mana kan? So, aku ada idea nak buat dia bagitau jugak.
"Alaa Syafiq, macam ni kau kan? Takpe lah, aku baru je nak berbaik dengan kau. Aku baru je kehilangan-"
"Okey okey, aku bagitau. Just...jangan sambung ayat kau tu. Aku tak nak aku sedih" kau tau tak apa yang aku rasa sekarang? Nak tergelak + berbunga dihati. Berbunga sebab terharu seh! But apa yang aku cakap tadi hanya kata-kata. Ahaks! Bukan betul pun. Contohnya yang aku baru nak berbaik dengan dia tu, tak betul. Okey. Urm.
"Sebenarnya, aku dengan dia memang tak ngam. Dari kecik lagi. Nama je kembar tapi tak macam adik beradik langsung. Perangai kitorang pun memang lain betul" kata Syafiq.
"Lain tu maksud kau lagi teruk ke baik?" tanyaku. Okey maybe soalan aku ni terlampau kasar. Tapi kesah apa ek? Ish jahatnya aku. Baru sedar.
"Aku...aku tak malas nak cakap sebenarnya tapi disebabkan kau desak aku, aku cakap je lah. Dia tu...dia baik. Memang baik gila. Alim pulak tu. Nak dibanding dengan aku? Hmm memang jauh betul. Sebab tu la aku tak suka dia. Dia selalu je marah aku bila aku buat sesuatu benda" kata Syafiq. Aku tersenyum sinis.
"Okey aku tanya kau, kau kan playboy gitu and dia pulak jenis yang dalam golongan-golongan yang baik beriman kan? So, dah tentu la dia selalu marah kau. Kau tu selalu permainkan perasaan perempuan. Itu pun tak sedar lagi ke cik abang oii" deep tak, deep tak? Aku tak bermaksud nak sakitkan hati dia. Tapi dia kena la sedar. And tu abang dia, takkan la selama-lamanya nak benci?
Syafiq hanya membisu dan pandang ke bawah. Aku membiarkan situasinya begini. Tak baik kacau orang muhasabah diri. Hihi. Okay I mean it.
"Err Syafiq? Can I ask you something?"
"Yeah sure"
"Apa nama abang kembar kau tu?" soalku. Syafiq tergelak kecil.
"Laa tu je kau nak tanya? Siap tanya dulu sebelum nak tanya. His name is Syaddad" ujar Syafiq. Syaddad. Sedap nama.
"Macam nama arab eh? Sedap nama tu" kataku.
"Nama aku tak sedap ke. Syafiq, macam nama arab jugakan?" aku menjeling. Nama arab konon.
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Novela JuvenilSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...