Bab 35

13.6K 625 9
                                    

Syafirah POV

Tiba-tiba......

"ADOI!!!" tudungku ditarik. Syaiton mana yang tarik nih?!

"Hai!" aku membeliakkan mata. Sesedap tomyam seafood je dia tegur aku? Senyum pulak tu. Tak rasa bersalah ke?

"Apa hai-hai? Salam takde, tiba-tiba tarik tudung aku apahal!" marahku.

"Hmm asalamualaikum. Takde, tudung kau tadi singkat sangat sampai nampak leher kau" kata Syafiq. Serta merta aku memegang belakang leherku.

"Iyeke?" tanyaku dengan gelabah. Aurat woi aurat!

"Tak lah" secara automatik tanganku memukul lengan Syafiq.

"Sakit la woi!"

"Huhh padan muka. Mainkan aku lagi. Dah la, aku nak blah. Malas nak layan spesis beruk ni" kataku dan berlalu.

"Weyh Syaf, tunggu la. Aku ikut kau eh" langkahku terhenti.

"Kenapa?" tanya Syafiq. Dah kenapa mamat ni? Nak ikut aku pulak?

"Tak payah nak sibuk lah. Dah pergi main jauh-jauh. Aku nak cari ketenangan pun tak boleh" kataku sambil menjeling Syafiq.

"Aku ikut kau pun untuk kebaikkan kau jugak. Mana tau apa-apa jadi, aku jadi penyelamat kau. Let me be your 'Superman' today" kata Syafiq sambil membuat muka cute kot. Ergh cute ke? Okey mungkin bagi orang lain yee but not to me.

"Suka hati kau la. Janji kau tak kacau aku cari ketenangan" kami berjalan beriringan.

Danial POV

'Man! Tak boleh jadi ni! Aku tak boleh biarkan Syafiq dekat dengan Syafirah atau Syafirah akan disakiti. Inimungkin agak janggal but maybe.....maybe je okey, aku ada perasan dekat dia. Saya ulang, 'MAYBE'. Perasan pelik tu tak tahu la bila munculnya tapi aku memang nak protect Syafirah. Hmmm' bisik Danial di dalam hati.

Aku berlari ke arah Syafiq dan Syafirah.

"Syafirah! Syaf!" Syafirah dan Syafiq serentak memandang kebelakang.

Syafirah POV

'Ish kalau aku tau la mamat ni akan membebel macam sekarang ni, memang aku tak bagi dia ikut aku. Erghh....menyesal kot! Tapi......serious ah? Syafiq makin.......pelik? Yep, pelik. Tiba-tiba pulak caring nak mati. Err tak mati pun. But dalam caring dia tu pun memang wajib ada yang annoyingnya' bisik hati kecil Syafirah.

"Oii, kau dengar tak? Kau menung apa tu? Menyumpah aku eh?" aku tersentak. Tau tau je. Hehe...

"Ahh? Oh, betul la tu" aku tersenyum menampakkan gigiku yang putih,bersih lagi bersinar-sinar ni.

"Huhh! Penat je aku bagi ceramah motivasi dekat kau. Ni aku ulang, kalau kau nak pergi mana-mana or apa-apa yang ganggu fikiran kau, kau boleh cerita je dekat aku. Aku ni pendengar paling setia tau" see? Wayar otak dia belah mana yang dah putus eh?

"Syafirah! Syaf!" aku memandang kebelakang. Danial? Macam mana dia boleh sampai sini? Aku rasa kitorang jalan dah jauh dari kem. Takut kena marah? Time bosan, tak fikir apa dah.

"Kenapa Nial?" aku perasan yang Syafiq memandang Danial dengan tajam. Danial juga membalasnya. Apa-apa je lah diorang ni.

"Syaf, sini ikut saya kejap" kata Danial dan menarik lenganku. Aku yang terpinga-pinga ikut je lah.

"Eh eh...kau nak bawak dia pergi mana? Aku ikut sekali" kata Syafiq.

"Apahal pulak kau kena ikut sekali?" tanya Danial.

"Sebab aku bodyguard dia sekarang. So, aku kena jaga dia sepanjang masa" wait, what did he say?

"Woahh, cool down. Since when kau jadi bodyguard aku?" kening sebelahku angkat.

