Syafirah POV
Sesampai sahaja di rumah, aku terus meletakkan baju-baju yang baru dibeli tadi ke dalam mesin basuh. Pin tudung satu-satu ku cabut dari tudungku.
Selepas aku membersihkan diri, aku menyarung baju pijama satin berwarna putih.
Aku terus baring di atas katil empukku. Handphoneku capai. Niat aku sebenarnya nak dengar lagu tapi terus terbatal sebab banyak message di wechat dari Syafiq. Spam la dia ni!
'Ikut suka aku la nak maki ke apa ke dekat kau. Mulut aku, hak aku'
'Woii...kau dengar tak??'
'Pekakkkk!!'
'Sakai la kau'
'Lembab gila kau ni! Nak balas punya lama'
'Kau dah give up nak berdebat dengan aku?'
'Ishh malas aku nak layan kau!'
Mak aihh Syafiq ni! Segala jenis carut dia keluarkan! Nasib baik tak teruk sangat. Sabar Syaf, sabar. Kau memerlukan kesabaran yang tinggi untuk berhadapan dengan 'Mr Pendingin' ni.
'Shut up'
'Diam'
'Jangan spam lagi'
'Kalau spam lagi, kau memang tempah tiket untuk mendapatkan perkhidmatan kaki aku'
'Faham tak?'
'Kalau tak faham jugak, aku cakap bahasa tamil ni?'
'Just shut up and stay away from your phone!'
Aku pun menghantar 7 message ke Syafiq. Kira revegne la ni.
'Kau pun jangan la spam lagi! Sengal'- Syafiq.
Aah eh? Aku suruh dia diam tapi aku sendiri tak diam lagi. Ehh buat apa aku nak dengar cakap dia pulak?
'Diam je lah, SENGET!' aku.
"Syaf! Turun makan!" panggil mama.
"Kejap mama! I'm coming!" kataku. Handphone terus ku letak di atas meja. Malas nak layan dia dah.
"Lambat la Syaf ni. Perut abang dah lapar ni" kata abang.
"Eh eh! Syaf lambat tak sampai 5 minit. Abang nak over kenapa?" ujarku. Sakit pulak hati kita ni!
Baru abang nak balas, mulutnya sudah dipegang oleh papa. Aku tergelak tetapi tidak lama kerana mulutku juga dipegang oleh ayah. And now, mama is laughing at us. Urghh!
"Nak bergaduh lagi?" kata papa. Aku dan abang menggeleng laju. Papa melepaskan mulut kami.
"Aduhh!" aduhku dan abang sambil menggosok-gosok mulut. Habis besar la mulut aku macam Angelina Jolie.
"Seorang dah 22, seorang dah 15. Tapi perangai macam 10 tahun dengan 8 tahun" perli papa. Aku mencebik tapi bila ingat balik papa tarik tadi, terus aku memasukkan balik mulutku.
Abang membaca doa makan.
******
Malam ni ada perlawanan bola Manchester United vs Manchester City. Aku ni kira kaki bola jugak. So, aku pun join sekali tengok bola dengan abang dan papa.
Yang tak syoknya, abang dengan papa sokong MU, aku sokong MC. Memang kalau MC kalah habis kena bahan dengan diorang. Tapi kalau MC menang, aku lah yang bahan diorang. Hahaha~
"Syaf, bila keputusan PMR keluar?" tanya abang. Aku tersentak. Ohh man! Aku hampir lupa 99.9% pasal benda tu. Terus jantungku berdegup laju.
"Err esok" kataku. Esok bro, esok! Memang gelabah semacam dah aku ni.
"Laa esok ke? Abang temankan Syaf eh?" ujar abang.
"O..okey"
"Rilek sudah Syaf. Syaf dah cuba yang terbaik. Lagipun, adik abang kan memang pandai" kata abang sambil mengusap kepalaku. Sekarang abang memang dah pandai pujuk. Aku tersenyum riang.
"Abang~ kalau Syaf dapat keputusan bagus, boleh tak Syaf minta sesuatu?"
"Boleh, tapi dengan syarat benda tu tak lebih dari RM10" kata abang sambil tersengih.
