Syafirah POV
"Dah kau tak payah nak tukar topik pulak. Karang ada jugak yang kena penampar bersos dengan aku " kataku mendatar.
"Yeah right . Sebenarnya.............. aku........" Syafiq menggantungkan ayatnya.
"Woi sengal! Tak payah nak buat suspen lah. Tak suspen pun" marahku. Bengang dibuatnya. Jujur lah, sebenarnya memang suspen pun. Bukan setakat suspen je, entah la apa kena but my heart beat so fast! Maybe tu kesan dia kot kalau suspen. Think positive.
"Hehe.. tak suspen ek? Okey, sebenarnya, aku......aku saja je! Hahaha" aku melihat Syafiq yang tergelak seperti orang gila dengan muka blur.
"Owh" jawabku sambil menjulingkan mata. Kita tengok siapa yang sakit hati siapa. Tawa Syafiq akhirnya terberhenti.
"Weyh, bagi la respon sikit" ujar Syafiq. Aku mengangkat keningku.
"Ni respon untuk kau" aku menjulingkan mata dan jelir lidah kepada Syafiq.
Tiba-tiba
Snap!
Rupaku serta merta kembali seperti asal. Disebabkan aku julingkan mata tadi, jadi aku tak nampak apa yang Syafiq buat. Tapi....aku dengar apa yang dia buat dan handphone yang dipegangnya. Nampak sangat!
"Kau tangkap gambar aku kan tadi!?!" marahku sambil mencekak pinggang.
Snap!
Ini memang lebih! Tengah aku marah boleh pulak dia tangkap gambar!
"Woi! Kau ni agak-agak la weyh! Nak gambar aku mintak la kebenaran. Tu dah kira mengambil gambar secara haram tau sebab tak minta kebenaran aku!" aku cuba merampas handphone milik Syafiq itu tapi.....
Snap!
Lagi! Menyakai la mamat ni! Okey, ada satu cara je.
"Syafiq, please buang gambar aku tadi. Please! Kau tak kesian ke pada hamba Allah yang lemah ni? Delete weyh gambar aku tadi" rayuku. Mataku yang membulat dengan bibirku dicebikkan, pendek kata, muka kesian lah!
Snap!
"Jin dan Syaiton la kau!!!" aku berlari ke arah Syafiq, dengan automatik jugak lah dia berlari dariku.
"Kau jangan ingat boleh lepas dari aku! Empat weyh, empat gambar! Kau tunggu Syafiq!" jeritku. Aku dah tak kesah la siapa yang pandang aku sekarang. Yang aku tahu, aku nak pertahankan gambar yang aku rasa memang buruk teramat ditangkap khas oleh 'Mr Pendingin' tu! Aku bukan lah bodoh, gambar-gambar aku tu, mesti dia masukkan dalam laman sosial punya lah. Sama ada wechat atau tempat lain.
Haishh Syafiq ni saja je nak lari celah-celah meja makan ni. Kejap, aku dah sampai dekat dalam dewan makan? Oh no! Ahh biarlah. I don't care, I still wanna smackdown Syafiq like a piece of paper. Aik? Macam pelik je.
"Syafirah! Ya Allah, bertuah punya anak!" ow-oh! Itu mama! Nanti je lah aku selesaikan masalah dengan mama. Masalah dengan Syafiq comes first.
Tiba-tiba Syafiq brake emergency. Aku yang tengah on turbo, apa lagi, dengan tak semena-mena aku.....
"Syafiq!" jeritanku membuatkan Syafiq memandangku dengan muka blur. Aduhai, waktu sekarang jugak nak on mode tu. Aku memang tak terkawal sekarang, so, dengan rasa tak bersalahnya, aku merempuh Syafiq.
Gedebukk!!
Kuat betul bunyi hentakan kitorang jatuh. Aku terjatuh diatas Syafiq dan kemudian aku beralih ke sebelahnya.
"Aduh! Tulang....belakang....aku! Aku....rasa dah.....patah!" Syafiq menggerang kesakitan.
"Kau tak payah nak over sangat la! Aku pun sakit jugak!" gertakku.
