Syuhada POV
"Nama awak apa? Boleh saya tau?" okey sah Syafiq dah mengalami amnesia ni.
"Syafiq, kau hilang ingatan ke? Nama kau? Kau tau tak? Okey okey, nama aku Syuhada. Kawan sekelas kau dan dikenali sebagai pembuli ternama disekolah" aku terbangga pulak cakap ayat last tu. Hehe..
"Owh kawan Syafiq"
"What do you mean kawan Syafiq? Kawan kau la ngeng!" kataku. Aku berfikir sebentar. Biasanya kalau dalam cerita, kita kena hentak balik kepala dia dan dia akan dapat balik ingatan dia. Okey aku try.
"Syafiq kau ingat tak mana kau terhantuk tadi? Aku tau kau hilang ingatan sekarang" Syafiq tergelak kecil sambil tangan menutup mulutnya. Aik? Makin sopan pulak bila dia hilang ingatan ni ekk?
"Kau boleh tak cakap? CAKAP. Aku tau la kau hilang ingatan tapi takkan kau hilang keupayaan untuk bercakap jugak?" tahap kesabaran aku dah paling ni. Tapi aku tahan lagi. Kalau kesabaran aku dah hilang memang aku tak tunggu dah. Aku hentak je kepala dia ni dekat mana. Haa nanti bukan dapat balik ingatan, silap-silap mati anak orang ni.
"First of all, saya tak hilang ingatan, cik Syuhada" fuhh lega rasanya dia tak hilang ingatan. Tapi...
"Kalau kau tak hilang ingatan, boleh tak kau berhenti bahasakan diri kau tu saya-awak? Geli laa!" bentakku.
"Second thing, saya bukan Syafiq" okey ni mengarut. Dah sah-sah la kau ni Syafiq! Apa ke bangang sangat kalau nak tipu aku pun.
"Nonsense la kau. Kau nak tipu aku pun agak-agak setakat tukar baju-"
"Sebab saya ni abang kembar Syafiq" wait whaaattt? Memang tak terkata aku.
"Ehh kau tipu je kan? Kau nak kenakan aku kan sekarang ni?" kataku. Jangan la kata ni bukan tipu. Buat malu je aku mengarut tadi. Ye memang la aku ni sebenarnya tak tau malu pun tapi macam mana kalau dia bagi tau Syafiq... Arhh malu woi!
"Tak, saya tak tipu. Saya Syaddad, abang kembar Syafiq" perasaan malu yang amat menyelubungi diriku. Ish patutlah baik semacam je. Rupanya bukan Syafiq. Tapi kan, perangai Syafiq dengan Syaddad ni berbeza yang teramat!
"Owh hehe..ma..maaf , aku tak tau" Syaddad tersenyum. Keadaan menjadi senyap sebentar.
"Anyway Syaf- err I mean Syaddad, mana Syafiq dan yang lain? Dan kau eh abang Syafiq yang baru balik dari Jordan?" Syaddad hanya mengangguk.
"Tadi saya ada ternampak Syafiq dengan dua orang kawan dia tapi saya tak tau diorang ada dekat mana sekarang" ujar Syaddad. Aku dah agak! Syafiq memang nak kenakan aku. Lagi dua orang tu mesti salah seorangnya Syafirah. Huh! Dasar kawan makan kawan betul.
Keadaan menjadi senyap semula.
'Haihh bosan betul lah dengan mamat ni. Tau lah baik, alim, tapi tak payah la sampai tak cakap. Aduhai dia ni! Apa aku nak buat sekarang ni? Hmm' fikirku.
'Haa! I know!' tiba-tiba je muncul idea nak kenakan mamat alik ni. Hehehe..
"Weyh, aku lapar la. Takde makanan ke? Kesian la dekat aku ni, daripada tadi minum air je" kataku. Syaddad tersenyum dan mengangguk. Aku perasan la kan, dia ni asyik tersenyum je bila aku bercakap. Apa kena sawan ke dia ni?
"Ada, mari pergi ke ruang makan" aku menggeleng.
"Alaa aku malas la nak berjalan. Kau tolong bawakkan aku makanan boleh tak?" ujarku. Syaddad mengangguk.
"Boleh, tunggu sekejap" hahaa berani dia kata tak boleh?
Selepas beberapa minit Syaddad kembali dengan sebuah pinggan bersamanya.
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Roman pour AdolescentsSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...