Syafirah POV
Aku ke bahagian kasut sneakers. Dah lama tak shopping dengan papa. So, dah dapat peluang ni, memang bankrup la papa hari ni.
Aku mencari kasut sneakers yang 'dicuri' oleh Syafiq a.k.a MR PENDINGIN tu.
"Syaf, tak nampak apa-apa lagi ke?" tegur papa.
"Syaf cari satu kasut sneakers ni. Tapi takde la" kataku.
"Laa punya banyak takkan la satu pun tak berkenan?"
"Tak mau la. Yang lain tu semua biasa je. Kasut tu mungkin tak ada dah kot sebab kasut memang limited edition punya" kataku. Ni semua gara-gara 'Mr Pendingin' yang poyo teramat tu la aku tak dapat beli kasut impian aku. Huhu~ Haru...
"Takkan nak kasut je? Baju ke tak nak?" tanya papa.
"Hmm tengok lah dulu" kataku. Aku ke tempat baju. Baju srmua cantik-cantik tapi.....banyak dress je. Aku ni kureng sikit dengan dress. Aku ikut mood je pakai. Biasanya aku pakai kemeja, blouse je. Skirt labuh pun kadang-kadang je pakai.
Sedangku belek-belek pakai di situ, abang memanggilku.
"Syaf, ni nak?" abang menunjukkan sehelai......dress? Erghh!
"Nope" jawabku. Mataku kembali ralit membelek blouse.
"Ambil la ni Syaf. Lawa ni. Mana tahu, Syaf nak dating ke....." uhar abang. Lawa memang lawa tapi harga pun lawa jugak.
"Takde makna datingnya! Syaf tak nak jugak" jawabku. Aku tak nak membazirkan duit papa dengan sesuatu yang aku tak pakai.
"Okey" abang berlalu. Aikk? Merejuk ke? Haihh parah la abang sekarang ni. Sejak dah nak kahwin ni, memang kuat sangat penyakit merajuk dia tu. Apa la kak Jannah dah buat?
Yang peliknya, abang pergi bawak sekali baju tu.
Akhirnya, aku memutuskan untuk membeli dua helai blouse labuh, satu skirt dan kemeja lengan panjang.
Sedang aku hendak ke kaunter, satu kelibat yang amatku kenali berada tidak jauh dariku. Nampak macam....Syafiq? Dengan seorang perempuan yang.... perghhh!! Tak cukup kain! Astaghfirullahalazim. Apa nak jadi la dengan wanita zaman sekarang? Girlfriend dia ke? Aipp! Syaf, fikir positive. Positive. Positive is your life right, Syaf? Positive. Maybe tu kakak dia.
"Cik, cik?" aku tersedar dari lamunan.
"Ahh ha?"
"Cik nak bayar ke?" tanya seorang perempuan lingkungan 20 an. Aku mengangguk. Aishh buat malu je.
Selepas membayar, aku ke tempat duduk di mana abang dan papa menunggu. Kami ke food court.
Aku mengambil tempat di tepi tingkap. Abang dan papa pergi membeli makanan. Aku hanya memesan kepada mereka. Malas nak berjalan.
Aku membuka account wechat. Moment hari ni tak menarik la. Nak cari gaduh ni. Tapi tak tahu nak mula dari siapa. Mataku tertacap moment yang ditulis oleh manusia yang agak aku benci.
SYAFIQ(MR Pendingin)
'Date with ma GF'
Hmm..jadi betul la perempuan tak cukup kain tu GF dia? Ish ish ish. Tak patut.
Ada sepasang couple duduk di hadapanku. Perghh! Perempun tu, bukan main lagi ralit je tangan dia tu pegang-pegang tangan lelaki tu. Melayu tu! Aku kahwinkan korang nanti karang! Dekat sini jugak. Si lelaki itu pun bangun untuk membeli makanan.
Lelaki itu memusingkan kepalanya. Macam kenal je? Hmm tapi dimana ya?
Lelaki itu kembali dengan makanan.
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...