Syafirah POV
RECAP:-
Krukk....
Kali ni lagi kuat! Alamak! Seram aihh. Escalator mana la pulak? Takkan dah sesat kot? Jalan punya jalan tiba-tiba ada sesuatu yang memegangku.....
"Ahh! Jangan kacau aku! Aku tak bersalah!" jeritku sambil menutup mata. Tercetus ketawa orang itu. Suara lelaki.
"Hey, ni Danial la" mataku terbuka luas.
"Laa! Danial! Awak ni menakutkan saya la" kataku untuk menutup malu. Memang tengah terlampau malu sekarang ni.
"Saya faham. Tempat ni kan sunyi je. Takde orang" kata Danial.
Krukkk...
"Haa! Awak dengar tak tu?" tanyaku. Mula-mula aku ingat bunyi tu dari raksasa mana lah tadi. Tapi bila nampak Danial, aku ingatkan dari kasut dia ke. Fikiran aku berubah bila dengar lagi bunyi tu. Cerita ni tukar ke cerita seram pulak ke!?!
Danial mengerutkan dahinya dan tersenyum. Weird. Ni memang Danial ke? Entah-entah....dia ni alien yang dalam cerita Man In Black? Alien yang boleh bertukar rupa! Oh man!
Aku semakin menjauh daripada Danial.
"Kenapa ni Syaf?" tanya Danial.
"T..takde...apa-apa" jawabku.
"Betul awak tak tahu bunyi tu bunyi apa?" aku menggeleng. Dia nak makan aku ke?
"We better go to the food court" kata Danial.
"Why?" tanyaku. Danial tergelak kecil.
"Awak ni comel lah" kata Danial. Dia....baru kata...yang aku.....comel ke?? Wuuu....kembang semangkuk aku!
"Perut awak tu" perut aku? Aku melihat perutku.
"Kenapa?"
"Perut awak tu berbunyi lagu Rock N Roll, Avril Lavigne dah tu" kata Danial sambil tergelak kecil. Owh. Aku tersengih. Tu lahh..banyak sangat tengok tv. Kan dah mencemari seluruh otak.
"Jom turun ke food court" ajak Danial.
Sepanjang perjalanan ke food court, perutku asyik berbunyi je. Yang si Danial ni memang jenis yang suka gelak. Jadi, bila perut aku berbunyi je mesti dia tergelak. Aku pulak, pandang pelik je dia tu.
"Awak nak makan apa? Biar saya yang belikan" kata Danial.
"Eh eh tak pe la. Saya beli sendiri" balasku.
"Kalau macam tu, saya temankan awak sekali" kata Danial.
"Takpe takpe. Kesian la awak. Dah temankan saya ke sini. Awak duduk la dulu" kataku.
"No problem. Tapi saya still nak temankan awak. Mana la tahu... ada raksasa nak makan awak ke?" sakat Danial. Aku tersengih. Macam mana dia tahu yang aku fikir dia tu alien? Pelik. Degil la Danial ni!
"Ahh! Panjangnya! Ni yang malas ni" rungutku.
"Saya dah kata, awak duduk je dulu. Saya yang order kan" kata Danial.
"Ish! Macam atuk saya la awak ni" kataku dan menekup mulutku. Terlepas la pulak!
"Atuk? Kalau abang tu takpe la lagi" balas Danial. Abang? Erghh...
"Euww! Kita sama umur eh. Takdenya abang" kataku.
"Danial, awak dah habis waktu kerja eh?" tanyaku.
"Erm dah"
"Awalnya" ujarku.
"Saya kerja dekat situ part time je. Dari pukul 10 sampai 3 je" kata Danial.
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
TeenfikceSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...