Syafirah POV
Aku menghempas pintu agak kuat tapi tak adalah kuat sangat sebab seram jugak kalau papa marah. Papa tu dah lah penyayang sangat dengan barang-barang. And ofcourse his family too.
"Syafirah!! I miss you so much!" jerit kak Rasyiqa dari depan pintu rumah dan berlari anak dengan tangan didepa. Langkahku terhenti. Tak tahu nak respons macam mana. Seperti sedia maklum, aku tak suka orang peluk.
Apabila kak Rasyiqa sampai didepanku dengan tangan di depakan, aku cepat-cepat mengalihkan tangannya dan memusingkan badannya sambil tersenyum.
"Yeah yeah I miss you too" balasku sambil berjalan melangkah masuk ke dalam rumah.
"So Syaf dah pack semua barang? Kalau belum lagi kak Syiqa boleh tolong" kata kak Rasyiqa. Aku menggeleng.
"Tak apalah, ada lagi sikit je" kataku dan berlalu ke bilik. Sampai saja dibilik, satu perkataan je..
"Bersepah" mak aih, punya banyak barang nak kemas. Bukan apa, cuma aku takde mood nak kemas sebab aku ni belum sedia lagi nak pindah. Tapi bila fikir balik, siapa je yang sedia kalau nak pindah keluar negara pulak tu. Dan sampai bila nak tunggu?
Aku menghempaskan badan ke atas katil dan mula bermain dengan handphone. 'Kemas. Esok-esok je lah' daripada hari tu lagi benda yang sama je aku cakap. Tanganku giat menekan aplikasi wechat. Eh Syuhada ada post satu gambar. 1 hour ago. Eh ni sebelum aku bertolak.
Aku menunggu gambar itu loading. Haih ni lah masalah teknologi zaman sekarang. Konon je kata internet laju kalah kereta lumba, tapi sebaliknya lembab macam siput bab*. Gambar itu mula jelas dan....
"Oh" aku melepaskan keluhan. Hanya itu yang mampu keluar dari mulutku. You know what? I think this the first time aku terasa gila bab*. Syuhada. Danial. Syafiq. Bergambar. Bersama. Okey then. Syuhada kata yang diorang ada benda kena buat. Tak sangka pulak benda tu hanya 'bergambar' dan sampai tak boleh nak tolong aku. Okey. Yep, memang aku okey!
Bilik pintuku diketuk.
"Masuk" kataku sambilewa dan mula scrollkan kebawah. Entah kenapa aku rasa sakit hati gila bila tengok gambar tu lama-lama. Mungkin sebab diorang nampak gembira sangat dalam gambar tu, tanpa aku. Aku menggeleng berkali-kali.'Mana Syafirah yang sentiasa positive thinking? Mungkin diorang tak sempat nak panggil aku ke? Tapi...kenapa diorang tak bergambar dengan aku masa aku nak blah je? Ish Syaf! Stop it! Maybe they just forgot'
"Kenapa asyik mengeluh je? Lepastu geleng kepala macam orang tak betul" tegur kak Rasyiqa. Hai kak, boleh tahan punchline akak sekarang.
"It's not a big deal kak" jawabku sambil meletak hanphone di tepi dan menekup mukaku dengan bantal.
"C'mon Syaf. Ceritalah. Syaf tahu tak dengan menceritakan sesuatu yang dipendamkan akan membuatkan Syaf lega sebanyak 90% tau" kata kak Rasyiqa. Aku mengalihkan bantal dari mukaku.
"Lagi 10%?"
"Err tu kak Syiqa belum fikir lagi hehee" hek eleh, aku fikirkan betul lah fakta yang dia bagi tu. Rupanya fakta tu dia reka sendiri. Bantal disebelahku diambil dan ditekup semula ke mukaku.
"Oh Syaf, kak Syiqa tak lali sangat dengan masalah remaja ni" kata kak Rasyiqa. Eh dia ni nak kata remaja ni memang banyak masalah ke apa? Dan yang paling penting, dia tengah mengutuk aku ke?
"Takpe lah, kak Syiqa keluar dulu lah. Syaf rehat lah dulu"
"Syaf rasa lain" aku mula berbicara dan mengalihkan bantal dari mukaku. Kak Rasyiqa duduk kembali.
"Sepatutnya diorang buat Syaf happy saat-saat akhir Syaf dekat sini, tapi ni macam lagi nak sakitkan hati je" kataku. Bunyi macam aku ni dramatik lebih kan? Tapi tu yang aku rasa sekarang.
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...