Syafirah POV
"Alaa!! Abang! Tolong lah hantarkan Syaf! Pleasee!!" pujukku. Abang dengan kak Jannah sebenarnya nak pergi Hamston Mall untuk membeli baju nikah dan bersanding mereka lagi sebulan. Aku pulak nak ikut sekali sebab bosan duduk dekat rumah. Lagipun takde orang dekat rumah.
Mama pergi mesyuarat jiran tetangga. Mama ni kira orang penting sebab mama setiausaha dalam Persatuan Jiran Tetangga. Papa, macam biasa lah. Kerja,kerja and kerja lagi.
Tu yang aku nak ikut abang dengan kak Jannah. Sekurang-kurangnya ada jugak benda yang boleh dibuat. But, aku tak jalan sekali dengan bakal pengantin tu. Aku bagi peluang diorang pergi bersama. Hehe~
"Ishh yelah Syaf! Janji jangan kacau abang dengan kak Jannah nanti" bisik abang.
"Ai ai capten!" aku menabik. Abang tersenyum bangga. Aku menjelirkan lidah. Aku capai t-shirt putih kosong dan kardigen. Seluar skinny jeans disarung. Tudung shawl berwarna kelabu dililitkan dikepala.
"Awak! Cepat panggil Syaf tu. Kita dah lambat ni" jerit kak Jannah. Aku capai beg sandangku. Bukan ada barang pun dalamnya. Hanya sebagai hiasan je. Ada pun dompet je. Baru form 3, nak bawa apa je? Make up? Macam mak datin je bawak make up ke hulu ke hilir.
"Sorry lambat" kataku sebaik masuk ke dalam perut kereta.
"Takpe. Jom gerak" balas kak Jannah.
****
"Syaf ni nak pergi mana?" tanya abang.
"Entah la. Jalan-jalan je la dekat sini. Kalau ada barang yang menarik minat, Syaf beli lah" kataku.
"Hmm ye lah. Kalau ada apa-apa, abang dengan kak Jannah ada dekat kedai baju pengantin Bella And Co hujung sana.
"Okey. Have a nice walk, abang. And bersabar la ye dengan bakal penganti perempuan tu. Mungkin dia agak cerewet nanti. Hehe~" bisikku. Abang mengangkat kening.
"Bye then!" kataku dan berlalu. Okey sekarang, Chatime! Here I come! Aku tak sah kalau datang sini tak beli jus dari Chatime.
Tak ramai orang yang beratur di Chatime. Bagus. Cepat sikit. Tanpa membuang masa, langkahku bergerak ke kaunter itu.
Mataku ralit melihat menu di kaunter itu.
"Ehh awak ni......" kepalaku terangkat untuk melihat gerangan yang menegurku. Lelaki ni macam pernahku lihat. Dahiku kerutkan untuk mengingat kembali.
"Awak ni kawan Athira kan? And awak yang gaduh dengan Syafiq hari tu kan?" tanya lelaki itu. Gaduh dengan Syafiq?
"Apa nama awak? Sya....Syaf....."
"Syafirah" sambungku sambil tersenyum.
"Haa! Syafirah. Saya kawan Syafiq, Danial. Kita pernah jumpa dekat Restoran Manhattan di dalam Star City Mall" owh Danial.
"Okey okey. Saya ingat" kataku.
"Eh lupa pulak! Awak nak order apa ye?" ujar Danial.
"Saya nak Yogurt lemon with pearl. Regular je " kataku.
"Okey. Awak boleh duduk dulu and tunggu giliran" kata Danial sambil tersenyum. Haihh.. kawan Syafiq ni memang handsome ke semua? Eh eh! Merapu la aku ni!
Aku mengambil nombor giliran dan ke tepi sedikit untuk beri orang lain untuk order.
"Awak. Boleh saya sikit?" kataku.
"Boleh. Apa dia?"
"Mungkin awak ingat saya ni busy body but saya cuma nak tahu. Kalau awak tak nak bagitahu pun takpe" kataku.
