* Skip daftar sekolah. Start di mana Syafirah di asrama barunya*
Syafirah POV
"Syaf, betul ke tak nak mama naik sekali?" aku menggeleng.
"Abang pun boleh temankan?" aku menggeleng.
"Takpe la. Syaf boleh kemas sendiri. Come on, Syaf dah 16. Err ikut tahun la. Birthday belum lagi. Hehe" ujarku.
"Hmm yelah. Kalau nak apa-apa call je mama" kata mama. Aku terus melangkah masuk ke dalam asrama untuk mencari dorm yang akan aku duduki. Dorm C. 'Hmm ramai jugak yang baru masuk sekolah ni' bisikku di dalam hati.
Pusing punya pusing, tak jumpa jugak. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menanya pelajar disini. Aku mendongak-dongakkan kepala dan ternampak seorang pelajar lelaki tengah mengambil air. Haihh malas betul la nak tegur lelaki. Terpaksa la juga. Dah dia je yang ada dekat sini. Aku berjalan ke arahnya.
"Assalamualaikum. Boleh tumpang tanya?" lelaki itu pusing belakang dan........dunia memang kecil!
"Waalai.......Syaf? Kau!!!" aku tersentak. Omaigod omaigod omaigod!! Syafiq!
"Jawab salam tu dulu" kataku dengan tenang. Padahal dalam hati dah tak tentu arah.
"Waalaikumussalam. Apa yang kau nak tanya?"
"Dorm C dekat mana?" tanyaku mendatar. Malas nak layan sebenarnya.
"Kau ni dah melalut mana. Dorm C jauh dari sini la. Ni asrama lelaki.Macam mana la kau boleh sampai sini?
"Owh eh? Mana la aku tahu. Aku baru dekat sini. Kau bagitahu je la dekat mana dorm aku ni" kataku.
"Ikut aku" aku mngekori Syafiq. Dan akhirnya sampai juga. Tapi......
"Wahh! Syafiq datang!"
"Guys! Look here who's coming!"
"Who's she? Dah la ugly, ada hati nak berjalan dengan Syafiq I"
Dah kenapa minah-minah dekat sini? And, berani dia kata aku ugly!?! Hey! Main judge je aku. Tak sedar yang muka sendiri muka pecah. Nasib aku tak lenal kau je. Kalau tak dah lama muka kau pecah.
"Excuse me. Excuse me" seorang gadis berjalan ke arah aku dan Syafiq dan berdiri disebelah Syafiq. GF dia ke? Rasanya ni bukan GF dia yang aku nampak hari tu. Buaya darat betul dia ni!
"Hai Syafiq" tegur perempuan itu dengan suara gediknya.
"Hmm" balas Syafiq tanpa memandang perempuan itu. Haha..tak dilayan.
"Ni la dorm kau. Aku pergi dulu" kata Syafiq. Aku satu dorm dengan minah-minah ni semua? Apalah nasibku~
"You! Kenapa you ni? You tak nak layan I sebab perempuan ni ke? Haa" aku pulak yang kena? Baru first day, ehh, tak sampai first daya dah kena macam ni.
"Mana ada. I penat ni. I nak balik dorm" balas Syafiq.
"Ehh kau budak baru kan? Kau kena tahu yang Syafiq is mine! Nobody can have him. If you try to take him from me, I swear you'll regret it!" kata perempuan itu. Aku tergelak kecil. Macam la diorang ni kahwin. Klise gila ayat! Lagipun...aku? Want to take this crazy boy? From her? Sorry. Kau simpan je lah.
"Asal kau gelak? Kau memang ada niat macam ni kan!?!" bentak perempuan itu. Budak lain yang berada di dalam dorm itu hanya menonton kami. Memang semua takut dengan minah ni ke? Kerek je aku tengok dia ni. Baru aku hendak membalas kata minah tadi tu, seorang perempuan yang berbadan agak gempal memegang lenganku.
"Sini" katanya. Aku agak terpinga-pinga sekarang ni tapi kakiku masih mengikut perempuan berbadan gempal itu.
"Ehh eh! Syu, kau nak bawa dia kemana tu!?!" bentak minah gedik itu. Perempuan berbadan gempal itu berhenti dan melepaskan lenganku. Dia berjalan menuju ke minah itu.
"Syu!! Stop there!" jerit minah gedik tu. Dah kenapa dia takut bila perempuan itu?
"Or?"
"Or....err...."
"Kau tak payah nak kacau budak baru ni. Kau nak kena ni lagi ke?" kata perempuan berbadan gempal itu sambil menunjukkan buku limanya. Minah gedik tu terus menggeleng kepalanya.
Perempuan berbadan gempal itu bawaku ke sebuah katil kosong di sebelah katilnya. Aku meletakkan barang-barangku ke sisi katil.
"Apa nama kau?"
"Aku Syafirah. Panggil Syaf je. Kau?" ujarku dan menghulurkan tangan. Dia mencapai tanganku.
"Aku Syuhada. Panggil Syu je. Kau jangan layan Aris tu. Dia tu salah satu hot chic dekat sini" kata Syuhada. Hot chic? Tak boleh blah gila! Fikir ni cerita mat salleh ke apa?
"Hot chic dekat sini. Karang, hot lagi dalam neraka tu" kataku. Tercetus tawa kami.
"Ehh kenapa aku tengok Aris tu macam takut je dengan kau?" tanyaku.
"Bukan dia je. Semua orang dalam sekolah ni pun. Aku mana ada kawan. Kawan rapat aku pun dah lama pindah" kata Syuhada.
"Means?"
"Means, semua orang takut dekat aku sebab sebenarnya aku ni pembuli ternama dalam sekolah ni" jelas Syuhada. Aku memandang pelik.
"Dah tu, kenapa kau nak kawan dengan aku pula?"
"Sebab naluri aku kata yang kau ni lebih kurang aku je. Betul tak?" ujar Syuhada. Uishh dia ni pakai apa dow? Aku memang suka buli orang juga. Buat hal pun banyak juga. Memang boleh jadi partner aku la Syu ni.
"Betul sangat!" kami berbual-bual tentang budak junior yang pernah kami buli. Dah macam budak juvana dah kitorang ni. Haha~ But I still have a manner. Still lagi hormat orang.
Aku bernasib baik, sebab kami satu kelas! Ada juga kawan. Kejap, aku baru teringatkan Danial. Dia satu kelas dengan aku ke? Itu aku boleh terima lagi. Tapi jangan la Mr Pendingin satu kelas dengan aku!
**********************************
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...