Syafirah POV
"Mama!" aku berlari ke arah mamanya seperti kanak-kanak yang tak jumpa ibunya selama setahun. Arh kisah apa aku dengan orang sekeliling? Padahal baru seminggu tak jumpa.
"Alahai, tak malu ke? Tahu la excited jumpa mama yang cute ni kan" kata mama.
"Aah, mama memang cute pun" kataku sambil membuat muka. Mama menarik pipiku.
"Adoi!" aku menggosok-gosok pipiku. Mama tergelak kecil. Tahu la pipi aku ni macam doraemon. Bak kata Sofea la.
"Syanah? Ana!" aku dan mama berpaling ke arah duara yang memanggil nama mamaku.
"Ana? Ana kan? Eh ni aku la, Ima!" mama yang pada mulanya kelihatan bingung menjadi ceria.
"Laa Ima!" mereka berpelukan. Aku yang tak tahu menahu ni tengok je diorang. Tunggu diperkenalkan.
Tapi.......
15 minit kemudian....
Aku ni tak wujud ke apa!?! Boleh pula diorang berborak je? Mama ni bukan nak kenalkan aku dekat mak cik tu ke apa. Aku mengambil keputusan untuk duduk sebentar disebuah kerusi panjang. Aku tahu, perbualan tu SEKEJAP je. Aku tak dapat jangka dalam berapa jam, tapi MESTI lebih setengah jam!
Aku mengeluarkan headphone dari beg dan memakainya. Lagu 'Try by Colbie Caillat' dimainkan . Aku suka lirik lagu ni. Lirik lagu ni menyatakan supaya menjadi diri kita sendiri. Biar macam mana pun kita, we are who we are.
Put your make up on, get your nails done,
Curl your hair, run the extra mile keep it slim,
So they like you
Do they like you?
Get your sexy on, don't be shy girl,
Take it of this is what you want,
So they like you,
Do you like you?
You don't have to try so hard,
You don't have to give it all away,
You just have to get up, get up get up get up,
You don't have to change a single thing,
You don't have to try, try, try, try,
You don't have to try, try, try, try,
You don't have to try,try,try
Youuu don't have to try..
Tiba-tiba aku merasakan haba diteling kiriku. Kepalaku berpusing untuk melihat apa yang berada disebelahku.
"Arhh!" aku terjerit kecil.
"Ish! Buat terkejut orang je lah. Bukan nak bagi salam ke apa" marahku. Mana tak terkejut, si Danial ni ada betul-betul depan aku aku aku pusing ke kiri.
"Hehe... Assalamualaikum. Sorry? Saya nak dengar je lagu apa yang awak dengar tu. Nampak macam best je, sebab awak asyik terangguk-angguk mendengarnya" kata Danial. Ohh. Aku kalau asyik sangat dengar lagu, memang tak ingat dunia.
"Waalaikumussalam. Memang best pun lagu ni" balasku sambik tersenyum menampakkan barisan gigi.
"Kenapa tak balik lagi?" tanya Danial.
"Tu hah. Mama saya tengah syok berborak dengan kawan lamanya la kot. Awak?" ujarku.
"Saya kan dah bagitahu awak. Saya memang tak balik sebab kerja" kata Danial.
YOU ARE READING
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin
Teen FictionSyafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Pe...