"Masalahnya,benda betul! Aku terdengar macam tulang patah! Huwaaa! Aku tak nak hidup tanpa tulang belakang!" ada betul jugak cakap mamat ni. Aku pun tadi ada dengar bunyi macam tulang patah. Entah-entah......tu tulang aku tak!? Tak tak! Jangan fikir bukan-bukan.
Aku menolak kepala Syafiq yang berada disebelahku.
"Adoi! Asal kau ni?"
"Positive thinking boleh tak? Aku pun takut jugak. Mana tahu, bunyi tu datang dari aku ke? Ngehh~" kataku.
"Huh! Salah kau la Syaf! Sesuka hati je langgar aku" bentak Syafiq.
"Eh eh? Salah aku? Ni semua salah kau okey!? Kau yang snap gambar aku, and kau yang berhenti mengejut. Memang tak sempat nak berhenti la! Apahal kau berhenti hah!" balasku.
"Owh eh? Hehe lek lek. Aku berhenti sebab, aku baru perasan yang aku dah lari sampai luar dewan ni hah" kata Syafiq. Aku memandang sekeliling. Patut lah senyap je. Kalau tak, mesti ada yang gelak lah, apa lah.
"Aah la. Aku pun tak perasan yang kita dekat luar dah" kami terdiam seketika memandang langit.
"Agak-agak kau, ada tak orang yang secantik bintang?" Syafiq memecah kesunyian. Aku memandang Syafiq yang berada di sebelahku. Walaupun dia tak tengok pun aku, tapi aku memandang peliknya. Soalan apakah??
"Ada" jawabku.
"Siapa?"
"Ni, orang sebelah kau ni!" aku meloyar buruk dengannya.
"Eeuww perasan! Jawapan kau tu langsung tak kena dengan soalan" kata Syafiq.
"Eleh! Dah soalan kau tu yang merapu" ketawa kami bersatu.
"Erk, korang buat apa ni?" suara itu memberhentikan tawa kami dan lihat ke atas. Oh my! Isyraf ! Aku dan Syafiq berpandangan. Posisi kami! Arhh!
Aku segera bangun dan membetulkan dress ku. Nasib baik pakai seluar panjang dekat dalam.
"Eh Isyraf! Bila sampai? Dah makan dah? Kalau belum jom la masuk " aku cuba mengelak dari masuk ke topik 'apa yang aku dan Syafiq buat tadi'.
"Belum makan lagi, ni baru je sampai. Tapi......korang..tadi...?" Isyraf meminta penjelasan. Aduhhh parah!
"Haishh abang Isy ni! Tak baik buruk sangka. Kitorang tadi terjatuh je" fuhh nasib baik Syafiq jelaskan. Aku dah boleh cakap apa dah. Rasa macam ada benda tersekat dekat kerongkong ni.
"Owwkey?" Isyraf nampak tidak yakin dengan penjelasan tadi.
"Believe me la bro. Dah jom masuk. Kau belum makan kan? Karang kau masuk angin nanti. Kan susah" kata Syafiq. Dia nampak relax je. Memang dah biasa ke apa cover-cover macam ni. Oh ye, lupa pulak, dia kan buaya darat. Memang dah biasa la tipu-tipu orang ni.
Langkah Isyraf berhenti, begitu juga dengan Syafiq.
"Syaf tak nak masuk ke?" tanya Isyraf. Aku tak tau kenapa, tapi kejadian tadi tu buatlan aku rasa tersangat lah malu dengan Isyraf. So....
"Err masuk la dulu. Saya nak jumpa someone sekejap" aku tipu. Tapi......aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Hmm...
"Takpe lah kalau macam tu. Hati-hati tau duduk seorang-seorang dekat luar ni" kata Isyraf sambil tersenyum manis dan berlalu pergi. Wuhh terharu! WAIT!! Aku dah ingat! Abang Syazwan!
*********************************
Okey bab ni Syafiq memang tak boleh blah! Hahaha....
Kepada peminat SyafiqSyafirah(Macam lah ada!) maybe bagi korang Isyraf tu macam penyebok je antara diorang kan? Haha...takpe takpe. Benda boleh bawa bincang...
Erkk merapu~~~~
By the way, stay vote stay comment, and yang paling penting.....stay reading!
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Novela JuvenilSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...