5

21 4 3
                                    

Akhirnya, dalam kepasrahan abang Uzair pulang juga. Keputusan dibuat setelah mendapat khabar dari kak Bada yang ibu sudah dimasukkan ke hospital. Semuanya gara-gara tidak mahu menyentuh makanan sehinggalah dia berjumpa dengan abang Uzair. Abang Uzair mengalah dan aku ditinggalkan bersama rindu yang sarat.

"Abang... abang dimana?" Seruku sendirian. Sedihnya hati bila ditinggal begini.

Dua hari tanpa dia menemani membuatkan seluruh ruangku sepi. Sebeku jiwaku yang bagaikan sudah mati bila ditinggalkan tanpa berita. Hilang entah kemana. Sejak dia melangkah keluar, kami sudah terputus hubungan. Tiada khabar dari dia. Semua panggilanku juga tidak berjawab. Aku tinggalkan suara dipeti simpanan suara agar dia segera menghubungiku. Entah untuk yang keberapa ribu kali. Juga tiada balasan. Apakah ada musibah yang terjadi? Ya Allah moga dia sentiasa berada dalam redaMu.

Hati mula gelisah. Akal mula memikir yang bukan-bukan. Semakin aku menolak andaian, semakin tegar akalku terpesong pada sesuatu yang cuba untuk aku jauhkan. Dadaku berdebar. Perasaanku tidak menentu. Doa dan zikir tidak pernah lepas dari bibir. Itu pesan ayah. Kalau hati tidak enak, jangan terlepas mengingati yang Esa. Hanya Dia yang dapat meredakan keresahan itu.

"Jannah..."

Dalam kemamai, aku membuka kelopak mata. Cuba membawa akal berfikir dimana aku berada sekarang.

"Abang?" separuh sedar aku bersuara. Memanggil dia yang aku rindu.

"Bukan. Kak Sham ni."

Aku buka kelopak mataku besar-besar. Ah, Kak Sham rupanya. Dia dan Nasuha berdiri dihadapanku yang terlelap disofa.

"Kenapa kak?" soalku lesu.

"Kak Rusila kata dah dua hari tak nampak Jannah. Risau dia dibuatnya. Dia minta akak jenguk mana tahu kalau-kalau Jannah tak sihat. Maaf, akak baru balik dari Kedah. Uruskan sekolah dan asrama untuk Aiman. Hari tu akak dah beritahu pada Uzair."

"Oh... Jannah ingatkan abang tadi." Hampa.

"Uzair tak ada dirumah ke?" soal kak Sham sambil matanya memandang kiri kanan ruang rumahku yang kecil ini.

"Dia balik ke kampung, kak. Ibu masuk hospital. Dia balik menjenguk. Dah dua hari. Jannah pulak tak berapa sihat nak keluar."

"Oh, ya ka? Habis, Jannah makan apa? Takkan tak makan langsung? Tak elok biarkan tu perut kosong dalam keadaan mengandung begini." Nasihat kak Sham.

"Jannah makan apa yang ada saja kak. Jannah tak lalu nak makan apappun. Asyik nak muntah saja. Jannah tak larat sangat."

"Jannah teringin nak makan apa? Biar akak masak. Tak pun akak pergi beli."

Ya Allah, dalam keadaan begini Engkau kirimkanaku insan yang mulia ini. Walaupun dia sendiri kekurangan, itu tidak menjadikandia insan yang lokek dalam menghulurkan pertolongan. Aku rasa sangat terharu.

Kerana Rindu IniWhere stories live. Discover now