"Never mind. What is it?"
"Erm kenapa awak kerja sini? Awak baru form 3 kan?" tergagap-gagap aku bertanya. Muka Danial terus berubah sayu. Duhh! Rasa bersalah menyelubungi seluruh tubuh.
"Hmm.. Sebenarnya keluarga saya ni keluarga yang susah. Jadi saya membantu keluarga saya dengan bekerja ni lah. Tapi keluarga saya tak tahu yang saya buat ni" jelas Danial.
"Habis, bila keluarga awak tanya duit tu dapat dari mana, awak jawab apa?" tanyaku.
"Saya cakap yang duit tu duit dari baitulmal" jawab Danial.
"Awak memang tak dapat ke baitulmal dekat sekolah awak?" tanyaku.
"Dekat sekolah saya tak ada pun baitulmal tu. Masa sekolah rendah je dapat" kata Danial.
"Ish kejam gila sekolah tu! Tak bertanggungjawab langsung! Diorang tak fikir ke bukan semua orang senag macam diorang tuh! Ish!" bentakku. Danial tergelak. Aku mencebik. Salah ke apa yang aku kata?
"Awak ni kelakar la! Saya ni sekolah yang berasrama penuh. Maybe sebab tuh?" kata Danial.
"Asrama penuh? Sekolah apa?" tanyaku.
"Sekolah Tinggi Bakti" kata Danial.*Sekolah ni takde pun. Hanya rekaan semata -mata. Sekolah ni kononya macam sekolah Aminnudin Baki*
"Sekolah tu ranking nombor 1 dalam KL kan? Wahh! Budak pandai la kiranya awak ni" ujarku.
"Takde lah. Biasa je. Awak sekolah mana?"
"Sekolah Menengah Perempuan Ideal Star" jawabku.*Ni pun hentam saja! Haha..*
"Sekolah tu pun bagus jugak kan? Sekolah awak ranking nombor 3 kan? Awak pun pandai jugak" kata Danial.
"Hehh.. Thanks! Bye the way, lupa nak tanya. Result hari tu macam mana?" ujarku.
"Owh, saya dapat straight A. Awak?"
"Same as you" jawabku sambil tersenyum manis.
"Tahniah" ucap Danial.
"Tahniah jugak" balasku. Aku melihat di skrin yang memaparkan nombor giliran. Nomborku dipaparkan. Aku ke tempat mengambil jus yang dipesan.
"Okey lah. See you again. Saya nak gerak dulu ni" kataku.
"Okey. Boleh kita keep in touch lagi?" balas Danial.
"Owh, boleh je. Ni ID Wechat saya" aku berikan ID wechat. Danial juga berikan ID wechatnya kepadaku.
"Bye! Assalamualaikum" ucapku. Danial menjawab salamku.
Now, ke mana yang nak dituju? Think, think, think.... Haa! Tak lama lagi hari jadi Fatin. Yeah. I know right, hari jadi dia pada 27/12. Lagi empat hari lagi nak tahun baru. Sedih sedih. But she is more matang antara kami berlima.
Kakiku melangkah ke The Giveness Shop. Kedai tu macam-macam ada. Dah macam pasar malam pun ada. Cuma makanan je lah tak ada.
Aku tertarik pada satu gelang yang tertulis 'My Bestfriend Is My Everything'. Gelang ni aku nak beli lima. Untuk aku, Fatin, Athira, Syahida dan Sofea. Gelang ni bukan hadiah hari jadi Fatin ataupun diorang yang lain. Ni sebagai tanda pengahargaan kerana diorang dah bahagiakan aku, susah senang bersama, gelak dengan aku.
Sekarang, memang aku panas! Sebab? Sebab tengah aku nak ambil gelang tu, tiba-tiba ada tangan lain yang memegang gelang tu juga. Dan ini menyebabkan aku ingat balik peristiwa salad dan kasut sneaker ku dirampas! Jangan-jangan.........
**********************************
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Novela JuvenilSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...