Syafirah POV
"Woo! Dah habis periksa!" jeritku spontan.
"Dan tahun depan SPM!" ok siapa yang berani kacau mood gembira aku ni. Syafiq tersengih. Ciss perosak agama dan bangsa betul.
Aku memandang Syuhada dan dia kelihatan sedih. Ish ni yang aku benci.
"Hey, tak payah la sedih. Aku janji, kita hari-hari contact" kataku.
"Aku bukan sedih pasal kau lah. Aku sedih sebab tahun depan SPM!!" oh betapa sentapnya ayat itu. Terasa seperti nyawa ditarik apabila mendengarnya. Woo ayat power.
"Aku sedar aku tak layak untuk dirindui" sekali sekala buat drama. Haha jangan main-main dengan drama queen ni.
"Laa Syaf aku main-main je! Janganlah sentap! Halah halahh kau ni. Takkan lah aku tak sedih kau nak pindah" ujar Syujada, risau. Aku menutup mulut Syuhada. Dan memerhatikan seluruh kelas. Fuh nasib Syafiq dengan Danial takde.
"Kau ni jangan lah cakap kuat-kuat. Nanti kalau ada orang dengar macam mana?" Syuhada mengeluh.
"Kau tak kesian ke dekat diorang? Mana tahu diorang...nak bagitahu sesuatu?" dahiku berkerut.
"Bagitahu sesuatu?"
"Erh nothing! Jomlah balik asrama" aku menarik lengan Syuhada.
"Kau buat apa Syu?" soalku lagi.
"Err.." Syuhada tersengih. I knew it!
*********
Syafiq POV
Aku mencampak beg aku diatas katil. Jangan kata aku ni tak hargai ilmu ok. Dalam beg tu takde apa-apa pun selain alat tulis.
"Weyh kau nampak tak tadi betapa bahagianya muka Syaf lepas periksa tadi? Comel je kan" aku menjeling. Well, ofcourse la aku jealous. Tapi menyampah jugak dia cakap tu. Huh, Syafirah comel? Aku je boleh cakap dia macam tu.
"Dan time tu jugak aku hancurkan saat-saat gembira dia. Huwahaha" aku membuat gelak jahat ala-ala watak jahat dalam drama.
"Kau ni kejam ah. Kesian dia" aku terdiam. Aku kejam sangat ke dekat Syafirah? Memang kitorang selalu gaduh, tapi aku melebih sangat ke? Yang paling penting, dia benci aku ke?
"Danial, aku nak cakap dengan kau sikit" kataku.
"Cakap jelah. Kau ni tiba-tiba serious pulak" ujar Danial.
"Erm pasal Syafirah"
"Kenapa dengan dia? Ke kau nak kata yang kau dah cancel bet kau dengan Haris kan?" aku menggeleng.
"Dia akan pindah"
"Apa!?!" jeritan Danial membuatkan semua yang berada dalam dorm itu lihat kearah kami. Aku hanya senyum tanda tiada apa-apa yang berlaku.
"Kau serious ke!?" Danial memperlahankan suara tapi kedengaran seperti menjerit.
"Iye lah, Syuhada bagitahu aku"
"Dah lama ke kau tahu?" aku menggigit bawah bibirku.
"Lebih kurang seminggu?" Danial mengeluh.
"Asal kau tak bagitahu aku? Kau tau kan aku.. suka dia?" soal Danial.
"Sebab aku suka dia jugak" bisikku.
"Apa dia?" alamak dia dengar ke?
"Haa takde apa-apa la. Aku mana ada cakap apa-apa" kataku. Danial terdiam. Fuhh, that was so close.
"Kau ingat aku tak dengar? Aku dengar la" and thats it. Kau baru je hancurkan hubungan kau dengan Danial yang baru je nak baik balik.
"Aku..er..aku takde la suka dia macam suka tapi err.. macam mana eh-"
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...