33

21 2 1
                                    

"Are you enjoy your day?" Soal abang Uzair, lembut.

Aku memerhatikan perbualan antara mereka. Jauh disudut hati, terselit juga rasa kecewa. Alangkah indahnya andai perpisahan ini tidak terjadi. Pasti kami akan menjadi sebuah keluarga yang bahagia. Ada aku diantara mereka berdua.

"I'm so happy. Sepatutnya papa dan ibu ikut sama tadi." Jawabnya.

"Okay, sayang tunggu papa dalam kereta dulu. Papa nak cakap dengan auntie. Sekejap saja."

Aku yang masih bersandar pada kereta memerhatikan langkah abang Uzair mendekatiku. Tapi, dalam keadaan spontan, Chempaka berlari kearahku dan memelukku erat. Aku yang masih terpinga-pinga membalas dakapannya. "Thank you, auntie sebab Chempaka gembira hari ini. Chempaka sayang auntie."

Pipiku dicium berkali-kali sebelum dia meleraikan pelukannnya dan kembali semula ke kereta abang Uzair. Abang Uzair yang berdiri dibelakangnya juga diam tak berkata apa. Perasaan sebak mula menghampiriku. Spontan. Airmata mata kembali bergenang ditubir mata. Sungguh, aku cuba untuk tidak sedih tapi belumpun berpisah jauh, aku sudah merindui. Mampukah aku untuk melepaskannya pergi? Sukar.

Tidak sanggup untuk berlamaan disini. Takut akan banjir dengan airmata. Bimbang hati ini makin terluka. Sebaik saja buah cintaku berlalu, aku terus berpaling biarpun abang Uzair masih tegak berdiri dihadapanku. Padaku, sudah tiada apa yang harus diperkatakan lagi antara kami berdua. Urusanku hanya mengenai Chempaka. Andai mahu meluahkan apa yang dirasa, cukuplah. Aku sudah tidak sanggup lagi untuk terus dimamah derita.

Namun, sebaik saja pintu kereta mahu kututup, tangannya menghalang.

"Nak apa lagi?" kasar pertanyaanku. Aku mahu dia sedar yang aku tidak mengharapkan kehadirannya.

Selebihnya aku tidak mahu dia tahu yang airmataku ini sudah berderai laju. Aku tidak mahu adanya huluran simpati dari dia. Cukuplah!

"Jangan menangis, Jannah. Nanti abang bawa Chempaka jumpa Jannah lagi. Jannah beritahu saja bila. Abang risau tengok Jannah begini." Suaranya berbaur pujukan.

Hatiku? Entah kenapa bagaikan tiada rasa. Mungkin kalau tujuh belas tahun dulu pasti hati ini akan menjadi selembut sutera. Tapi kini, kata-katanya bukan lagi indah seloka yang berkumandang lagu cinta.

"Kenapa, bang? Kenapa kita harus tempuh semua ini? Mengapa harus jadi begini?" Terluah juga apa yang terpendam dalam hati. Biar dia pula yang lelah mencari dimana jawapan. Biar dia pula yang tidak keruan. Bukan untuk membalas dendam tapi bukankah setiap persoalan itu pasti dahagakan jawapan?

Dia meraup rambutnya kebelakang, berkali-kali. Tubuhnya disandarkan dikereta. Wajahnya ditundukkan. Aku masih lagi duduk sambil memegang stereng. Sepi merajai suasana.

"Terlalu banyak yang kita perlu jelaskan, Jannah. Terlalu banyak yang masih tergantung. Memang semuanya perlukan jawapan. Tapi, bukan sehari, bukan juga setahun tapi sepanjang kehidupan ini yang abang perlukan untuk terangkan pada Jannah. Juga, kemaafan atas semua dosa yang dah abang lakukan hinggakan Jannah menderita begini."

Akhirnya dia tahu. Akhirnya dia sedar. Semua jawapan itu sepatutnya datang dari dia. Bukan aku. Terima kasih Tuhan!

Kerana Rindu IniWhere stories live. Discover now