Syafirah POV
Tutti Fruity!!!! Mu tunggu aku datang!!
Hehe! Excited semacam je aku ni kan? Dah lama tak makan aiskrim. Sebab tu la. Aku ni bukan penggemar aiskrim. Tak suka langsung sebenarnya! Walaupun aiskrim Cornetto. Cuma aiskrim dekat Tutti Fruity je yang aku suka. Siapa tak suka kan?
"Syaf! Cepat sikit! Kalau lambat abang tinggal. Nak jemput kak Jannah lagi" jerit abang. Berani abang tinggal Syaf?
"1 minute!"
Aku memakai t-shirt lengan panjang berwarna ungu dan seluar jeans hitam. Tudung bawal berwarna kelabu cair ku sarung dikepala.
"Coming!" aku menyalami tangan mama terlebih dahulu sebelum memasuki kereta Mitsubishi abang. Abang ni memang peminat kereta sport. Aku pun dah terikut-ikut dengan abang.
"Kenapa duduk belakang? Duduk la sebelah abang ni" ujar abang.
"Nantikan kak Jannah nak naik sekali. Syaf malas la nak tukar-tukar tempat" kataku.
"Yelah Syaf"
"Abang, Isyraf tak datang sekali ke?" tanyaku. Abang tersenyum nakal.
"Kenapa? Nak try ke? Hahaha" ish jahat la abang ni!
"Mana ada! Abang ni! Gedik!" bentakku. Haa kan dah kena gedik.
"Ehh abang pulak kena gedik" balas abang.
"Syaf bukan apa. Nanti abang mesti la borak dengan kak Jannah je. Kalau Isyraf ada, Syaf ada la jugak teman berborak" jelasku. Tak ada niat lain eh.
"Owh. Kak Jannah memang ajak Isyraf untuk mengelakkan fitnah katanya" kata abang. Terbaik la bakal kakak ipar aku ni! Tabik spting aku dekat dia. Iman dia serious kuat. Aku tak jugde dia tapi dari pandangan mata kasar aku, dia memang ada ciri-ciri yang setiap lelaki nak.
"Abang, macam mana abang bilrh jatuh cinta dekat kak Jannah? Syaf pelik jugak mula-mula, sebab abang sebelum ni mana pandangan perempuan macam ni. Playboy la katakan" ujarku. Tiba-tiba je soalan tu terpacul keluar dari mulutku. Aku segera menutup mulutku. Oppss! Harap abang tak terasa!
"Haha..jangan risau abang tak marah. Siapa tak jatuh hati bila pandang kak Jannah tu? Entah la. Abang sendiri tak tahu kenapa boleh hati abang terbuka untuk dia. Sepanjang abang kenal dengan dia, dia dah buat abang sedar" jelas abang.
"Abang ni jangan la buat ayat jiwang! Hahaha... abang ni sekolah je Sekolah Menengah Agama Ihktiar Bakti, tapi perangai abang, tak berubah pun" ejekku.
"Haa tau takpe. Budak-budak sekolah tu pun 2×5 je dengan abang. Depan cikgu baik nak mati, belakang cikgu, tak payah cerita la " balas abang. Gelak kami memenuhi kereta.
"Haa tu kak Jannah dengan Isyraf" kataku sambil menunjuk ke tempat yang mereka berada.
Kereta milik abang berhenti didepan kak Jannah dan Isyraf.
"Lama tunggu?" tegur abang kepada kak Jannah.
"Assalamualaikum. Tak ada la lama sangat" jawab kak Jannah. Aku memandang abang dengan sinis. Haa kan dah kena debik!
"Hehe..walaikumussalam" kata abang dan menjelingku. Kak Jannah masuk dan duduk di seat depan sebelah abang. Manakala Isyraf di sebelahku. Jarak jauh eh.
Punya excited aku punya semangat nak makan aiskrim, sampai kereta abang baru je berhenti parking aku terus memecut masuk ke dalam Tutti Fruity. Aku tidak mempedulikan panggilan abang. Haha~
Aku mengambil bekas yang paling besar.
"Oii Syaf! Besarnya! Tak cukup bajet abang nanti" tegur abang.
"Alaa abang. Abang sayang kan dengan adik mu ini? Pleasee!!" rayuku.
"Yelah yelah" mataku rambang melihat pelbagai jenis aiskrim. Wahh!! Heaven weyhh!
"Uishh Syaf! Banyaknya awak ambil? Habis ke?" tegur Isyraf.
"Mesti habis punya lah. Don't worry be happy" kataku dengan bangga.
"Hehe~ takpe kalau tak habis, saya boleh habiskan" aku terkedu dan memandang pelik Isyraf. Wayar dalam kepala mamat ni dah putus ek?
"Kidding! Haha" gelak Isyraf. Apa kena gelak dengan lawak sendiri? Aku pun dengan secara tak ikhlas, gelak la jugak. Nak jaga hati dia.
"Abang, mana nak duduk? Penuh la tempat" tanyaku. Apahak penuh semacam hari ni? Hari ni hari Khamis. Okey. Cuti sekolah. Hari-hari pun mesti penuh kan.
"Aah la. Nampaknya kita kena lah tunggu dulu" kata abang. Tunggu? Aku tak boleh tunggu! Dah meleleh air liur aku menengok aiskrim ni. Nak makan nanti diorang fikir aku ni tak sopan. Dengan sebelah aku ni ada Isyraf, lagi la aku tak nak. Aku memandang ke sebelahku.
Eh?? Mana pergi si Isyraf ni?
"Bro!! Lama tak jumpa abang besar!" seseorang menyapa Isyraf. Abang besar? Aku tengok Isyraf tak adalah besar mana. Rabun ke buta orang tu?
"Wan! Rindu kau siot! Wahh makin tough kau sekarang" Isyraf menyapa balik dan berjalan ke arahnya yang duduk dengan seseorang, perempuan. Dari belakang, perempuan tu nampak macam aku kenal.
"Syaf! Kak Jannah! Abang Syakir! Sini lah" kata Isyraf. Kami bertiga bergerak ke meja seorang lelaki dan perempuan. Kawan Isyraf kot.
"Kenalkan ni Ikhwan dan Syida" kata Isyraf. Perempuan itu mengangkat kepalanya dan......
"Athira??"
"Syaf!!" Athira memelukku. Owhh macam mana aku boleh lupa yang nama Athira ni Athira Shida.
Aku memandang lelaki yang dikenali sebagai Ikhwan. Sombongnya. Tak pandang langsung kitorang. Isyraf dah memperkenalkan dia, bukan nak salam abang aku ke apa. Ni dok main fon je.
"Eh korang dah kenal eh?" tanya Isyraf.
"Yup! She's my best friend" kataku sambil memeluk bahu Athira. Dengan laju lelaki yang dikenali sebagai Ikhwan segara memandang tepat ke mukaku. Haa!?!?!
*******************************
Sorry bab ni pendek sikit. Bab seterusnya saya pasti lagi best!
Keep reading! Voting! Commenting! Ehh ada ke? Hahaha...pech coo!!
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...