"Orang tua, biasalah. Mereka juga ada pandangan mereka sendiri. Harapan dan impian mereka. Begitu juga kita. Dan, kita kena buktikan pada mereka bahawa cinta kita suci. Kita bukan mahu suka-suka. Inilah yang sebaiknya."
Saat aku mengadu pada dia, itulah kata pujukannya yang membuatkan galau dihati berlalu pergi. Menerbitkan kembali rasa yang sudah merunduk layu. Aku berdoa agar ayah dan umi mengerti. Tanpa henti.
Pujuknya lagi, penentangan ini cumalah sebesar hama. Jalan di hadapan kami masih lagi banyak liku. Langkah kami mestilah seiring dengan rasa yang membara kerana inilah kekuatan untuk menghadapi penentangan ini. Andai hati sudah bersatu, jalan dihadapan diterangi cahaya indah walau terpaksa berjalan diatas kaca yang berserakan.
Aku mohon agar aku menemui kekuatan melalui pujukan itu. Oh Tuhan, mengapa masih sukar?
Sejak hari itu, aku bagaikan pelarian didalam rumah sendiri. Jika sebelum ini, ada saja suara kami bertiga yang 'bertekak manja'. Tapi kini, kami mengelak dari bertemu. Masing-masing seakan mahu menghindar. 'Kemeriahan' selalu seakan ditelan oleh kesepian yang sedang beraja.
Bukan untuk menyalahkan umi dan ayah. Tapi, aku sendiri. Kerana aku lebih suka mengurung diri didalam bilik dari berbual dengan ayah dan umi diluar. Aku yang mengasingkan diri dari mereka.
Bukan untuk mempertikaikan penerimaan mereka cuma aku tidak mampu melihat wajah kecewa keduanya. Saat ini, jiwaku sudah pecah beribu. Jujur, walau aku cuba mempertahankan rasa kasih, aku tidak mampu untuk melihat kekecewaan umi dan ayah. Aku tidak tega untuk terus melukakan mereka.
Mereka adalah nadiku. Yang memberi aku kekuatan sebaik saja nyawa menghuni jasad. Andai sudah terpisah jasad, mampukah aku untuk terus menghela nafas? Bukan perpisahan yang aku pinta.
ANDA SEDANG MEMBACA
Kerana Rindu Ini
RomanceYang sarat dijiwa itu adalah kekuatan untuk aku melangkah