"Since a minute ago? Ish, jom lah Syaf" Syafiq menarik tangan kiriku. Okey, sekarang, aku dah macam tali sebab Danial tarik tangan kanan aku dan Syafiq tarik tangan kiri aku!

"Aku yang ajak Syaf dulu la!" tangan kananku ditarik.

"Tapi aku yang jumpa dia dulu!" tangan kiriku ditarik.

"Sudah!!!!" jeritanku berjaya membuatkan mereka terdiam. Aku merentap tanganku.

"Korang fikir aku ni tali ke apa? Nak main tarik tali pun guna tali lah! Ni guna tangan aku yang cekeding ni" bentakku lalu mencekak pinggang. Kedua-dua mereka tersengih sambil menggosok-gosok belakang leher masing-masing.

"Maaf Syaf" kata Danial.

"Hmm sorry eh? Aku tak tahu pulak kau sakit tadi. Kau sakit dekat belah mana? Meh sini aku sapukan ubat" kata Syafiq sambil menggerakkan tangannya untuk mencapai tanganku tapi aku sempat mengelaknya.

"Eh takpe takpe. Ak...aku okey. Tak sakit mana pun. Ni Danial, apa yang awak nak tadi eh?" ujarku.

"Ahh tadi....arr Syu..Syuhada panggil awak" kata Danial.

"Laa yeke? Jom lah" kataku dan berjalan mendahului Danial dan Syafiq. Aku tengok ke arah bayang-bayang dua mamat yang ada belakang di belakangku. Diorang macam tengah....... pukul memukul? Apa ke halnya?

Aku pusing kebelakang dan...... sekarang diorang berpeluk pulak sambil tersenyum memandangku. Aku memandang pelik. Serious pelik. Ada apa-apa yang berlaku ke?

"Korang okey ke ni?" tanyaku. Syafiq mengangguk laju manakala Danial menggeleng. Erk?

"Err tak...tak okey sebab....sebab Syafiq ni tiba-tiba nak cubit pulak" kata Danial. Syafiq membulatkan matanya.

"Oii aku pulak! Kau lagi la, sampai nak tumbuk aku!" balas Syafiq. Rasanya, aku tak nampak pun macam diorang bertumbuk or cubit-mencubit ni. Lebih kepada.....tampar-menampar mungkin?

"Lebih-lebih pulak kau! Mana ada!......" aku menutup telingaku kerana malas hendak mendengar hal-hal lelaki ni.

Tiba-tiba je keadaan jadi senyap...

"Haa, berbaik pun. Sekarang, Danial, awak nak Syafira buat apa? And Syafiq, kau nak Danial buat apa?" ujarku.

"Dia tak payah ikut!" jerit Danial dan Syafiq serentak. Hishh apa ni!? Tadi dah baik, sekarang....aduhh... parah parah. Tapi bagus jugak, tak payah aku nak dengar 'rapu'an dari Syafiq tu. Rapuan? Hehh...

"Dah Syafiq, kau pergi la. Karang tak pasal-pasal seorang takde kaki seorang takde tangan" kataku.

"Aku pulak? Alaa Syaf~"

"Takde takde, apa lagi, blah la" kataku dan berlalu sambil menarik hujung lengan baju Danial.

Syafiq POV

Danial menjelirkan lidahnya kepadaku apabila Syafirah menarik lengan bajunya.

'Kalau macam ni lah gayanya, memang jawapan dia aku kena lari bogel satu sekolah la nanti! Haishh, yang peliknya bila aku dengan minah ni, gelaran 'sweet talker' tu terus hilang. Depan dia je aku mesti nak bergaduh. Kenapa ek? ' Syafiq bermonolog di dalam hati.

*************************************

First, saya nak minta maaf sesangat sebab tak update dua minggu dah!! Maaf!! And bab ni pun pendek je. Sorry morry!!

Please don't hate me? Sejak dua menjak ni banyak sangat homework. Did I mention that I'm a student? If not, yeahh I am a student. Cikgu zaman sekarang ni sememangnya kejam. Homework menggunung kau! Haha kidding. Walau apa pun, guru tu juga yang telah membantu saya dari segi pelajaran dan sahsiah.

So, don't hate CIKGU. Okey bye.

Love, your lovely writer,

Akuroarishima01

Miss Penyabar Dan Mr PendinginWhere stories live. Discover now