Bab 63

21.9K 662 72
                                    

Kring kringgg...kring kring..

"Helo? Assalamualaikum"

"Helo, waalaikumussalam. Boleh saya tahu ni siapa?" ujar Syuhada.

"Woi" Syuhada tersentak.

"Kau...kau.."

**********

Dua tahun kemudian...

"Woi Syafiq!" terjah Danial.

"Ish, apa kau ni? Kau jangan kacau konsentrasi aku boleh tak?" bentak Syafiq.

"Konsentrasi sangat. Kau ingat aku tak tahu yang kau tu pandang tembus Sir Hamid tu. Aku bukan tak tahu kau fikir pasal apa"

"Apa yang aku fikir? Aku fikir pasal exam lah tak lama lagi. Mahu kena repeat kalah tak lulus" kata Syafiq, tidak menghiraukan pandangan tajam yang diberikan Danial.

"Tahu pun kau kalau tak lulus kena repeat. Dah tu yang kau dok fikir lagi pasal Syafirah tu?" Syafiq yang dari tadi bermain dengan pen, dilepaskan. Syafiq tiba-tiba mengangkat tangan.

"Sir, saya minta diri kerana saya rasa tak sihat" pamit Syafiq dan terus berlalu tanpa menunggu jawapan dari Sir Hamid.

Syafiq pergi ke kantin dan mengorder makanan. Perempuan selalu cakap kalau diorang stress ke apa, makan satu-satunya penyelesaian. Jadi hari ni dia hendak mencubanya. Buat kali pertama.

Syafiq hanya menguis-nguis nasi yang berada dihadapannya. Okey fakta yang digunakan tu, ternyata, hanya perempuan je yang boleh buat. Memang tak jadi dekat lelaki. Betapa pelik dan uniknya perempuan huhu.

"Bro" bahunya ditepuk perlahan.

"Aku minta maaf lah pasal tadi" kata Danial sambil melabuhkan punggungnya disebelah Syafiq, tapi Syafiq masih tidak memberi apa-apa respons.

"Bro, sampai bila kau nak jadi macam ni? Dia dah-"

"Kau jangan berani cakap macam tu" celah Syafiq, tak sanggup mendengar apa yang akan dikatakan Danial.

"Woah okey okey"

"Syafiq, cuba kau bagitahu aku apa yang kau tengah fikir? Kenapa kau taruh harapan dekat Syaf lagi?" soal Danial bertubi-tubi.

"Entah. Tu je mampu aku cakap. Aku..aku cuma rasa yang dia terselamat" kata Syafiq.

"Kau memang dah tertutup hati dekat perempuan lain?" Syafiq mengangkat bahu.

"Mungkin"

"Okey, katakanlah, kalau kau memang jumpa Syafirah, apa kau nak buat?" Syafiq memandang Danial dan tersenyum.

"Aku terus masuk minang dia" kata Syafiq dengan teruja, walaupun dia tahu benda tu takkan berlaku.

"Gatal eh kau? Hahaha..okey gini lah, aku rasa kau sekarang ni memang tengah serabut sangat. Apa kata kita pergi bercuti hujung minggu ni? Mana tahu tiba-tiba kau berkenan ke dekat seorang perempuan?" Syafiq memberikan pandangan membunuh.

"Kalau macam tu aku tak nak pergi. Aku dah cakap, aku takkan bersama orang lain selain Syafirah. Aku tak kesah la kalau aku tak kahwin sampai mati pun" kata Syafiq. Danial menepuk dahinya. Apa nak jadi dengan kawannya ini? Kena pergi bawak berubat dia ni.

"Okey okey tak. Jom jelah, aku just nak kau tenangkan diri kau dekat sana. Aku risau lah pasal kau ni. Kau tak risau ke pasal diri kau sendiri? Haa kau jangan kata yang kau tak risau, karang aku tampar kau" Syafiq tersengih. Macam tahu-tahu je.

"Aku baru nak kata macam tu. Tapi tak jadi lah hahaa" ujar Syafiq, tertawa dihujung kata. Danial hanya tersenyum, gembira melihat kawannya gembira walaupun sementara.

Miss Penyabar Dan Mr PendinginWhere stories live. Discover now