Syafirah POV
Aku mencapai Iphoneku dan membuka account wechat. Kita tengok drama apa lagi yang diorang tulis dekat moment.
AMEERA
'Sayang ..terima kasih sebab selama ni kau telah menyakiti hatiku'Ceh ayat macam haprak! Time ni la aku nak spoil mood diorang. Aku comment di moment Ameera.
'Kau ni okey tak? Pahal kau nak berterima kasih pulak? Bersayang bagai. Aku pelik la dengan kau ni. Orang dah sakitkan hati orang, kau lagi suka'- Aku
Aku bukanya bodoh sangat maksud si Ameera ni. Aku saja je nak kenakan dia. Dah lama tak cari gaduh dengan orang. Tambah lagi dengan Ameera yang tergedik-gedik ni. Pantang nampak lelaki! Haihh malu aku bila hang dengan dia!
'Kau kenapa Syaf? Aku punya suka la nak tulis apa dekat moment ni. Ada aku kacau kau?'- Ameera
Keadaan semakin panas!
'Kau memang kacau aku pun. Kacau jiwa aku!'- aku
Itu betul! Dah lama aku perhati je dia ni. Dulu bukan main dia buat moment pagi petang siang malam nak bersweet bagai. Tapi bila dah putus buat ayat pasrah. Ameera tidak membalas commentku.
Tiba-tiba message dari wechat masuk. Group 'The Five Element'. Nama group ni sempena kami ni berlima and perangai kitorang tak ada persamaan langsung! Macam Athira tu jenis yang agak tergedik-gesik jugak la bila nampak lelaki. Syahida jenis yang agak penakut and anak mak sangat ataupun 'anak manja. Fatin jenis yang beremosi sangat. Kena ikut kepala dia je. Sofea pulak perangai dia lebih kurang aku, cool and sporting. Yang bezanya kitorang ialah aku kalau marah cakap lepas. Sofea pendam.
'Beb!' -Fatin
'Yo!'- Sofea
'Syaf tu hah! Gempak siot kau!'- Fatin
'Well you now me. Aku sabar je dengan dia tu'- aku
'Dekat sekolah nanti ada la yang dia nak hebohkan'- Athira
'Syaf, kenapa kau cakap macam tu? Kalau dia cakap bukan-bukan pasal kau macam mana?'- Syahida
'Syah, lek ah. Aku tahu la macam mana nak settle kan dia tu'- aku. Cehh kata macam aku ni abang long besar je dekat sekolah tu.'Cakap pasal sekolah, pahal kau tak datang sekolah Syaf? Kalau nak kata kau sakit, elok je kau layan kitorang ni. Siap cari gaduh lagi'- Sofea
'Aku ada dekat kampung lagi ni. And kemungkinan besar aku akan pindah duduk terus dekat sini'- aku. Pandai kan aku kelentong diorang? Tapi...sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. So, pandai-pandai la nanti aku explain ni dekat diorang.
'Aiyoo! Jangan la! Apa dah jadi sebenarnya?'- Syahida
'Family problem'- aku
'Ehh korang! Sabtu ni kita pergi Star City Mall tau'- Athira
'Okey set!'-Fatin
'Rojer!'-Sofea
'Okey der! Aku on je'- aku
'Tak! Tak boleh! Awal sangat la'- Syahida. Dah agak dah. Sampai dekat si Syahida ni mesti jadi macam ni.
'Tak apa Syah. Kau perlukan bantuan aku tak?' -aku
'Eh eh takpe takpe. Aku uruskan sendiri'- Syahida.
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...