Bab 59

11.2K 514 13
                                    

Syafiq POV

Tension. Keliru. Tak puas hati.

Itulah aku sekarang.

Taman Tasik Perdana jadi tempat untuk aku melepaskan semua tu. Aku duduk betul-betul di depan tasik. Tempat yang aku dengan Syafirah pernah sengaja aku jumpa dia. Dalam tak sedar aku tersenyum.

Teringat balik apa yang terjadi masa tu. Dia menangis sebab trauma dengan anjing hitam yang dia terserempak. Aku pulak tak pandai nak memujuk. Memang aku kaku gila depan dia.

Aku menggeleng.

'Apa ni? Kenapa aku asyik fikir pasal dia? Urgh damnit Syaf! Kau dah tercemar dalam fikiran aku. Dah berleluasa' bisik hati kecilku.

Sekarang aku ada kerja part time tanpa gaji iaitu berfikir tentang perasaan apa yang aku alami sekarang dan berfikir tentang apa yang Syaddad cakapkan hari tu.

Flashback

"Syuhada dah cerita semuanya dekat aku. Pasal kau, dan Syaf" aku segera pandangnya.

"Kenapa dengan aku dan Syafirah?" soalku bodoh.

"Biar aku pendekkan jelah, kau selalu gaduh dengan dia kan?"

"I..iye?" jawabku lebih kepada soalan. Soalan dia ni agak tak munasabah sebab obviously la kitorang memang macam selalu.

"Tapi sekarang kau rasa pelik tak bila korang berperang mulut?" soal Syaddad lagi.

"Agaklah" jawabku. Aku semakin pelik sebab memang tu yang aku rasa sekarang.

"Walaupun kau rasa pelik, dalam masa yang sama kau still nak gaduh mulut dengan dia sebab dengan cara tu je kau boleh dapat perhatian dia?" aku mengangguk perlahan.

"Kau rasa marah tak bila orang yang suka dia, nak perhatian dia?" okey dia tengah cakap pasal Danial ke?

"Boleh lah" SANGAT!

"Then you're actually fall for her, brother" dahiku berkerut. Daripada tadi dok tanya soalan, sekarang dia cakap pasal perasaan aku pulak.

"What?"

"Kau suka dia" aku hanya mendiamkan diri.

"It's up to you to believe it or not. Tapi jangan sampai terlambat. Aku pun tak boleh lama ni. Aku balik dulu lah" aku menghalangnya dari pergi.

"Wait, sebelum tu, kenapa kau boleh kata yang aku suka dia?" Syaddad tersenyum.

"Kau fikirkanlah. Aku boleh tolong kau tu je. Yang selainnya kau je yang tahu"

End Flashback

Beep beep beep

One message from Syafirah

'Hai Syafiq :)'

Tiba-tiba rasa macam ada butterfly je dalam badan ni sebab dia letak smiley akhir ayat tu. Yeah I know I sounds so girly.

Hati aku suruh aku balas tapi otak aku kata jangan. Pepatah kata ikut hati binasa badan. So aku tak balas.

Beep beep beep

One message from Syafirah

'Woi! Jangan pulau aku :('

Alahai dia buat emoticon sedih pulak. Tak tak. Kau tengah tension, buatlah macam orang tension. Sekarang yang penting kau kena fikir apa nak buat. Cehh padahal final exam dah dekat. Patut aku fikir la pasal exam.

Miss Penyabar Dan Mr PendinginWhere stories live. Discover now