Syafirah POV
Usai solat subuh, aku membersihkan diri. Selesai mandi, aku sarungkan inner terlebih dahulu. Kemudian tshrit T90 berwarna putih kelabu bersama seluar track.
Aku terbau sesuatu yang enak! Wahh!! Kaki ku melangkah laju menuruni tangga. Makan punya pasal!
Sesampai sahaja aku di dapur, aku mengambil tempat duduk. Mataku tak lepas memandang nasi goreng planta masakan mama tersayangku.
"Hai, awal bangun? Biasanya mama panggil baru nak bersiap bagai. Tu pun liat jugak nak bangun " tegur mama.
"Ehh ofcourse! Kali ni mama tak payah panggil sebab bau dari nasi goreng ni dah panggil Syaf" kataku. Tapi mata masih lagi melekat dekat nasi tu.
"Ada je jawapan dia tu" kata mama.
"Hehe~ Papa mana?" tanyaku. Melilau mataku mencari papa.
"Tengah bersiap. Hari ni papa kerja" kata mama.
"What? Hari ni hari Sabtu kot. Baru nak ajak papa dengan mama pergi shopping" kataku dan mencebik. Sejak dua menjak ni papa asyik sibuk je. Balik pun lambat.
"Alahai intan payung kesayangan mama ni. Merajuk ke? Hehe... Biasa la tu. Papa kan tak lama lagi nak bersara, so kena la rajin sikit. Baru la dapat banyak EPF nanti" ujar mama. Aku ni bukan jenis yang suka merajuk tapi aku ni anak bapak. Memang dari kecil aku rapat dengan papa je. Sebab tu la aku ni takde lah keperempuanan sangat. Hoho~
"Morning girls!" sapa abang.
"Morning boy!" jawabku.
"Eh mama pun masih girl lagi eh? Hehe...morning" tegur mama.
"Syaf, jom pergi jogging dekat taman" kata abang.
"Syaf okey je. Mesti kak Jannah kan?" jawabku. Konfem punya lah! Sebab ye la kan, bakal pasangan pengantin, harus lah luangkan masa bersama. Dengan aku aku sekali luang sama.
"Hehe..tahu takpe" kata abang. Tidak lama kemudian kelibat papa kelihatan menuruni tangga dan duduk menghadapku.
"Hai papa! Esok papa kerja tak?" tegurku.
"Hai anak papa. Esok, hmm..tak tahu lagi" kata papa. Aku sudah mula menunduk. Papa, papa. Bila la aku boleh luangkan masa dengan papa lagi?
"Okey okey. Esok papa ambil cuti eh? Kita pergi shopping ke?" yeah! Taktik aku berjaya. Aku mengangkat mukaku dan tersenyum lebar.
"Anak je ke yang ajak? Emaknya tak ajak?" kata mama. Aku dan papa berpandangan.
"Emaknya pun ajak ler" kata aku dan papa serentak. Ketawa kami terburai.
"Blurpp!! Alhamdulillah!" ucap abang. Aku memandang abang dengan mata yang membulat. Tak bulat pun sebenarnya.
"Abang dah makan? Cepatnya!" kataku.
"Memang la nak cepat. Syaf tak nak ikut abang pergi joging eh? Bye! Abang gerak dulu" kata abang sambil berdiri.
"Nak! Syaf nak ikut! Tunggu la abang! Alaa" haishh abang memang saja je!
"Dah tadi syok je borak. Makan pun lupa" kata abang. Aku dengan laju makan.
"Eh Syaf, makan tu perlahan-lahan la. Syakir ni pun. Jangan la menyakat adik macam tu. Mahu tak tercekik nanti" kata mama.
"Syaf naik dulu!" kataku dan melangkah ke bilik. Pinggan aku tinggal je. Haha~ Padahal tak habis makan lagi. Baru separuh. Air pun tak sempat nak minum. Ishh abang la! Baru nak merasa nikmat nasi goreng planta tu.
Aku menyarung tudung bawal berwarna hitam dan stoking. Kemudian, aku menuruni tangga. Huiih nasib tak terjatuh. Naya je.
"Salam ma. Nasi goreng tu simpankan sikit untuk Sya" kataku sambil menyalami tangan mama dan papa.
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...