"Jangan risau. Ni makanan. Syaf dah lama tak merasa benda ni"kataku.
"Cantek lah! Apa dia?" ujar abang. Abang ni memang sama je macam aku. Kedekut. Tak tahu lah ikut siapa. Mama dengan papa tu pemurah orangnya. Diorang sendiri pun keliru perangai kitorang ni ikut siapa. Haha..
"Cendol!" kataku sambil menjilat lidah apabila terbayang cendol di depan mataku. Wuuhh nikmat dia memang la! Lagi-lagi makan waktu cuaca panas......Mohon terliur.
"Laa cendol je? Celah jari je la" kata abang dengan bangga.
"Nak Syaf tambah lagi ke? Syaf nak ABC, hamper besar, biskut lexus...."
"Eh eh eh...jangan la tambah lagi. Kesian ni lah abangmu ini~ Abang baru ingat nak bajet sikit untuk perkahwinan abang" dengus abang. Aku tergelak kecil. Tak ubah perangai dia. Mesti pelik kan? Kenapa aku minta makanan je sebagai hadiah? Rasanya, aku dah jelaskan. Sebab.aku.kuat.makan. And I'm proud with it! Sebab? Saja~
"Okey. Kali ni abang terlepas dari tu semua" kataku. Abang tersenyum. Ushh! Kalau la abang ni bukan abang aku, dah lama rasanya aku jatuh cinta dekat abang. Senyum dia boleh buat sesiapa je suka bila pandang. Uiitt! Apa yang aku merepek? Syaf, ingat yang dia tu abang kau. Astaghfirullahazim...
"Kalau Syaf dapat keputusan baik and dapat tawaran ke asrama penuh, Syaf nak ke?" tanya abang.
"Hmm Syaf tak pasti la. Insyaallah kalau boleh nak la" jawabku.
"Rindu la abang nanti dekat Syaf" kata abang dengan sayu.
"Alaa macam tak biasa. Sebelum ni okey je. Jealous kak Jannah" kataku.
"Sebelum ni abang rindu setengah mati eh Syaf. Kak Jannah tu, dia dah memang ada depan mata abang" kata abang.
"Dah tu, takkan abang tak rindu langsung kak Jannah kalau berjauhan?" soalku.
"Mesti lah abang rindu jugak! Dua-dua pun abang sayang la" kata abang.
"Gollll!!!" jeritan papa mengejutkan kami. Abang juga menjerit juga.
"Yeyy MU gol!!" aku menjeling mereka.
"Eleh! Takpe takpe. Baru mula. Nanti mesti MC menang punya" kataku. Aku menumpukan perhatian kepda permainan itu.
"Haa! Boleh la tu! Nak gol dah tu! Ishh!" bebelku. Aku memang macam ni. Mulut tak boleh diam bila tengok bola. Ada je tak puas hati. Papa dengan abang pun memang dah tahu aku ni macam mana. So, diorang no comment.
Tak lama lepas tu......
"Golll!!! Wuhuuu! Ole ole ole~ Kita menang, kita lah juara!" nyanyiku sambil terlompat-lompat mengalahkan beruk. Mama hanya menggelengkan kepala. Redha je lah ma. Ni lah anak mama.
Perlawanan akhirnya tamat. Keputusan akhir adalah 1-1. Aku bangun dari sofa dan menggeliat.
"Huarghh! Ngantuknya" kataku sambil menggosok-gosok mataku. Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.
"Syaf, pergi la tidur dulu. Esok kan nak ambil result" kata abang. Bila abang kata macam tu, aku terus berdebar-debar. Gila tak berdebar? Huishh...
"Hmm pa! Papa dan mama boleh tak datang esok?" tanyaku.
"Esok? Hmm rasanya tak" balas papa. Dah agak dah. Masa keputusan UPSR sebelum ni pun papa tak datang. Walaupun time tu aku dapat 5A, tapi aku sedih sebab aku tak boleh kongsi kegembiraan aku dengan mama dan papa.
Aku melangkah ke bilik tidurku. Aku menggosok gigi dan basuh kaki dahulu sebelum tidur.
**********************************
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...