Syuhada POV
Bila tengok Syafirah bersanding tiga hari lepas, aku rasa teringin pulak nak kahwin. Huhu..dah la tak jadikan aku pengapit. Dah lama aku aim nak jadi pengapit, kak Rasyiqa pulak yang dapat tempat tu.
Bila fikir balik, siapa je la nak dekat aku ni. Apa? Syaddad? Pft, tak mungkin. Aku dengan dia macam gajah dengan zirafah. Berbeza betul!
Ringtone handphoneku berdering. Nama Syaddad muncul di skrin. Pipiku merah merona secara tiba-tiba. Mana tak, baru je terfikir pasal dia, tiba-tiba muncul. Macam ada jodoh je kan.
"Assalamualaikum" ucap Syaddad.
"Waalaikumussalam. Kenapa awak call ni?"
"Boleh tak awak temankan saya?"
**********
Cis, aku fikirkan suruh temankan dia pergi mana la tadi. Rupanya suruh temankan dia pergi beli barang kahwin dia!? Tahu tak betapa hancur berkecai rasa macam kena pijak-pijak je hati ni? Syaddad is going to marry someone!? Tapi, dari tadi dia tak mention pun siapa perempuan tu. Aku malas la nak tanya,sebab dia ni jenis yang bila orang tanya soalan yang tak penting, dia takkan jawab. Haa annoying kan? Aku tahu, tapi sebab tu la aku suka dia. Eh tapi bukan sebab tu je. Kalau nak listkan, sampai esok pun tak habis.
"Awak cuba try cincin ni" kata Syaddad sambil menghulurkan sebentuk cincin. Wah, lawanya! Harga dia pun...pergh RM3000 ! Wow, just wow.
Aku menyarungkan cincin itu pada jariku. Oh perfect! Kejap, kenapa dia suruh aku try cincin ni? Dia punya bakal isteri pun bulat macam aku jugak ke?
"Okey kan?" aku mengangguk. Masih keliru.
"Kalau macam tu cik saya ambil yang ini" Kata Syaddad. Setelah pekerja itu berlalu, aku bersuara.
"Err Syaddad, kenapa awak try cincin tu dekat jari saya? Kenapa bukan dekat jari bakal isteri awak tu? Dan kenapa awak ajak saya yang shopping senua ni? Bakal isteri awak tak kecil hati ke? Nanti saya pulak yang kena fitnah curi bakal suami orang" lega rasanya akhirnya soalan-soalan yang sejak mula difikiran terkeluar juga dari mulut ni.
"Saya nak buat surprise untuk dia" kata Syaddad sambil tersenyum. Ya, sangat menyakitkan. Tulah kau ni Syu, terlampau berharap.
Aku tersenyum pahit.
************
"Syu, awak nak balik dulu ke?" Soal Syaddad.
"Tak jugak. Lepas ni mungkin saya nak pergi makan dulu or something untuk hiburkan hati saya ni" balasku. Ye, aku perlu makan, penghilang stress dan kesedihanku.
"Okey, so kita pergi makan dulu and then awak pulak teman saya"
"Buat apa?"
"Saya nak kenalkan awak dengan bakal isteri saya" ok dekat sebelah jalan ni ada tasik, dan aku ada keinginan nak terjun dalam tu sekarang. Aku tak sanggup berhadapan dengan perempuan pilihan dia! Aku...aku takut je kalau aku tak dapat kawal diri dan arwah pulak anak orang tu.
"Ohh okey" tak, aku tak maksudkan tu. Aku tak okey la gila!
Kadang orang kata kegembiraan tu tak lama dan ternyata memang betul. Lepas je aku makan, terus kesedihan melanda diriku. Kalau macam ni la gayanya aku, sepanjang masa la aku kena makan. Mahu lesap semua duit dalam bank sekelip mata.
Aku memanggil pelayan di restoran itu untuk membayar.
"Semuanya RM30.50"
"Takpe, saya belanja. Nah duitnya" kata Syaddad dan membayarnya. Berbunga sekejap la dalam perut ni. Tapi mungkin dia hanya nak ambil hati aku sebab dia tahu aku akan sedih gila nak mati kejap lagi.
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Novela JuvenilSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...