Danial POV
"Weyh, apa kena dengan Syafiq tu? Apahal kita pulak yang kena marah?" bentak Akmal.
"Actually, memang salahkan kita pun. Err, tapi kebanyakkannya salah aku la kan" kata Sofea, tak memandang kami. Maybe rasa bersalah lagi?
"Ish korang ni boleh tak senyap sekejap? Kawan korang tu dalam bahaya tau tak? Dah la tengah hujan lebat sekarang. Aduhh" celahku. Sejujurnya, aku memang risau tahap gaban dah pasal Syafirah ni. Siapa tak risau kalau crush sendiri kena macam ni kan?
Tapi aku tak nak la tunjuk depan diorang yang aku risau gila macam ni, takut diorang fikir bukan-bukan pulak. FYI, aku ni pemalu orangnya. Hehe~ Konon!
"Encik Suhaimi, bantuan untuk cari Syafirah dah sampai ke?" tanyaku. Lama sangat menunggunya. Daripada tadi asyik dok bergayut je dekat telefon dia tu.
"Dah. Sekarang diorang tengah mencari Syafirah" jawab Encik Suhaimi. Lega sikit dengar.
Baru aku teringat! Tadi Syafiq kan nak cari-
"Tolong! Tolong! Fasi!" semua mata tertumpu kepada suara itu. Syafiq? Okey, ini memang menaikkan marah aku.
"Woi Syafiq! Apa kau dah buat!?" tengkingku. Woi, crush aku woi! Didukung best friend sendiri? Wushh memang panas.
Syafiq POV
'Dah kenapa Danial ni? Tiba-tiba je angin? Ahh biarlah dia, yang penting ni haa, Syafirah ni' bisikku di dalam hati.
Seorang fasilitator perempuan datang dan memapah Syafirah.
Gedebukkk
"Tskk aduhh!"
Syafirah POV
Mataku terbuka perlahan-lahan. Aku dekat bilik aku ke ni? Fuhh nasib tu semua mimpi je. Mimpi je kan? Kan? Kan?
"Aduh!" aku memegang kepalaku. Kejap, berbalut? Kepala aku berbalut?
"Hah! Syaf! Kau dah bangun! Nurse! Nurse!" okey, baru aku sedar. Semua yang berlaku malam tadi tu bukan mimpi. Nasib, nasib.
"Ish Sof! Yang kau terjerit-jerit ni kenapa? Aku dah la sakit kepala" bentakku. Sofea tersengih. Aihh bertambah sakit pulak tengok dia ni. Bukan sakit kepala, sakit hati!
"Ish blah laa! Aku nak lalu la!"
"Apa aku pulak? Kau la blah!"
Ishh siapa yang memekak tu! Orang tu memang nak rasa ke apa kaki aku yang penuh azimat ni?
"Syafirah! Syaf! Ish blah la kau!"
"Syaf! Syaf!"
'Tengok tu? Panggil pulak nama aku?' bebelku di dalam hati.
"Sof, syaiton mana yang memekak jerit nama aku tu?" Sofea menijau-ninjau dan......tersenyum makna. Apakah??
"Two heroes on their way to save the princess!" balas Sofea dengan excited. Hero apa pulak? Princess? Sofea ni demam ke apa? Ni kem, bukannya istana. Dia ingat ni fairytale ke?
"Sofea, kau-"
"Syafirah! Kau..huh..huhh..kau dah sedar pun! Kau ada sakit mana-mana tak? Kau dah okey? Pening? Nak air tak?" eh? Eh?
"Syaf, awak ....huhh...huh..huhh dah bangun!" lahaii dua mamat ni rupanya yang buat kecoh tadi. Wait, wait, did she mean Syafiq and Danial were the heroes? And......me was the....princess?
"Sofea!!" aku mengetap bibirku memanggil Sofea. Erghh geram sehh dengan minah ni!
"Ow-oh, got to go!" Sofea berlari meninggalkanku. Bersama .....err...this heroes yang tak berapa nak hero ni.
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...