Syafirah POV
'Hari ni hari terpenting. Penting bagi abangku tersayang! Haihh dah nak kahwin abang aku ni. Rasa macam baru je lagi kitorang bergaduh, bertumbuk bergurau semua tu' bisik hati kecil Syafirah sambil menepek bedak 'Carrie Junior' di seluruh wajahnya. Seterusnya digariskan eyeliner yang nipis bersama celak.
Done! Simple dimple. Walaupun hari ni aku kena jadi pengapit, tapi aku still dengan pendirian aku. No make up allowed on my face. Kalau kena paksa pun aku tak nak jugak, sebab aku bukannya reti pakai make up.
Kakiku melangkah ke bilik pengantin perempuan, kak Jannah.
"Assalamualaikum kakak iparku!" tegurku. Kak Jannah yang daripada tadi membelek mukanya didepan cermin, berpusing ke arahku.
"Waalaikumussalam Syaf. Belum lagi la. Abang Syafiq tu belum lafazkan niat lagi" ujar kak Jannah. Woah! Kak Jannah ke ni? Kenapa....
"Kak, kenapa akak nampak flawless gila hari ni? Lawa gila! Kalah Anzalna. Akak pakai produk 'Simply Siti' ke apa?" agaknya kalau aku ni lelaki, dah lama berguguran iman aku. Jubah berwarna hijau lembut padan di badan kak Jannah.
"Eh yeke? Haha....akak make up sikit je. By the way, thanks Syaf. Akak ni tak ada lah lawa mana. Agaknya sebab baju ni kot, lawa sangat. Tu yang Syaf kata akak ni lawa kan?" kata kak Jannah. Alahai kakak iparku ni! Rendah diri bebenor.
"Hah baju tu memang lawa pun. Lawa gila!" kataku. Riak kecewa terpancar pada wajah kak Jannah.
"Tapi...kak Jannah lagi lawa!! 10 kali ganda lagi lawa!"
"Ishh budak ni! Saja je!" marah kak Jannah, tapi marah manja-manja gitu. Aku tersengih menayangkan barisan gigiku yang putih bersinar ni.
Tok tok tok!
Pintu bilik dibuka.
"Hai si pengantin dengan pengapit ni, gembira je tengok. Lagi 15 minit kita gerak. Ehh! Syafirah! Kenapa tak make up sikit? Mama tahu la Syaf tak suka make up, tapi pakai la sikit. Jadi pengapit kan. Jannah, boleh tolong make up kan Syaf kan? Tolong eh?" mama terus menutup pintu. Aduhh! Aku dah pakai la make up!
"Alaa kak! Tak payah la make up kan Syaf, eh?" rayuku. Bukan apa, tapi rimas! Aku rasa macam aku ni macam barbie doll dah. Fake! Tak natural langsung.
"Akak make up kan sikit je. Letak blusher sikit okey la tu" ujar kak Jannah. Blusher? Perghh! Paling aku benci. Dah la warna pink. Memang tak la jawapan dia.
"Tak payah la. Buat penat je. Kalau akak dah penat, macam mana nak bersanding nanti? Haa kan dah susah" kataku. Mengelat namanya tu.
"Eleh! Setakat letakkan blusher je dekat pipi tu. Bukannya penat pun. Dah tak payah nak mengelat. Meh sini" terpaksa la turut kan aje kak Jannah ni.
Tanganku laju mengipas wajahku yang bermandi peluh. Walaupun laju mana pun tangan aku bergerak, angin yang dihasilkan still slow je.
"Sudah ler tu mengipasnya. Tak penat ke? Kak Jannah yang melihatnya pun dah penat" ujar kak Jannah.
"Kak Jannah senang la duduk bawah payung ni haa. Syaf ni, berdiri bawah matahari yang tegak betul-betul atas kepala. Dah la payung ni kecik je, nak tumpang sikit pun tak boleh" rungutku. Kalau boleh, nak je aku lari masuk dalam dewan tu. Yes, perkahwinan abang dan kak Jannah dilangsungkan di dalam dewan. Besar gila dewan tu! Ada aircorn pulak, memang first class lah!
"Hehe..yelah, supaya make up ni tak cair" kata kak Jannah.
"Haihh..mana la abang ni. Lambat betul. Make up jugak ke apa? Owh ye. Siapa pengapit lelaki eh kak?" keluhku.
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...