40

19 4 0
                                    

"Ini saja?"

"Cukuplah. Jannah tak lapar."

"Seharian Jannah tak makan takkan tak lapar."

Aku diam. Tak perlu mengulang beribu kali.

"Abang bukan sengaja nak berduaan dengan Jannah macam ni. Tapi, tiap kali kita berjumpa, abang tak berkesempatan langsung nak berbual panjang dengan Jannah."

"Jadi?"

"Banyak benda yang kita perlu selesaikan. Kita perlu berbincang, Jannah." Ujarnya. Dia sedar aku kurang selesa bila berduaan begini.

"Jannah akan beritahu pada abang nanti. Bukan dalam keadaan memaksa macam ni."

"Dari mula lagi Jannah mengelak. Abang tahu. Tapi, kita perlu selesaikan juga. Cuma masa ni abang mohon, apa yang terjadi tadi, tidak sampai kepengetahuan Chempaka. Dia tak pernah tahu apa yang terjadi."

"Jannah faham. Kalau dia tahu, pasti dia juga tahu siapa Jannah." Jawabku beserta keluhan.

Suasana kembali bisu. Dia masih lagi mengunyah ayam gorengnya. Aku pandang kiri dan kanan memerhati sekeliling.

"Lepas ni, apa perancangan Jannah?" soalan abang Uzair membuatkan pandanganku kembali memandangnya.

"Entahlah. Jannah belum habis fikir lagi. A lot of things happened. Semuanya diluar perancangan. Jannah kena aturkannya semula. Let me settle one by one."

Ya, memang banyak yang terjadi hinggakan aku sendiri sudah kematian Langkah untuk menapak. Pertemuan yang tak dijangkakan, pemergiaan ayah dan juga satu persatu kisah yang terungkap. Kebenaran itu sudah terserlah cuma yang masih dihajati itu belum tertunai.

"Jannah akan balik kesana semula?" soalnya. Aku mengangguk.

"Maybe I was destined there. Lagipun, Jannah ada kerja disana yang memerlukan Jannah harus berada disana."

"Bila Jannah akan balik?"

"Tunggu semuanya selesai, Insya Allah."

"Dengan Chempaka."

"Ya. Jannah ada terfikir sebaik saja dia selesai exam. Masa tu, Jannah harus kuat untuk berterus terang."

"Jannah dah habis fikir?"

Aku angguk sekali lagi.

"Abang?" soalnya tiba-tiba.

Kaget! Tapi aku mengerti maksudnya. Biarpun dalam keadaan bersenda aku membalasnya dengan senyuman. Debaran dihati? Tidak seperti dulu yang mana getarnya saja membuatkan aku kelemasan. Biarkan dia menebak disebalik senyuman yang terzahir. Untuk aku menyambut hulurannya, biarlah antara aku dan dia bersahabat. Kerana itu yang kurasakan terbaik buat kami. Aku pasti inilah yang terindah setelah apa yang kami lalui. Cukuplah. Aku tidak mampu mencipta sejarah yang sama untuk kedua kalinya. Apakah benar bahagia yang sedang menanti? Atau diri ini akan terhumban sekali lagi ke daerah derita itu? Aku pilih untuk menjauh. 

Kerana Rindu IniWhere stories live. Discover now