A/N- Over 30k readers and 1.24k votes!?!?! Omergeddd! I didn't expect readers banyak macam ni. By the way, thanks sesangat!
Okey now, korang boleh continue reading. Sorry for disturbing you reading.
-----------
Syafirah POV
'Fuhh! Inhale, exhale. Inhale, exhale. Relax Syaf, relax. Kau kan budak cool. Benda tu takkan berlaku la. Think positive. Positive. Nothing gonna happen' aku memujuk diriku.
"Huwaa tak boleh la Sof!" raungku. Sofea terkejut.
"Ish kau ni, kalau ye pun jangan la terkejutkan aku. Syaf, kau boleh Syaf. Takpe aku ada disebelah kau nanti" kata Sofea.
"Ye lah tu, entah-entah kau yang lari dulu! Aku dah la takut gelap, memang kalau nak lari tu harapan la" balasku.
"Alaa kau, aku takkan lari punya. Err Insyaallah la" Sofea tersengih. Huhh macam ni kawan!
"Ehh kenapa korang dekat sini lagi? Semua dah pergi dekat sana dah nak gerak dalam hutan" tegur Danial.
"Err kitorang tadi....pergi tandas kejap. Ni nak gerak sana la ni" balasku. Ish gila ke nak cakap yang aku ni takut nak jalan malam kejap lagi. Perghh jatuh saham aku.
"Owh okey lah. Kita pergi sekali la" aku mengangguk dan kami berjalan ke lokasi jalan malam.
"PERHATIAN, SEMUA DAH ADA DEKAT SINI KAN? RASANYA KITA DAH BOLEH MULA SEKARANG" ucap Encik Suhaimi. Makin berdebar-debar pulak aku ni. Ish! Nasib baik giliran kumpulan kitorang nombor lima. Alahh, nombor lima sama je. Kena buat jugak!
"KUMPULAN PERTAMA YANG AKAN LAKUKAN AKTIVITI INI DAHULU ADALAH KUMPULAN STAR" panggil Encik Suhaimi. Kumpulan Star? Ahli kumpulan dia.......Syafiq, Aris, Rina dan seorang budak laki yang tak dikenali. Okey, memang patut pun nama kumpulan dia 'Star'.
Mereka memulakan perjalanan mereka di dalam hutan.
"Perghh Syaf! Sejuk gila tangan kau. Kau okey tak?" tegur Syuhada setelah memegang tanganku.
"Haa? Ak...aku okey" kataku sambil senyum paksa.
"Tipu. Kau takut kan?" aku terdiam. Ofcourse la malu! Yelah, dia kenal aku yang nampak brutal ni je.
"Ahhhhhh!!!!"
"Arghhhhhh!"
Jeritan bersambung-sambung. Huihh dah macam roller coaster gayanya.
"Syaf, cerita la dekat aku. Aku tahu kau takut mesti ada sebab kan?" aku mengalah. Akhirnya aku menceritakan segala-galanya kepada Syuhada.
"Seriously?? Ushh seram gila! Patut lah kau trauma semacam. Takpe takpe, aku faham" ujar Syuhada.
"NEXT! KUMPULAN SMART!" oh no! Giliran kumpulan kitorang!
Kami berlima bangun dan beratur memanjang sebelum melangkah masuk ke dalam hutan.
"BAIKLAH, DALAM PERJALANAN NANTI, KAMU IKUT JE LALUAN NI. AND JANGAN LARI! NANTI TAK PASAL-PASAL TERJATUH KE APA? KAN DAH SUSAH" kata Encik Wahid. Kami mengangguk faham.
Baru je kaki aku ni melangkah masuk gate sebelum hutan tu, ada hilaian 'Cik Pon'.
Dengan tak semena-mena aku terpeluk tangan manusia disebelahku. Actually aku tak tau tangan siapa yang bertuah tu. Cehh~
"Err Syaf? Awak okey tak?" erk okey, faham.
Aku terus melepaskan tangan yang ku peluk sebentar tadi. Malu siottt....
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...